Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah,
malam lailatul qadar berlaku
pada satu malam daripada 10
malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari
mencari malam Lailatul Qadar;
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam lailatul qadar dijangka berlaku
pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam lailatul qadar dijangka berlaku pada
malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam lailatul qadar dijangka
berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam lailatul qadar dijangka berlaku pada
malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam
23 ramadhan;
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa bermula dari dia mencapai
akil baligh, dia sentiasa dapat
menghidupkan malam lailatul
qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Walau bagaimanapun, janganlah hanya beribadat pada
malam ini sahaja, carilah
malam lailatul qadar pada
malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam lailatul qadar ialah :
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang
beribadat pada
malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba
rasa sangat sayu dan
kemudiannya menangis teresak-esak
secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10
malam terakhir
ramadhan dengan beribadat kepada Allah
swt dengan ikhlas dan penuh
keimanan, mudah-mudahan
kita akan mendapat kurniaan Allah yang kelebihannya
pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
Source..Blog Penawar Kalbu
Source..Blog Penawar Kalbu
No comments:
Post a Comment