Tuesday, 9 August 2016

MENGENAL DIRI MANUSIA (minda bawah sedar)



Manusia merupakan sebaik-baik kejadian makhluk ciptaan Allah 

Taala yang mempunyai 3 elemen penting iaitu Jasad/ Fizikal,

Akal/Minda dan Hati/Jiwa/Ruh.

ALLah Taala mencipta manusia dengan IlmuNya yang Maha

Sempurna. Ertinya ALLah Taala itu Ujud hakikinya tersendiri.

Maka Dia mencipta manusia sesuai dengan kaedah supaya manusia

dapat  mengenaliNya sesuai dengan Kemuliaan ZatNya.



Oleh itu  terciptalah manusia dengan jasad, akal, hati, dan alam

maya.  


Manusia terdiri daripada zahir dan batin. Maksudnya Jasad adalah

tempat tilik mengenal sifat ALLah Taala dan Akal berkaitan

dengan alam maya iaitu alam tempat tilik akal untuk mengenal

Kekuasaan ALLah Taala.  Sementara hati pula tempat merasakan

hadirnya ALLah Taala. Maka inilah cara bersistematik bagi

Muslim untuk mengenal ALLah Taala


Jika Tuhan hanya dirasa, apakah Tuhan itu hakikatnya? Jika Tuhan

hanya difikir, tiadalah tawadu’ hamba itu. Maka jelas dzahir dan

bathin adalah umpama isi dan kuku, saling berkaitan dan

memerlukan.


JASAD/FIZIKAL

Jasad atau Fizikal manusia mempunyai lima (5) pancaindera zahir yang berfungsi sebagai alat untuk manusia berkomunikasi dengan pesekitaran dalam alam maya

1.      Telinga untuk mendengar
2.      Mata untuk melihat
3.      Hidung untuk mencium bau
4.      Lidah untuk merasa
5.      Kulit untuk sentuhan


AKAL/MINDA

Otak manusia terdiri dari dua (2) belahan  iaitu Otak Kiri (Minda Sedar) dan Otak Kanan (Minda Bawah Sedar) yang mempunyai potensi kekuatan yang berlainan. 

Otak kiri berkaitan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan berbicara, kemampuan mengolah tata bahasa, baca tulis, daya ingat (nama, waktu dan peristiwa), logik, angka, analisis, dan lain-lain.

Sementara otak kanan tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, khayalan, warna, pengenalan diri dan orang lain, sosialisasi, pengembangan kepribadian. 

Para ahli metafizik banyak yang mengatakan otak kiri sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), sementara otak kanan memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient) seseorang.



 OTAK


 KIRI :                                                                                                                  


  BAHASA  


                    
                 
  NOMBOR
                    
                                                                                                              
 LOGIK 
                                                                                                                                    
ANALISIS   


OTAK KANAN

IMEJ


WARNA

RITMA


KHAYALAN  


                                                                                                                                                                                                                                                                                       
 Penyelidikan yang dijalankan saintis  menunjukkan bahawa Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang agak berbeza. Untuk memahami fungsi otak kita huraikan sebagai berikut:


Potensi Otak Kiri (Minda Sedar)


 Fungsi otak kiri pula dikaitkan dengan hal-hal yang sudah konkrit, sudah ada bentuk dan ini termasuklah dalam aspek-aspek bahasa, formula matematik, logik (mantik, taakulan), nombor, sekwens, lineariti, analisis, senikata lagu dan sebagainya. Otak kiri digelar ‘otak sains’



Otak kiri – ANALITIK — Bahasa verbal, Matematika, Logika, Angka2, Urutan2, Penilaian, Analisis, Linier




Potensi Otak Kanan (Minda Bawah Sedar)


Otak kanan berfungsi dalam hal-hal yang masih belum konkrit, masih kabur-kabur. Tergolong dalam medan fungsi otak kanan ialah dalam aspek bentuk dan pola, manipulasi ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan, rentak lagu dan sebagainya. Oleh itu otak kanan digelar ‘otak seni’.
Otak kanan — KREATIF — Bentuk, Intuisi, Lagu &musik, Warna warni, Simbol, Gambar, Imajinasi, Menghayal



