3 Jenis Makanan Orang Yang Bijak Pandai
Apakah 3 Jenis Makanan Orang Yang
 Bijak Pandai ? Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi
 rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam 
kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Ramai yang tidak tahu 
mengenai 3 Jenis Makanan Orang Yang Bijak Pandai.
Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab 
dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk 
mengetengahkan kembali kepada umum.
Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formulaini.
Ini didorong oleh penemuan – penemuan 
saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu 
dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang 
telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya 
ingatan :
3 Jenis Makanan Orang Yang Bijak Pandai
 1. MADU
Madu adalah makanan yang sangat 
berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ” shif’a” iaitu penyembuh
 penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan
 penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, 
mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan 
kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian 
yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, 
magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan 
belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin
 hafal,hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk 
merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan 
kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan 
bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
 2. KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat 
diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang 
mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan 
seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam 
berfikir.
CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
 3. SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, 
mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu 
mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat 
diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang 
paling lengkap dan berkhasiat.
Ia mengandungi enam kelas makanan yang 
amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua 
jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan 
umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w 
menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki 
penglihatan dan menghindari penyakit lupa.
Susu yang terbaik untuk ketajaman minda 
ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih 
berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca “Bismillah” dan minum susu
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca “Bismillah” dan minum susu
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment