Kisah ini terjadi kepada baginda Rasulullah S.A.W. sebelum baginda wafat.
Rasulullah telah jatuh sakit yang agak panjang masanya, hinggakan baginda tidak dapat berjemaah dengan para sahabat di masjid.
Maka pada suatu hari, Rasulullah S.A.W. meminta beberapa orang sahabat membawanya ke masjid dan baginda di dudukan di atas Mimbar, lalu baginda meminta Bilal memanggil semua para sahabat datang ke masjid. Tidak lama kemudian penuhlah masjid dengan para sahabat. Semuanya rasa terubat rindu kerana sudah lama tidak dapat melihat Rasulullah S.A.W.
Lalu Rasulullah SAW mula berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua". Aku ingin bertanya pada kamu semua......apakah telah aku sampaikan kepada kamu semua, bahawa sesungguhnya Allah SWT itu adalah Tuhan yang layak disembah?".
Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat,
"Benar engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah SWT itu adalah Tuhan yang layak disembah."
Rasulullah SAW berkata:
"Persaksikanlah Ya Allah Sesungguhnya aku telah sampaikan amanah ini kepada mereka". Kemudian baginda berkata lagi..... dan setiap apa yang baginda perkatakan, akan diakui kebenaranya oleh semua para sahabat.
Akhirnya sampailah kepada satu topik yang menjadikan para sahabat agak sedih dan terharu.....Rasululluah SAW berkata: "Sesungguhnya aku akan pergi bertemu Tuhan.....dan sebelum aku pergi aku ingin selesaikan segala urusan dengan manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kamu semua....
"Siapakah di kalangan kamu yang aku ada hutang dengannya...sila bangun....aku ingin selesaikan hutang tersebut. Kerana aku tidak mahu bertemu Tuhan dalam keadaan ada hutang dengan manusia"
Ketika itu semua sahabat diam.....sedang dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasulullah berhutang dengan kami .....sebenarnya kamilah yang banyak berhutang dengan baginda.
Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan itu sebanyak tiga kali. Tiba-tiba bangun seorang lelaki yang bernama Akasyah lalu dia berkata:
"Ya Rasulullah": Aku ingin ceritakan dulu perkara ini. Andainya ia di kira hutang, maka aku minta kau jelaskan, andainya ianya buka hutang, maka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa."
Rasulullah berkata :
"Ceritakanlah wahai Akasyah".
Maka Akasyah pun mula bercerita:
"Aku masih ingat lagi ketika Perang Uhud dulu, satu ketika engkau tunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda, tetapi cemeti tersebut tidak kena kepada belakang kuda.....yang sebenarnya cemeti itu terkena pada dadaku kerana ketika itu aku berdiri di sebelah belakang kuda yang engkau tunggang wahai Rasulullah"
Mendengar yang demikian terus Rasulullah SAW berkata:
" Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Akasyah. kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama".
Dengan suara yang agak tinggi, Akasyah berkata:. " Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah".
Akasyah seakan-akan tidak rasa bersalah bila mengatakan yang demikian sedangkan ketika itu sebahagian para sahabat berteriak memarahi Akasyah....."Sesungguhnya engkau tidak berhati perut wahai Akasyah....bukankah baginda sedang sakit."
Akasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah meminta Bilal pergi mengambil cemeti tersebut di rumah anakknya Fatimah
Bila Bilal meminta cemeti tersebut dari Fatimah maka Fatimah bertanya: "Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?"
Bilal menjawab dengan nada sedih" cemeti ini akan digunakan oleh Akasyah untuk memukul Rasulullah". Terperanjat dan menangis Fatimah dengan berita itu....seraya berkata: "Kenapa akasyah hendak pukul ayahku Rasulullah......ayahku sedang sakit.....kalau nak pukul pukullah aku ini anaknya."
Lalu Bilal menjawab." sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua. Bilal pun membawa cemeti tersebut ke masjid dan menyerahkannya kepada Akasyah.
Setelah mengambil cemeti tersebut Akasyah pun mara ke hadapan menuju ke mimbar. Tiba-tiba bangun Saidina Abu Bakar menghalang Akasyah sambil berkata:
"Wahai Akasyah kalau kamu hendak pukul...pukullah aku.....aku orang yang mula-mula beriman dengan apa yang Rasulullah SAW sampaikan. Akulah temannya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak pukul, maka pukullah aku".
Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW:
"Duduklah kamu wahai Abu Bakar"...ini bukan urusan kamu ini antara aku dengan Akasyah".
Akasyah mara lagi ke hadapan.....lalu bangun pula Saidina Umar menghalang akasyah seraya berkata:
" Akasyah kalau engkau hendak pukul pukullah aku....dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya. itu dulu....."
Sekarang jangan ada sesiapa yang berani menyakiti Muhammad . Kalau engkau nak sakiti dia maka sakitilah aku dahulu...."
Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW.:
"Duduklah kamu wahai Umar, Ini urusan aku dengan Akasyah.
Akasyah mara lagi ke hadapan....tiba-tiba bangun Saidina Ali Bin Abu Talib sepupu Rsulullah. Dia menghalang Akasyah seraya berkata:
" Akasyah pukullah aku. Darah yang sama ada mengalir pada tubuh ku ini wahai Akasyah."
Akasyah mara lagi kehadapan....tiba-tiba tanpa disangka, bangunlah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW iaitu Hassan dan Hussin.....mereka berdua merayu dan meronta:
"Wahai pakcik pukullah kami.....wahai pakcik datuk kami sedang sakit....pukullah kami wahai pakcik ....sesungguhnya kami ini adalah cucu kesayangan baginda....pukullah kami wahai pakcik.
Lalu Rasulullah SAW berkata:
" Wahai cucu-cucu kesayanganku duduklah kamu. Ini urusan aku dengan Akasyah".
Bila sampai di tangga mimbar, dengan tegasnya Akasyah berkata:
"Macam mana aku hendak pukul engkau ya Rasulullah...sedang engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau hendak aku pukul engkau, maka turunlah engkau ke bawah sini."
Rasulullah SAW memang seorang insan yang baik. Baginda meminta beberapa orang sahabat memapahnya ke bawah. Baginda didudukan di atas sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Akasyah berkata lagi:
"Semasa engkau pukul akau dulu aku tidak memakai baju, Ya Rasullullah".
Tanpa berlengah, dan dalam keadaan yang lemah...Rasulullah pun membuka baju baginda. Lalu kelihatanlah tubuh baginda yang sungguh indah, dan ternampaklah beberapa ketul batu masih terikat di perut baginda....ini menandakan yang baginda sedang menahan kelaparan.
Lalu baginda rasulullah berkata:
"Wahai Akasyah bersegeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan, nanti Tuhan akan murka kepada kamu".
Akasyah pun terus menghampiri Rasulullah SAW...lalu mula untuk menghayunkan tangan yang memegang cemeti untuk dipukulkan ke tubuh Rasulullah SAW.
Rupa-rupanya sambil Akasyah menghayun cemeti, sambil itu juga dia membalingkan cemeti itu ke arah lain....dan sambil itu juga dia terus memeluk tubuh Rasulullah SAW seerat-eratnya....sambil berteriak menangis........ Akasyah berkata:
"Ya Rasulullah ampunkanlah aku.....maafkanlah aku....mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau Ya Rasulullah......sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu....kerana sesungguhnya aku tahu tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka dan sesungguhnya aku takut dengan api neraka.......maafkanlah aku Ya Rasulullah......".
Rasulullah SAW dalam keadaan penuh hiba lalu berkata:
"Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kamu ingin melihat ahli syurga, maka lihatlah pada kepada Akasyah".
Semua sahabat tidak dapat menahan titisan airmata yang mencurah-curah di pipi masing-masing....sambil itu semua para sahabat beramai-ramai memeluk baginda Rasulullah SAW.
MENANGISLAH SEPUAS-PUASNYA MOGA DENGAN TANGISANMU DAPAT MEMBUKTIKAN KECINTAAN KITA KEPADA KEKASIH KITA NABI MUHAMMAD SAW.
p/s....Mengalir airmataku sepanjang aku menaipkan cerita ini....betapa hebatnya cinta dan kasih sayang para sahabat kepada baginda Rasulullah SAW. Semoga kita juga memiliki kasih sayang dan cinta yang sama kepada baginda dan sesama manusia
. Amin..Ya Rabb