Monday, 29 April 2013

AZAN TERAKHIR BILAL BIN RABAH R.A.



AZAN TERAKHIR SAHABAT BILAL B. RABAH R.A.
         Semua pasti tahu, bahwa pada masa Nabi Muhammad SAW, ketika setiap masuk waktu solat, maka yang mengkumandangkan azan adalah Bilal bin Rabah. Bilal dilantik sebagai Mu'adzin kerana memiliki suara yang indah. Lelaki berkulit hitam yang berasal dari Afrika itu mempunyai suara emas.. Posisinya semasa zaman Nabi Muhammad SAW tidak dapat digantikan oleh siapapun, kecuali ketika perang saja, atau ketika keluar kota bersama Nabi Muhammad SAW. Ini adalah kerana beliau tak pernah berpisah dengan Nabi, walau kemanapun Nabi pergi. 
         Sehinggalah ketika Nabi Muhammad SAW kembali menemui Allah SWT pada awal 11 Hijrah. Semenjak itulah Bilal menyatakan yang beliau tidak akan mengumandangkan azan lagi. Ketika mana Khalifah Abu Bakar RA. memintanya untuk jadi Mu’adzin kembali, dengan hati yang pilu  dan sendu
 Bilal berkata: “Biarkan aku jadi muadzin Nabi saja. Nabi telah tiada, maka aku bukan muadzin siapa-siapa lagi.”


Abu Bakar terus mendesaknya, dan Bilal pun bertanya: “Dahulu, ketika engkau membebaskanku dari siksaan Umayyah bin Khalaf. Apakah engkau membebaskanmu karena dirimu apa karena Allah?.” Abu Bakar Ra. hanya terdiam. “Jika engkau membebaskanku karena dirimu, maka aku bersedia jadi muadzinmu. Tetapi jika engkau dulu membebaskanku karena Allah, maka biarkan aku dengan keputusanku.” 
Dan Abu Bakar RA. pun tak bisa lagi mendesak Bilal RA. untuk kembali mengumandangkan azan. 



             Kerana terlalu sedih sebab kewafatan Nabi Muhammad SAW, hati Bilal RA terus berada dalam kesedihan dan kesedihan itu yang mendorongnya meninggalkan Kota Madinah, Bilal RA mengikut pasukan Fath Islamy menuju ke Kota Syam, dan kemudian tinggal di Homs, Syria. 
Setelah sekian lama Bilal RA. tidak mengunjungi Kota Madinah, maka pada suatu malam, beliau bermimpi yang Nabi Muhammad SAW hadir dalam mimpinya dan menegurnya:
 “Ya Bilal, wa maa hadzal  jafa’? Hai Bilal, kenapa engkau tak mengunjungiku? Kenapa sampai begini?.
 Bilal pun terbangun dan terperanjat dengan mimpi tersebut, lalu beliau  segera mempersiapkan diri untuk perjalanan ke  Kota Madinah, untuk menziarahi  Nabi Muhammad SAW. kerana sudah sekian tahun beliau meninggalkan Nabi.





        Setibanya di  Kota Madinah, Bilal  rasa sungguh sebak dan terharu kerana terlalu rindukan Nabi Muhammad SAW.  sepertimana  rindunya  seorang kekasih kepada sang kekasihnya. 
 Kemudian datang dua orang pemuda yang telah beranjak dewasa, mendekatinya. Keduanya adalah cucunda Nabi Mohammad SAW, iaitu Hasan dan Husein. Merah bengkak matanya sambil menangis, maka Bilal yang semakin  beranjak tua memeluk kedua cucu Nabi Muhammad SAW itu. Salah seorang daripada mereka berkata kepada Bilal RA.:
 “Pakcik, maukah pakcik mengumandangkan azan buat kami sekali sahaja? Kami ingin mengenang atuk  kami.” 
      Ketika itu, Umar Al Khattab yang telah jadi Khalifah juga sedang melihat pertemuan  dan perbualan yang  mengharukan itu, dan beliau juga memohon pada Bilal untuk mengumandangkan azan, walaupun  sekali saja.