Dominan Otak Kiri
Dominan Otak Kanan
Menggunakan logika
Menggunakan perasaan
Berorientasi detail
Berorientasi secara keseluruhan
Melihat fakta
Melihat imajinasi
Kata-kata dan bahasa
Simbol dan gambaran
Hari ini dan masa lalu
Hari ini dan masa depan
Matematika dan ilmu pengetahuan
Filosofi dan religi
Mengetahui
Memahami
Mengetahui
Mempercayai
Mengakui
Mengapresiasi
Mempersepsi urutan/pola
Mempersepsi secara spasial/ruang
Mengetahi nama objek
Mengetahui kegunaan objek
Berdasar pada realita
Berdasar pada fantasi
Menyusun strategi
Berdasar pada apa yang terjadi
Praktis
Terburu-buru/tidak sabar
Bermain aman
Mengambil resiko

Manusia mampu mempertingkatkan Potensi Akal/Minda ini sepenuhnya dengan cara menseimbangkan kekuatan otak kiri dan otak kanan. Manusia dapat memberikan  saranan positif melalui otak kiri (minda sedar) ke dalam otak kanan (minda bawah sedar) agar dapat mengaktifkan kekuatan batin yang dikenali sebagai ‘INDERA KEENAM’

  
Allah swt berfirman;  Allah  menganugerahkan hikmah

(kebijaksanaan atau ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang

dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Sesiapa

yang dianugerahkan hikmah maka dia benar-benar telah

dianugerahkan kurniaan yang banyak. Hanya orang-orang yang

berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah.)

 (surah al-Baqarah ayat 269)



HATI/JIWA/RUH

Ruh itu adalah diri kita yang sebenarnya.Yang kita harus tahu mengenai sifat-sifatnya dan  asal usulnya kerana (ruh) inilah yang akan kembali kehadrat Allah, dan bukannya diri jasad ini.Jasad hanya menjadi pembungkus diri batin yang sifatnya (mahdas) dan akan hancur ditelan bumi

Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.

Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.

Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri. Firman Allah: “Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)

Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan (zikir) Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya. Firman Allah swt: “….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.” (ar-Ra’d:28)


Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri.
Firman Allah:“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16) 


Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.
MINDA BAWAH SEDAR 

Manusia memiliki kekuatan yang luar biasa untuk menciptakan banyak kejayaan besar dalam kehidupan ini.  Kekuatan terbesar dalam diri manusia itu terdapat pada fikirannya.


Tetapi kita jarang membuktikan kekuatan pikiran tersebut,sebab kita sering terjebak dalam zon nyaman, selesa atau kebiasaan tertentu.Sehingga selamanya tidak dapat mencari kemungkinan yang lebih baik atau perubahan nasib yang berarti.

Oleh karena itu milikilah matlamat hidup dan hala tuju yang lebih tinggi untuk merangsang kekuatan dalam fikiran tersebut. Sebab matlamat atau sasaran baru yang difikirkan itu akan menggerakkan diri kita untuk melaksanakan tindakan.

Apalagi jika diyakini matlamat atau cita-cita tersebut bakal tercapai, Maka diri kita akan lebih siap sedia menghadapi halangan dan risiko  yang ada.

Setelah tindakan-tindakan baru yang lebih konstruktif dilakukan secara berulang-ulang, maka tanpa disedari kita sudah banyak melakukan hal-hal penting sehingga  kita telah sampai di zona baru, dimana kita berhasil mencapai matlamat yang diinginkan.

Itulah sebab mengapa dikatakan bahwa manusia mempunyai potensi yang sangat besar dalam fikiran bawah sedar. Kekuatan fikiran bawah sedar itu dapat dibangkitkan melalui dua (2)  cara, iaitu: saranan, dan gambaran yang dilakukan serentak dengan tindakan  yang penuh semangat dan keyakinan yang padu.



SARANAN 

Keinginan-keinginan kita merupakan informasi penting untuk pikiran bawah sadar. Sebab keinginan yang terekam kuat dalam pikiran bawah sadar sangat besar dapat menjadi daya dorong yang akan menggerakkan diri kita untuk berbuat sesuatu yang luar biasa
.
Keinginan yang sangat besar dan terekam dalam pikiran bawah sadar itulah yang dinamakan ‘Saranan’

Saranan seharusnya dilakukan dengan penuh rasa percaya melibatkan emosi dalam diri, dilakukan penuh konsentrasi terhadap objek dan perkara yang positif, serta berulang-ulang. Selanjutnya, fikiran bawah sedar inilah yang akan mendorong gerak-geri tubuh kita.


Kekuatan yang ditimbulkan oleh fikiran bawah sedar itu sangat dahsyat apabila digunakan untuk melakukan sesuatu perbuatan samada buruk atau baik. Kadangkala niat untuk melakukan sesuatu secara otomatis akan muncul dari fikiran bawah sedar.

Saranan akan mengetuk kesedaran jiwa  apabila dilakukan berulang-ulang kali secara rutin, suatu ketika kata-kata saranan tersebut akan menembus masuk ke dalam fikiran bawah sedar.

Lalu fikiran  bawah sedar itupun mengalirkan gelombang tenaga  semangat yang dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan impian hidup kita. Mungkin kegiatan saranan ini akan dianggap aneh oleh orang lain. Tetapi itulah salah satu cara untuk mengubah diri dari dalam diri sendiri.

Biasakan mendengar getaran fikiran positif dan melakukan kebiasaan-kebiasaan yang konstruktif. Jadi jangan ragu untuk melakukan latihan yang berpotensi untuk menumbuhkan keyakinan (optimisme) dan daya kreatif dalam hidup.

Ada enam (6) syarat dan  petunjuk dalam melakukan Saranan Diri

1.      Berfikiran Positif; Melakukan saranan (Niat, Zikir, Doa) dalam perkara yang baik dan  hal-hal yang positif saja.

2.      Bersemangat Tinggi : lakukan dengan penuh keyakinan dan bertenaga akan dapat memberikan kekuatan untuk berbuat sesuatu yang luar biasa.

3.      Kepastian : keinginan yang hendak dicapai harus sudah dapat dipastikan ketepatan dan keperluannya  karena fikiran bawah sedar hanya dapat menyusun berdasarkan kategori.

4.      Suasana Sekarang: dalam bentuk keinginan saat ini, bukan keinginan di masa lalu atau akan datang.

5.      Bekerperibadian : lakukan perubahan positif terhadap diri sendiri terlebih
dahulu.

GAMBARAN

Bila kita menginginkan sesuatu maka fikiran bawah sedar akan menggambarkan apa perkara yang diinginkan itu. Dengan cara mengambarkankan impian terlebih dahulu, maka terciptalah banyak sekali karya-karya besar dan rekaan baru di dunia ini. Marcus Aurelius Antonius, seorang kaisar Romawi zaman dahulu mengatakan,   “ Kehidupan manusia ialah bagaimana mereka memikirkannya.” 

Sesuatu yang selalu digambarkan manusia akan mudah terakam dalam fikiran bawah sedar. Lalu muncul kekuatan  gelombang fikiran tersebut, yang berperanan sebagai penghubung antara jiwa dengan jasad. Sehingga tubuh pun bertindakbalas dengan mengerahkan seluruh potensi yang sebelumnya tidak pernah digunakan, dalam bentuk kreativiti atau tindakan. 

Mengambarkanikan impian akan memungkinkan seluruh impian itu tercapai oleh fikiran bawah sedar. Allah SWT menganugerahkan potensi yang sama besar kepada semua manusia. Tidak ada ruginya membayangkan betapa berpotensinya diri kita untuk mencapai impian-impian.dalam hidup ini. Berikut adalah beberapa langkah dalam mengambarkan impian, iaitu:

  1. Mendefinisikan impian  artinya memberikan gambaran yang jelas akan impian yang hendak dicapai. Kemudian, gambarkanlah semua impian itu dengan sepenuh penumpuan dan keyakinan seolah-olah Anda sudah meraih impian tersebut. Meskipun tindakan ini terkesan sederhana, tetapi dari gambaran impian itulah kita akan mencoba berbuat sesuatu untuk melakukan perubahan dan akhirnya dapat meraih cita-cita. 

  1. Menentukan waktu untuk matlamat itu dicapai dan impian itu terwujud sesuai dengan keinginan yang telah ditentukan, sebab impian tanpa garis waktu hanya akan menjadi mimpi disiang hari.. Impian dengan  waktu yang telah ditetapkan akan menggerakkan kesadaran untuk tidak segan-segan melakukan perubahan. Maka mulailah dari sekarang – Jadilah yang terbaik, lakukan yang terbaik, biarlah Tuhan yang menentukan. Potensi yang kita miliki kelihatannya sangat sayang jika tidak dioptimalkan. 

  1. Melakukan berulang-ulang kali artinya melatihkan diri kita untuk lebih sering lebih bersedia dan sentiasa ingat akan impian kita. Jika sering ingat, maka perlahan-lahan impian itu akan tertanam di alam fikiran bawah sedar. Bila gelombang pesanan sudah diterima oleh fikiran bawah sedar maka dia akan menggerakkan diri kita untuk menciptakan keputusan atau menjadikan kita lebih kreatif. Jika impian telah lebih diimajinasikan maka ternyata akan dapat melipatgandakan kekuatan fikiran bawah sedar. Imajinasi yang diulang-ulang ini akan secara tidak langsung merangsang ilusi kenyataan yang luar biasa tentang potensi kita sebagai umat  manusia.

  1. Sehingga diri kita akan berusaha keras mencapai impian yang telah digambarkan itu.  Begitulah seterusnya kekuatan fikiran bawah sedar bekerja dan dibangkitkan, hingga perubahan besar terjadi dalam diri kita pada suatu waktu.

TINDAKAN
Bertindak Cepat! Lakukan Segera! Merupakan kunci kejayaan dalam tindakan dan perbuatan manusia. Tindakan yang cepat dan segera menunjukkan keyakinan diri yang tinggi. Lakukan sekarang...!!!



KAEDAH MENGAKTIFKAN MINDA BAWAH SEDAR

Bermulanya teknik ini adalah dengan perhubungan antara minda sedar ( CM) membuat arahan kepada minda bawah sedar (SCM). CM adalah ibarat kapten kapal manakala SCM adalah anak-anak kapal yang akan sentiasa bersedia patuh pada arahan ketuanya.

Apa sahaja setting program yang dimasukkan diterima tanpa dipersoalkan oleh minda bawah sedar. Tiga saluran  yang berhubung ialah pendengaran, penglihatan dan hati(emosi) yang ketiga-tiganya adalah berpasang-pasang lahir dan batin. Pusat janakuasa adalah HATI.

Apa sahaja visualisasi, audio dan perasaan yang anda masukkan di dalam sanubari anda semuanya dianggap benar. Sebagai contoh jika anda menonton tayangan gambar . Walaupun ianya sebuah lakonan tetapi minda bawah sedar anda menganggap ianya benar. Jika cerita sedih anda ,tanpa disedari mengalirkan airmata dan begitu sebaliknya
Sebelum anda melakukan teknik ini anda perlu memulakan dengan bacaan Bismillah dan selawat 7 kali. Sebut Allahhuu 7 kali.

Duduk bersila dalam keadaan selesa dan jika boleh tempat yang nyaman.

Cantumkan ibu jari,jari telunjuk dan jari hantu di kedua dua tangan yang diletakkan di atas peha (tapak tangan hadap atas)
Sebelum itu setkan minda anda bahawa apabila anda ingin kembali sedar bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil memetik jari anda sebagai suis untuk anda sedar dalam keadaan normal.

Sekarang pejamkan kedua belah mata anda. Cuba kosongkan fikiran . Bayangkan anda merehatkan otot-otot bermula dari tapak kaki hingga ke hujung kepala. Bermakna anda tidak menguasai lagi otot-otot anda dan ianya berada dalam keadaaan santai dan rehat.latar pandangan anda PUTIH.

Tarik nafas panjang dan hembuskan berulang kali sehingga rasa amat relax.
Seterusnya lakukan nafas berentak iaitu 4 / 2 / 4 iaitu 4 detik tarik nafas. 2 detik tahan nafas dan 4 detik hembus nafas. Tarik melalui hidung dan hembus melalui mulut. Anda juga boleh lakukan 6 / 3 / 6 atau 8 / 4 / 8 . Bayangkan semasa anda menarik nafas anda menyedut getaran/ gelombang tenaga dari tenaga alam seperti tanah, tumbuhan, angin, cahaya dan air masuk ke dalam tubuh anda sehingga berada 2 inci di bawah pusat anda. Bayangkan dari pusat tersebut tenaga secara berpusat mengalir ke segenap tubuh badan anda. secara pancaran mentari,.

Apabila anda menghembuskan nafas, bayangkan segala kekotoran, penyakit, kegelisahan dan tenaga yang lemah serta sesuatu pengalaman yang menyakitkan perasaan anda keluar dari mulut anda. Lakukan berulang kali sehingga anda berada dalam keadaan sawai.
Selepas itu bilang dalam hati 100 hiingga 1,. Katakan pada diri semakin menurun nombor semakin anda berasa tenang. Sewaktu membilang dalam nombor menurun . jadikan penglihatan anda berada pada tengah-tengah alis mata anda seolah-olah mata anda hanya satu iaitu di tengah alis mata.

Hasilnya anda akan 'melihat' bulatan warna ungu yang besar dan bergerak ke hadapan semakin mengecil. Seolah olah anda lihat satu terowong (channel) . Ianya berputar-putar lawan jam.

Anda sekarang berada dalam laluan yang menghubungkan minda sedar dengan dunia minda bawah sedar.
Setelah anda berada di alam ini maka anda boleh setting peribadi mana yang anda inginkan
Sebagai latihan awal anda visualkan anda berada di satu tempat yang kering kontang. Apabila anda melalui kawasan itu tiba-tiba kawasan tersebut ditumbuhi rumput menghijau, pokok-pokok yang kering mulai berdaun dan mengeluarkan buah serta sungai yang kering dilimpahi air. Bunga-bunga mulai berkembang. Di mana sahaja anda lalui di situ kawasan akan subur.
Lihat visual permandangan tersebut dengan terang dan berwarna warni. Hidulah bau wangi rumput dan bunga-bungaan yang berkembang. Dengarkanlah arus sungai yang mengalir dan desiran angin sepoi-sepoi bahasa.

Rasailah perasaan yang amat hebat. Ketenangan, kedamaian dan kenikmatan ,kehebatan mennyelinapi sanubari anda alam ciptaan Tuhan. Anda akan merasai suatu perasaan , belaian alam yang sungguh menakjubkan. Sehinggakan anda berasa suatu perasaan bersyukur yang jauh bermakna kepada kehebatan dan kebesaran Allah.
Ingat!Jangan terlalu asyik sehingga anda tidak mahu 'pulang' . Bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil petik jari dan sedarlah pada mood normal.BUKA MATA ANDA. Anda akan merasai kesannya. SEGAR<> DAN TERAMAT SANTAI JIWA.





KAEDAH MENGGUNAKAN MINDA BAWAH SEDAR

Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, biasanya kita akan bermonolog atau berkata dengan diri sendiri. Apabila kita marah atau gembira atau sebagainya, seringkali kita berceloteh dengan diri sendiri, ramai orang mengaitkan dengan berkata di dalam hati.

Sebenarnya kita berkomunikasi dengan minda bawah sedar kita. Sebab itu ramai orang menyarankan untuk sentiasa berfikiran positif, kerana jika kita berfikiran positif, perkara-perkara yang positif akan datang ke dalam hidup kita.

Disebabkan minda bawah sedar kita ini akan membantu kita dalam mencapai apa jua yang kita ingini. Justeru itu, jika kita sering berfikiran negatif, apa yang kita akan capai adalah benda yang negatif jua.

Bermula dari sekarang, ubahlah cara kita berfikir, kerana ianya akan membantu kita mencapai lebih banyak perkara positif di dalam kehidupan.


Gunakanlah minda bawah sedar kita ini dengan sebaik-baiknya, kerana ianya telah dibuktikan, kuasa minda bawah sedar kita ini adalah jauh lebih kuat dari minda sedar kita.

Dalam suatu majlis budak-budak sekolah, satu demontrasi minda bawah sedar ini telah dilakukan, di mana 4 kerusi telah disusun, dan seorang pelajar di minta untuk berbaring di atas kerusi tersebut. Pelajar itu disuruh untuk fokus mengatakan beliau adalah papan dan batu. Setelah lebih kurang 5 minit, pelajar itu telah menjadi “papan dan batu”. 2 kerusi di tengah-tengah dialihkan dan badan pelajar tersebut tetap lurus tanpa bengkok walau sedikitpun, untuk menjadikan ujian tersebut lebih kukuh, seorang pelajar lain di minta untuk duduk di atas pelajar yang berbaring itu, tetapi hasilnya tetap sama, badan pelajar yang berbaring itu tetap lurus. Kemudian pelajar yang lain berjalan atas badan pelajar berbaring tersebut, masih sama keputusannya, tetap lurus.

Di sini kita dapat lihat bagaimana minda bawah sedar pelajar tersebut telah menjadikan badannya seolah-olah papan dan batu, keras dan rata sifatnya. Begitulah kekuasaannya yang perlu kita gunakan, jika kita ingin mencapai apa juga yang kita telah fikirkan, cubalah dari sekarang untuk menggunakan kuasa minda bawah sedar kita ini, kerana pasti ianya akan membantu kita dalam perjalanan mencapai matlamat tersebut.

Buanglah fikiran negatif dalam hidup kita, jika orang lain negatif, berilah nasihat, tetapi jika mereka enggan mendengar, usahlah kita teruskan fikiran negatif tersebut. Hindarkan diri dari orang sebegini dan carilah mereka yang berfikiran positif. Kita tidak mampu untuk mengubah cara orang lain berfikir, tetapi kita mampu untuk mengubah cara diri kita berfikir.


Menguasai Diri Sendiri Dan Fikiran Orang lain Dengan 

Teknik -  Minda Bawah Sedar


Sebagai ibu bapa, apabila berhadapan dengan anak-anak yang degil, tidak mendengar kata atau malas tentu sahaja memeningkan. Namun sikap negatif si anak boleh diubah dengan menggunakan teknik minda bawah sedar anda sendiri.

"Teknik mengawal minda bawah sedar boleh membuatkan orang lain mengikut apa yang terniat atau kehendak kita, tetapi harus diingat, biarlah untuk perkara-perkara yang baik,'' 

Bagi memanfaatkan minda ini, perkara pertama
yang perlu dilakukan ialah seseorang itu sendiri perlu berfikir dan berkata-kata positif sama ada pada diri sendiri atau orang lain. Ia bukan sahaja mempengaruhi diri tetapi juga mereka yang berada disekeliling apabila seseorang itu mengamalkan sikap ini.

Minda bawah sedar banyak melakukan tugas untuk kita, iaitu apa sahaja yang terlintas dalam fikiran, akan ditangkap dan disimpan. Melaluinya juga ia boleh bertindak menjaya atau menggagalkan misi seseorang itu, justeru mereka perlu tahu niat dan apa yang dikehendaki.... contoh paling mudah ialah bagaimana untuk meluahkan hasrat atau perasaan hati mereka kepada seseorang.

Ini boleh dilakukan sama ada kepada anak-anak, suami atau isteri, ketua, rakan atau sesiapa sahaja menggunakan minda bawah sedar.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk semua tujuan seperti membaiki hubungan suami isteri, kerjaya, keuntungan perniagaan, menyembuhkan penyakit dan sebagainya.

 Insyaallah sesiapa sahaja boleh mencubanya, asal sahaja ia mesti dilakukan dengan"Caranya yang betul,  serta mengikut syarat-syarat tertentu,  seseorang itu mesti membersihkan diri, jiwa dan fikiran, sentiasa berkomunikasi dengan diri sendiri, serta perlu ada keyakinan dan kepercayaan.

Adalah lebih baik jika ia dilakukan pada tengah malam kerana ketika itu diri berada pada tahap yang paling tenang dan tenteram, tanpa ada sebarang gangguan dan ebih elok jika dilakukan selepas sembahyang sunat kerana diri kita ketika itu masih bersih.

Ibu bapa yang menghadapi anak-anak bermasalah seperti tidak mendengar kata, malas belajar dan lasak boleh mengikut kaedah ini.
"Ia boleh dimulakan dengan memberi salam untuk menjemput minda bawah sedar si anak datang dengan meletakkan kedua-dua tapak tangan ke kepala anak.

"Bayangkan si anak betul-betul berada di hadapan, duduk menanti apa yang ingin disampaikan. "Kemudian buat saranan dengan mengatakan perlahan-lahan bahawa kita amat memerlukan dia menjadi anak yang baik, mendengar kata dan apa sahaja yang anda inginkan pada diri si anak. Luahkan apa sahaja perasaan anda ketika itu seperti dia betul-betul berada di hadapan,

" kawal minda bawah sedar si anak. Ketika bercakap dengannya gunakan perkataan-perkataan yang baik, bahasa dan nada yang lembut dan jelas. Jangan sesekali meninggikan suara atau menyebut perkataan yang tidak elok semasa berinteraksi,'' 

Teknik ini paling cepat kesannya, jika dilakukan dengan penuh yakin, percaya, tenang dan niat yang positif. "Insyaallah, si anak akan sedar apa yang dikehendaki oleh ibu atau bapa terhadap dirinya dengan mengubah tingkah laku dan sikap kepada yang lebih positif, Sesiapa sahaja boleh mempelajari teknik ini kerana kaedah seumpamanya ini tiada kaitan langsung dengan kuasa ghaib, hantu atau jin. Sebaliknya ia menggunakan sepenuhnya kekuatan minda yang ada pada diri setiap orang.

"Kita sebenarnya adalah apa yang kita fikirkan. Jadi jangan sesekali fikirkan sesuatu yang buruk kerana apabila kita sering memikirkan perkara yang buruk, sudah tentu perkara yang buruk terjadi, kerana apa sahaja yang terlintas di fikiran, bermakna seseorang itu telah menghantar isyarat supaya ia terjadi.

Kejayaan mudah dicapai berbanding kejayaan yang diperoleh melalui saingan sedar. Ini kerana melalui minda bawah sedar, anda tidak akan perasan pun yang anda sedang bersaing, walaupun hasilnya mungkin mengambil masa yang agak lama,

Maka dengan menguasai minda di bawah sedar, seseorang itu boleh memilih apa sahaja yang mereka ingin jadi atau hasratkan. Anda boleh berjaya jika mahu atau mengubah diri anda kepada sikap yang lebih positif. Ini kerana minda adalah organ pengesan yang menerima apa saja input secara berterusan. 

 kaedah yang digunakan untuk menguasai minda di bawah sedar ialah dengan menggunakan dua cara, iaitu melalui pemerhatian dan kedua,penulisan.

Penulisan adalah kaedah terbaik untuk memprogramkan semula minda. Ini boleh dilakukan dengan menulis hasrat anda setiap hari di dalam sebuah buku. Misalnya, anda ingin sentiasa gembira, sihat, menjadi pekerja yang baik, mendapat markah lebih baik untuk pelajar, mewujudkan perhubungan yang lebih baik dan sebagainya.

Tulislah sekurang-kurangnya tiga hingga 10 baris menggunakan ayat yang sama setiap hari atau diulang setiap hari. kerana melalui kaedah ini anda boleh melihat perubahan diri dalam tempoh 90 hari, sama ada perubahan kecil malah tidak mustahil keinginan anda menjadi realiti.

Setiap individu dibekalkan oleh Allah dengan kelebihan begitu, namun tidak ramai yang tahu memanfaatkan kelebihan yang dimiliki dan tidak tahu teknik menggunakannya. Apabila anda sudah kenal siapa diri anda, kelebihan dan kekuatan, insyaallah anda akan lebih yakin apabila berhadapan dengan orang lain,

source : Blog Lautan Biru

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...