Sunday, 15 October 2017

RAGBI






SEJARAH KEMUNCULAN RAGBI

Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah 
di England tahun 1823William Webb Ellis mengambil bola 
dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, 
bermulanya perlawanan ragbi.sukan ini dicipta berdasarkan 
sejarah yang berlaku secara spontan.

Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai 
permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan 
rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-
sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan 
peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun 
kemudian.

Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah
 ditubuhkan dengan 13 permainan bersama dengan
 peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang 
ke seluruh dunia dan perlawanan antara negara 
diadakan.Pelbagai perubahan telah diadakan. Tahun 1880 
scrum telah diubahsuai scrum bermaksud perbuatan atau 
kaedah memulakan semula permainan selepas suatu 
pelanggaran apabila kedua-dua lawan pek kumpulan ke
 hadapan bersama-sama dengan kepala ke bawah dan 
saling dan tekan untuk mendapatkan tanah manakala 
scrumhalf melemparkan bola dan pemain tengah 
(hooker)cuba untuk rebut bola untuk pasukan mereka 
sendiri.pemain biasanya dipanggil oleh pengadil (set banyak
 orang) tetapi boleh dibentuk secara spontan (longgar banyak orang.


Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan 
Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan. 
 mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan dalam
 permainan ragbi.
1906 akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, 
muncullah American Football di Amerika Syarikat.
Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great 
 kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 
1964 hingga 1980. 1975 dibentuk Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika Syarikat(The United States of America Rugby 
Football Union (USARFU). Kini permainan ragbi berkembang
 sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia.


Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia 
di lihat melalui mata kasar namun jika betul cara bermain
 pemain tidak akan tercedera. Sebaliknya, ragbi adalah salah
 satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang malah
 memerlukan disiplin yang tinggi. Ragbi juga dianggap 
sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati
 bagi sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang 
yang menjadi pemain ragbi akan menganggap pasukan 
lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu di kasari 
tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini
 adalah sahabat yang baik.



PERMULAAN RAGBI DAN CARA PERMAINAN

Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada 
tahun 1823 di England, pada waktu itu William Webb Ellis 
sedang bermain bola sepak di sekolah Rugby. Dia secara 
tidak sengaja telah mengambil dan membawa lari bola 
tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan baru. Selepas
itu Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti 
tersebut, melalui universiti ini ragbi telah diperkembangkan 
sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge
 juga telah membuat beberapa peraturan untuk permainan 
ragbi ini.


Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak negara. Pada mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah. Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia tidak seganas dahulu.
Permainan ini mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak kos perbelanjaan. Apa yang penting dalam permainan ragbi ini ialah ; bolanya tidak boleh dibaling ke hadapan. Sebaliknya, ia harus dilontar ke belakang. Selain itu, permainan ini membenarkan pemain menarik pemain dan boleh juga menjatuhkan pemain tetapi tidak dibenarkan sama sekali menyepak pemain!!!


POSITION PEMAIN

Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.
Posisi pemain ragbi




KIRAAN MATA DALAM PERMAINAN

Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil "the try-line". Jika anda berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula "conversion". Seorang pemain yang diberi gelaran "fly half" adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol dan mendapat 3 mata lagi.


CIRI-CIRI KESELAMATAN


Di dalam permainan ragbi ini, keselamatan adalah antara ciri-ciri penting yang perlu dititikberatkan selain peraturan dan teknik permainan. Sebelum memulakan permainan, seeloknya peraturan permainan Ragbi perlulah dipelajari untuk mengelakkan penggunaan teknik-teknik yang salah semasa bermain di atas padang. Terdapat juga pelindung badan yang boleh dipakai semasa bermain Ragbi. Antaranya seperti headgear untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan dada, pelindung siku dan lutut dan pelindung gigi.


Selain itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk mengelakkan kecederaan parah. Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian di buat, kawasan mana capaian dilakukan, semua itu adalah penting untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikan awal untuk sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah anggap dengan permainan ini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan seterusnya telah menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan serius patah bahu atau tangan.


Pakaian

Pakaian yang biasa digunakan adalah Jersi tahan lasak yang diperbuat daripada bahan yang kuat. Antara pengeluar Jersi yang terkenal adalah seperti AdidasNikeCanterburryHasbro dan banyak lagi. Tetapi kini, terdapat jenama lain seperti  GilbertKoogaPuma.Selain itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang mempunyai stad di tapak seperti kasut bola.Terbahagi kepada 2 jenis iaitu 6 stad untuk bahagian forward dan 8 stad untuk backline. Ini adalah dengan tujuan untuk bermain di atas padang berumput supaya tidak tergelincir atau sebagainya. Dilengkapi dengan stoking, pemain ragbi juga kebiasaannya memakai seluar pendek atau panjang daripada bahan yang tahan lasak juga.Ragbi juga terkenal dengan body armor atau body tight sejenis baju nipis yang ketat dipakai sebelum menyarung jersey.Tujuannya ialah untuk mngelakkan dari kulit badan calar akibat jatuh atau terseret di atas padang




No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...