SESUNGGUHNYA penyalahgunaan najis dadah telah lama menular di negara ini. Bilangan penagih dari sehari ke sehari bertambah. Kerajaan mengambil tindakan serius untuk menanganinya di semua peringkat, antaranya membuat penambahbaikan kepada agensi pencegahan dadah termasuk Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela).
Sementara, semua badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP), ahli politik, ketua-ketua jabatan dan pelbagai pertubuhan kemasyarakatan termasuk PIBG, belia, wanita dan keagamaan dikerah sama untuk menangani masalah ini.
Sebenarnya, usaha pencegahan penyalahgunaan najis dadah adalah sesuatu yang universal. Ia bukan terhad kepada agama Islam sahaja kerana semua agama melarang penganutnya mabuk, hilang akal, kelakuan tidak senonoh atau sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan dalam sesuatu tindakan sebagai manusia normal.
Islam begitu tegas mencegah penyalahgunaan dadah kerana najis dadah diistilahkan sebagai sesuatu yang melemahkan (mukhadir); sesuatu yang memabukkan (muftir) dan sesuatu yang mengakibatkan seseorang tidak sedar (musakir). Lebih tepat lagi, dari segi biologinya najis dadah termasuk dalam perkataan sesuatu yang memabukkan itu haram (al-Khamr).
Dalam al-Quran ada tiga rujukan khusus mengenai al-Khamr. Perkataan al-Khamr pertama kali diturunkan di Madinah pada tahun pertama dan kedua Hijrah, di mana ALLAH SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 219 bermaksud: “Mereka bertanya kepada-Mu (Wahai Muhhamad) tentang “al-Khamr” dan “judi”. Katakanlah: “Pada kedua-duanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, akan tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya.”
ALLAH SWT berfirman dalam Surah An-Nisaa’ ayat 43 bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu melakukan sembahyang, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehinggalah kamu mengerti apa yang kamu ucapkan".
Hadis Nabi Muhammad SAW - antaranya Ibnu Umar RA, menyebut bahawa Baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap bahan yang memabukkan ialah khamr dan segala yang memabukkan adalah haram. Sesiapa meminum arak di dunia ini dan mati dalam meminumnya dan tidak memohon keampunan, tidak akan dapat meminumnya di akhirat.”
Ini jelas bahawa tanpa merujuk kepada jenis atau bentuknya, apa jua bahan yang mengakibatkan tidak siuman adalah haram. Pengecualian dari peraturan ini adalah jika dadah dimakan sebagai ubat atau penawar boleh dibuat sekiranya tiada pilihan yang lain.
Sebenarnya, apabila disebut haram sama ada dimakan sedikit atau banyak hukumnya adalah haram. Ini ditekankan dalam hadis yang diriwayatkan al-Imam At Tirmizi daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesuatu jika banyak boleh memabukkan, maka yang sedikit pun hukumnya haram.”
Perlu disebut bahawa orang Islam bukan sahaja dianjurkan supaya menjauhi penyalahgunaan dadah dan pada masa sama menanam, menghasilkan, memproses, menyimpan, mengangkut, mengedar atau memasarkannya, sama ada secara sulit atau terbuka atau apa-apa aktiviti secara tertutup atau terang-terangan adalah haram. Ini dibuktikan oleh al-Iman Abu Daud daripada Abdullah ibnu Umar bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“ALLAH SWT melaknat khamr, melaknat peminumnya, penuangnya, penjualnya, yang memerahkannya, yang minta diperahkan, yang membawanya dan yang minta dibawakan.”
Dalam hubungan ini, kita boleh merumuskan bahawa orang-orang Islam dilarang memakan najis dadah, penjualan/pembelian, penanaman pokok, pemprosesan, penggunaan, keuntungan yang diperoleh daripada penjualan, pembelian dan penghasilan najis dadah.