Bilal pun memenuhi permintaan itu memandang ia adalah permintaan cucu-cucu Nabi Muhammad SAW.  Apabila tiba waktu solat, lalu Bilal pun naik ke tempat dahulu yang dia biasa berdiri untuk azan pada masa Nabi Muhammad SAW masih hidup. Lalu Bilal pun mulailah mengumandangkan azan.
Pada saat Bilal melafazkan
 “Allahu Akbar” maka tiba-tiba seluruh Kota Madinah menjadi senyap, segala aktiviti terhenti, semua terkejut, kerana terdengar suara yang telah bertahun-tahun hilang, suara yang mengingatkan pada susuk nan agung, suara yang begitu dirindukan, dan ia telah kembali. 
Ketika Bilal meneriakkan kata “Asyhadu an laa ilaha illallah”, seluruh isi Kota Madinah berlari-lari ke arah suara itu sambil berteriak, bahkan para gadis dalam pingitan  pun turut keluar.


Dan pada saat Bilal mengumandangkan “Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah”, maka seluruh Kota Madinah pecah oleh tangisan dan ratapan yang sangat memilukan. Semua menangis, teringat masa-masa indah bersama Nabi SAW. Umar Al Khattab yang paling keras tangisannya. Bahkan Bilal sendiri pun tak sanggup meneruskan azannya lagi. Lidahnya tersekat oleh air mata yang berderai. Hari itu, Kota Madinah kembali mengenang masa  dan saat  Nabi Muhammad SAW masih ada
Tak ada pribadi agung yang begitu dicintai seperti Nabi Muhammad SAW dan azan itu, azan yang tak bisa dirampungkan itu, adalah azan pertama sekaligus azan yang terakhir oleh  Bilal RA. semenjak dari tarikh kewafatan Nabi Muhammad SAW. Dia tidak pernah bersedia lagi untuk mengumandangkan azan. Sebab kesedihan yang teramat sangat yang merobek-robek hatinya kerana terkenang seseorang yang kerananya dirinya telah terangkat darjat yang begitu tinggi
Semoga kita pun dapat merasakan nikmatnya Rindu dan Cinta seperti yang Allah karuniakan kepada Sahabat Bilal bin Rabah RA. Amin


Bilal r.a. dan Penderitaannya



Bilal r.a. adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling terkenal. Dia merupakan muazzin atau juru azan di Masjid Nabi. Dia merupakan seorang hamba Habshi yang dimiliki oleh seorang kafir di Mekah.

Pengislamannya telah menimbulkan kemarahan yang tidak keruan di dalam hati pemiliknya. Dia pun diazab tanpa perikemanusiaan. Umayyah bin Khalaf, pemusuh Islam yang terkemuka yang memiliki Bilal akan membaringkannya di atas pasir yang panas membakar serta meletakkan batu besar di atas dadanya sehingga dia tidak dapat menggerakkan tulangnya yang lapan kerat. Kemudian berkatalah Umayyah kepada Bilal: "Tinggalkanlah agamamu. Kalau tidak matilah kamu dalam kepanasan matahari yang tegak."

Bilal menjawab dengan berkata: "Ahad"-(Tuhan Yang Esa)- "Ahad"-(Tuhan Yang Esa)..."

Pada waktu malam ia didera dengan cemeti sehingga badannya luka. Pada waktu siang pula, dia dibaringkan di atas pasir yang panas. Tuannya berharap yang ia akan meninggalkan agamanya atau pun mati akibat luka-luka dibadannya. Namun demikian Bilal masih tetap dengan pendiriannya yang teguh. Umayyah, Abu Jahal dan pengikut-pengikut mereka menyiksa Bilal secara bergilir-gilir.

Akhirnya Abu Bakar r.a. telah menebuskannya. Sejak itu, hiduplah ia sebagai seorang Muslim yang bebas. Semenjak ia dibebaskan, dia sentiasa berdampingan dengan Nabi Muhammad s.a.w. sehingga Baginda s.a.w. wafat. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., Bilal pun meninggalkan Kota Madinah.

Pada suatu ketika dia telah melihat Nabi Muhammad s.a.w. dalam mimpinya. Berkata Nabi Muhammad s.a.w. kepada Bilal: "Wahai Bilal, mengapakah kamu tidak melawatku?"

