9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH.
“Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku 
tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
 tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan 
sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada 
hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini 
sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai 
amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada 
pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu 
pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia 
pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah 
mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ 
hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah 
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka 
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara 
kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, 
mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka 
ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian 
dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah 
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu 
kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali 
tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu 
dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah 
Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan,
 tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji 
sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. 
Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang 
lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk 
dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu,
 awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
 landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku
 dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah 
dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada 
kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu 
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan 
tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula 
kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula
 kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku 
ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, 
bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. “
Wallahualam
Sumber Drama Raja
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment