Monday, 25 December 2017

Lagu HUjan - keroncong adibah noor

Lirik Lagu Hujan - Adibah Noor

Mega mendung di angkasa
Hembusan bayu dingin terasa
gerimis berderai di merata
bagai mutiara

Rahmat dibawa bersama
Limpahannya meresap dijiwa
adakala bahgia terasa
meskipun duka nestapa

Tika hujan turun
sayu mendayu lagu keroncong
merdu irama dialun
bersenandung

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengerat perpaduan suci
kasih sayang abadi

merdu irama dialun
bersenandung

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengerat perpaduan suci
kasih sayang abadi

mengerat perpaduan suci
kasih sayang abadi

Keriang Hill Resort, Alor Setar




Assalamualaikum,  Saja la nak tolong promote resort ni....
Kelmarin cuti krismas 25.12.2017, kami anak beranak mulanya bercadang nak pergi 'lunch' kat situ, tapi takut tak beroperasi pada hari cuti.....lalu kami pun pi la makan kat tempat lain.  Lepas makan kami terus ke Keriang Hill Resort....haaa lawaknya sebab inilah kali pertama kami pergi walaupun dekat dengan rumah.

Cuaca yang mendung menambahkan lagi kecantikan resort yang berada di kaki gunung Keriang ni.
Bila sampai kami pun teruja terus pergi berlegar-legar dan mengambil gambar di kawasan dalam resort.....kami buat macam kampung bapak kami yg punya....maklumlah senibina resort ni banyak bercirikan rumah melayu traditional.... memang cantik dan unik....dikelilingi pula oleh sawah padi yang menghijau dan terbentang luas.........Udara sejuk dan segar.......
MasyaAllah indahnya ciptaan MU

Sebenarnya kalau kita tak menginap disitu tak boleh masuk ke kawasan resort.....ada seorang brother (staff) datang kejar kami dengan basikal.......dia bagitau kat kami dengan lemah lembut...tak boleh masuk kawasan resort bang...cuma dihadkan kawasan tertentu sahaja ....sorry ya.  
Katanya ada keluarga kerabat Diraja Johor dan beberapa orang artis sedang menginap di resort tu.

Maka tak sempat la kami meneroka kesemua kawasan didalam resort ni....katanya ada pool untuk mandi. Ini saja lah gambar-gambar yang sempat kami anak beranak ambil.




























     Kelihatan Muzium padi di seberang sungai dan jalan...ramai juga pengunjung masa cuti-cuti sekolah ni...nampak parking penuh.
                             







Pada yang suka kesunyian dan kedamaian dan suasana di kaki gunung boleh la datang menginap disini...boleh hilang kan stress bila tengak pokok-pokok hijau dan gunung batu kapur ni.
Ada juga yg buat tempahan untuk majlis-majlis terutama kenduri kahwin.....dan lain-lain
Ada sebuah restoran PUTERI didalam resort ni.....maaf la kami tak cuba pun pergi makan kat situ.
Ok semoga ia memberi manfaat kepada kita semua. Wassalam.

Sunday, 17 December 2017

Kenduri Dulu Dan Sekarang

Assalamualaikum, lama tak sembang-sembang no!.  Bukan apa , kalau ada isu baru syok sembang kalau tidak depa kata sembang kosong saja.
Masuk bulan Disember ni faham-faham sajalah....kenduri saja, Yang nak kahwin, yang nak berkhatan, yang nak pi Umrah, Hari Jadi, Aqiqah  dan lain-lain yang sewaktu dengannya....ngee.

Kami pun apa kurang dapat jemputan merata-rata, jenuh dok  tanda dalam kalender takut lupa. Kadang-kadang satu hari tu sampai 4 ke 5 kenduri. Ada di kampung, ada di pekan ada di Hotel, ada di Dewan, ada di Masjid.....atas bukit pun ada.... Kita pi juga sebab ingat kawan-kawan/ adik beradik /kenalan besar hati jemput kita.  Esok-esok  kenduri kita pulak....

Tapi dok perati tengok, kenduri la ni dah lain dari dulu, lani depa kata nampak 'grand', dulu depa kata meriah...sama ka tak sama?

La ni kenduri kut belah pekan/bandar semua pakai katering...siap dengan pakej yang pelbagai dengan DJ , photoshoot, pelamin, khemah dan sebagainya.
Makanan dihidang secara buffet

Image result for catering minuman kenduri
Image result for menu catering kenduri buffet



Kalau VIP mungkin disediakan meja dan hidangan  makan/minum sekali, siap ada pelayan khas lagi.

Image result for menu catering kenduri buffet

Manakala minuman kena ambil sendiri dalam balang atau 'container' bekas air yang disediakan

Image result for catering minuman kenduri





Maka jemputan-jemputan yang tak berapa nak VIP ni beraturlah untuk mengambil makanan
kemudian carilah mana-mana ada meja kosong....


Image result for tunggu hidangan di meja kenduriImage result for beratur ambil makan katering



Bermacam-macam jenis hidangan dan masakan mengikut kemampuan tuan kenduri.  Disamping tu ada pula menu tambahan seperti laksa, bubur kacang, apam balik dan sebagainya.



Image result for menu sampingan kenduri kahwin
Image result for menu sampingan kenduri kahwin



Yang nak jadi isunya ialah  ada sesetengah tempat kenduri ... bila jemputan nak ambil makan ada pulak tukang bubuh lauk... dok control lauk....bayangkan lauk yang dibubuh pulak ciput tak padan dengan nasi yang kita dah bubuh.  katanya tuan kenduri takut tak cukup....terus terang mood aku nak makan terus hilang.....tak tahulah hampa macamana....
Secara peribadinya saya rasa  tak sesuai nak buat macam tu...sebab yang datang tu tetamu yang kita jemput untuk makan kenduri kita.  Ada yang datang dari jauh dan dekat. Tak patut.....tak patut

Kalau rasa tak mampu nak buat kenduri besar-besaran atau takut membazir....buat saja kenduri kecil-kecilan...panggil mana-mana yang patut sahaja.  Kalau pakai katering ni dia kira ikut kepalakan. Kalau satu kepala RM7.00 darab dengan 1000 orang dah RM7000.00.  Ada yang satu kepala RM10.00 ke RM20.00....semua ikut kemampuan la

Saya tak tahu nak letak hukum macam mana kalau jenis macam tu....tapi saya rasa kecewa dan hilang mood nak makan dah.  kena tanya Ustaz ni.....

Satu lagi isu....bila kita sampai rumah kenduri lauk dah habis....tinggal nasi dengan kuah saja.  Tuan rumah kelam kabut dok pi beli lauk kat kedai lain sebab tetamu masih ramai dan waktu kenduri belum tamat. Barulah dok lawan tuduh dengan caterer.  Caterer kata kami masak cukup tgk pinggan nasi dah 1000 biji kami guna,  tuan rumah punya panggilan yang lebih dari 1000 orang...punggah...dok pakat lawan tuduh.

Saya ada pernah hadir kenduri seorang kawan.... dari kenduri anak pertama sampai  kenduri anak  kedua masalah yang sama juga terjadi......dia kerja dok minta maaf...kita nak salah siapa...redho sajalah.

Tapi tak boleh lawan kenduri kat kampung.... dulu-dulu la.  Zaman saya belasan tahun lagi...kami panggil kenduri pakat....tak ada kateringnya...masak- memasak dibuat oleh ahlinya yang tetap, Anggaran panggilan tetamu dan lauk pauk cukup...tiada masa tamat....kadang-kadang sampai ke malam.....kadang-kadang boleh makan berulang-ulang lagi.  Boleh bawa balik sebungkus nasi dengan lauk kalau kita tolong dari pagi sampai petang.

Dulu menu simple saja...kalau kat kampung saya di Utara ni.....mesti ada Nasi minyak, Ayam masak merah, kurma daging, Daging goreng kicap dan sayur, pisang emas dan air sarbat (air sirap merah)
lebih kurang gambar di bawah (sekadar hiasan)

Sambil dok menaip cerita kenduri kampung air liur saya pun ter.......  punya teringat zaman kenduri dulu kat kampung.....sedap ooooo.  Sekarang ni dah payah nak jumpa hidangan macam ni.  Menu dah berbagai-bagai tapi rasa hampir sama saja.

Dulu di kampung kita serve dalam talam, satu talam untuk 4 orang makan. Masa tu masih ada kerja 'bentara' di kalangan budak2 belasan tahun termasuk lah saya dan kawan2 sebaya.  Kami tolong  hidang makanan dan kutip pinggan dari pagi sampai petang, dapat la RM5 ke RM10 sebagai upah,....rokok free, makan banyak mana kau larat kau makan lah.....meriah sungguh bila dengan kawan-kawan,....Gang ayah-ayah pula  depa geng Marhaban. Grup adik-adik pula kita bagi cuci pinggan dan gelas.  Setiap tugasan semua ada ketua yang uruskan ....tak perlu bayaran pun...kalau tuan rumah nak sedekah itu terpulanglah.......
Tak timbul masalah lauk tak cukup....satu kampung dan jemputan semua boleh makan dengan puas....tu baru namanya kenduri.

Image result for ayam masak merahImage result for kurma daging

Related imageImage result for  daging gorang kicap


Image result for nasi kenduri kawahImage result for pisang emas








Menu gulai daging dengan rias pisang dulu hanya popular di kawasan pendalaman...tetapi sekarang sudah ada di bandar-bandar kerana ia memang sedap.

Image result for cuci pinggan rumah kenduri

Gulai Daging rias pisang.

Image result for bentara rumah kenduri

"Bentara rumah kenduri.

Image result for cuci pinggan rumah kenduri












Gang basuh pinggan.

Zaman dah berubahkan...kita pun kena la ikut peredaran zaman, asalkan tak bercanggah dengan hukum hakam sudahlah. yang penting ingatan dan silaturrahin tu.

Nanti akan sampai masa kenduri kahwin anak-anak saya pulak...mesti saya pun pening nak memikir nak buat kat mana, menu apa, berapa ramai jemputan.....bajet banyak mana...
Takmau lah nak bajet sangat sampai orang makan pun kena control....tak mau lebih-lebih sangat takut membazir pulak.  Apa apa pun kita pilih yang sederhana...itulah yang terbaik...semoga kita dapat iktibar dari apa yang dah berlaku......Wallahutaala aklam.

Sunday, 3 December 2017

Sebab Kenapa Suami Isteri Kena Tidur Berpelukan Setiap Hari


Pelukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan. Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi.Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.

Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri. Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!

Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan

1.Mencegah Stres

Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu. Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.

2.Menaikkan Kadar Hormon 'Oxytocin'

Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.

3 .Tidur Lebih Nyenyak

Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.

4. Baik Untuk Jantung

Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.

5. Bangun Penuh Bertenaga

Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.

6. Panjang Umur

Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.

7. Tanda Luahan Kasih Sayang

Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan

Sumber: Mingguan Wanita

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...