Sebaik-baik sahaja dia bangun dari tidurnya, dia pun bersiap-siap untuk berangkat ke Madinah. Setibanya dia dikota itu dia telah berjumpa dengan Hassan dan Hussain, cucunda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka menyuruh dia berazan. Permintaan orang yang dicintainya itu tidak dapat ditolak. Apabila suara Bilal berkumandang diruang angkasa Kota Madinah, penduduk-penduduknya pun tanpa segan dan silu menghamburkan air mata mereka kerana teringat zaman keemasan yang telah mereka lalui semasa hidupnya kekasih mereka Nabi Muhammad s.a.w.

Sekali lagi Bilal telah meninggalkan Kota Madinah dan akhirnya meninggal dunia di Damsyik pada tahun Hijiriah yang ke dua puluh.

Tuesday, 9 April 2013

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak



1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Kisah Allah Menciptakan Jibrail A.S

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa,
“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.
Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah,

“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”
Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail,

“Tidak”.

Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya,
“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah,
“Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”

Maka Allah berfirman yang ertinya,
“Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.

Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.
Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata,

“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

Maka Allah pun berfirman,
“Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

Sabda Rasulullah,

“Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.
Kata Rasulullah lagi,

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.

“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?
Rujukan: Himpunan kisah-kisah teladan

Saturday, 6 April 2013

TIPU DAYA SYAITAN SEMASA SAKARATUL MAUT

           Semasa manusia menghadapi sakaratul maut, syaita-syaitan datang lalu menyamar menyerupai orang-orang yang sangat dicintai oleh orang yang nazak tadi, tetapi mereka itu telah mati seperti ibu, bapa atau abangnya yang telah mati. Syaitan yang menyamar tadi duduk di kiri dan kanan manusia sambil berusaha keras untuk menyesat dan mengodanya.
“Mungkin engkau akan mati sebentar lagi, kami telah mengalaminya terlebih dahulu. Kami merasakan mati sebagai Yahudi atau Nasrani itu adalah lebih baik. Oleh kerana itu baik kamu mati secara Yahudi atau Nasrani”. Begitulah antara rayuan yang akan didengar oleh orang yang nazak.

              Dalam keadaan yang sangat dahaga, orang yang nazak tentulah inginkan air dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi jika dia mampu. Pada ketika ini syaitan berusaha memusnahkan iman seorang mukmin.
Maka syaitan yang menyamar tadi mendatangi di sekitar kepalanya sambil membawa semangkuk air lalu menunjukkan kepada si nazak tadi.

Maka orang mukmin itu berkata :”Berikan air itu kepadaku”.
Lalu syaitan menjawab :”Katakanlah, tiada seorang yang berkuasa di alam ini, barulah aku memberi air kepadamu”.
Bayangkan bagaimana keadaan kita….tertipukah kita ???
Kemudian, syaitan mendatangi sekitar tapak kaki orang mu’min tadi sambil mengerakkan mangkuk berisi air.
Lalu kata mukmin tadi : “Berikan air itu kepadaku”. Syaitan menjawab : “Katakanlah bahawa Rasulullah dusta, barulah aku berikan air ini kepadamu”.
Alangkah malangnya orang menyahut permintaan syaitan itu, pasti nerakalah habuannya angkara terlalu dahaga tertipu juga akhirnya, keluarlah ia dari dunia dalam keadaan KAFIR. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang celaka ini.



             Hal ini pasti terjadi sebagaimana yang pernah diriwayatkan bahawa Abu Zakaria ketika menghadapi sakaratul maut. Rakannya berulangkali menyerunya mengucap dua kalimah syahadah. Tapi sayang, Abu Zakaria memalingkan mukanya, lalu diulang sekali lagi, beliau tetap berkelakuan serupa. Kali yang ketiga, maka Abu Zakaria berkata : “Aku tidak akan mengucapkannya”.
Binggunglah seluruh teman dan ahli keluarga. Kemudian dia tersedar dan kedua matanya terbuka lalu berkata : “Adakah kalian mengatakan sesuatu kepadaku”
Mereka menjawab : “Ya, tetapi engkau memalingkan mukamu sebanyak dua kali”. Kali ketiga engkau mengatakan : “Aku tidak mengucapkannya”.
Kemudian Abu Zakaria menceritakan : Iblis mendatangiku sambil membawa semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku sambil menggerakkan mangkuk.

Ia berkata kepadaku : “Apakah engkau memerlukan air”
Lalu saya berkata : “Ya memang”.
Seterusnya iblis berkata : “Katakanlah bahawa Isa anak Allah”.
Maka saya berpaling dari arahnya.
Kemudian dia mendatangi aku dari kaki sambil berkata kepadaku seperti tadi sebanyak 3 kali.
Kemudian dia berkata lagi : “Katakanlah, tidak ada tuhan”.
Lalu aku mengatakan : “Aku tak akan mengatakannya”.
Iblis itu terus membalingkan mangkuk di atas bumi dan mengambilnya semula lalu pergi dengan penuh kekecewaaan.
Saya tetap menolak ajakan iblis itu sambil berkata : “Aku tidak akan mengikuti kamu semua”.

sumber: My Berita

Wednesday, 3 April 2013

KEAJAIBAN KAABAH

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI




Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله

(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)

Monday, 1 April 2013

POHON KURMA MENANGIS

POHON KURMA MENANGIS


             Setelah Baginda Rasulullah mendirikan Masjid Quba, Rasulullah SAW menuju ke Madinah dan unta tunggangannya berhenti di sebuah kebun kurma yang dimiliki oleh dua orang anak yatim. Rasulullah SAW berkenan dan membeli kebun kurma tersebut, lalu mendirikan sebuah lagi masjid yang agung, dikenali dengan Masjid Nabawi. Binaannya sangat sederhana, segi empat, berdinding batu dan tanah, beratapkan timbunan daun kurma. Manakala di persekitaran masjid terdapat banyak pokok-pokok kurma yang menghiasinya.

            Di salah satu pokok kurma inilah Rasulullah SAW berdiri dan bersandar sambil memberi khutbah pada umat Islam. Pada tahun ke 7H, Rasulullah mula menggunakan mimbar. Satu peristiwa aneh berlaku ketika Rasulullah SAW berjalan melepasi pohon kurma tersebut untuk menuju ke mimbar bagi tujuan memberi khutbah. Tiba-tiba pohon kurma itu menangis dan merintih dengan kuat sehingga masjid serasa bergoyang dan bergoncang.

            Pohon kurma tidak dapat menahan perasaannya. Ia merindui Rasulullah SAW yang selama ini bersandar padanya semasa berkhutbah. Mendengar tangisan pohon kurma, Rasulullah SAW turun dari mimbar dan memeluk erat batang pohon kurma sambil perlahan berbisik dan memujuknya sehingga ia berhenti menangis. Peristiwa ini diceritakan oleh dua sahabat Rasulullah SAW:
Jabir bin Abdillah r.a berkata:” Adalah dahulu Rasulullah SAW berdiri untuk berkhutbah di sebatang  pohon kurma, maka apabila diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah SAW turun kemudian baginda meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut “. – HR Bukhari
Ibnu Umar r.a berkata: “Dahulu Nabi SAW berkhuthbah pada sebatang kurma. Apabila baginda telah membuat mimbar, maka baginda berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi SAW mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya) “.  – HR Bukhari dan Tirmizi.
Rasulullah  SAW pun bertanya kepada pohon kurma sama ada ia mahu menjadi pokok di dalam syurga dan berdamping dengan baginda SAW atau kekal di dunia untuk memberi makan buahnya pada orang beriman. Pokok kurma memilih untuk berdamping dengan Rasulullah SAW di syurga. Baginya jika memilih dunia, ia akan berpisah dengan Rasulullah SAW sesudah ia mati. Tetapi di syurga, ia tidak mati selama-lamanya dan tidak akan berpisah dari Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda. “Demi Tuhan yang memegang nyawaku di dalam tangan-Nya. Jika aku tidak memeluk dan memujuknya,  pasti ia akan berterusan seperti ini hingga hari kiamat.”


Inilah tiang tapak pohon kurma yang terdapat dalam Masjid Nabawi, bergetar badan aku semasa aku melewati tiang tersebut kerana aku tahu kisahnya dan aku pun menyentuhnya dengan penuh sayu...Subhanallah.

Inilah mimbar Nabi

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...