Apa Itu Diorama?
Diorama adalah satu model tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Diorama biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau untuk tujuan pendidikan. Selain itu, diorama juga disimpan sebagai koleksi seni di dalam rumah. Diorama terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan tahap ketelitian. Diorama biasanya dibina di atas tapak khas yang dipanggil diorama base.
Sejarah Diorama
Perkataan "diorama" berasal dari Perancis pada tahun 1823. Perkataan diorama bermaksud "melalui pandangan". Diorama pertama dicipta oleh Daguerre dan Charles Marie Bouton. Ia pertama kali dipamerkan di London pada 29 Septem-ber 1823. Grigore Antipa adalah orang pertama yang memodenkan diorama dengan menekankan aspek tiga dimensi. Pada tahun 1907, muzium di Romania adalah yang pertama yang menggunakan diorama dalam suasana muzium.
Diorama Moden
Diorama moden biasanya lebih kecil, dan ia menggunakan model skala dan landskap untuk mewujudkan adegan sejarah atau fiksyen. Orang yang pertama memperkenalkan diorama ini ialah Sheperd Paine. Sheperd Paine adalah seorang pembina model dan juga master diorama yang mula memperkenalkan diorama moden pada tahun 1970 kepada penggemar diorama. Biasanya skala yang akan digunakan adalah skala 1/35 dan skala 1/48.

Eddie Putera: Diorama and Miniatures Artist Eddie Putera is a Malaysian artist who combines his photography skills with miniature modeling to create stunning dioramas. The artist’s work is characterized by urban scenes and rustic finish. The juxtaposition of nature and machine is a frequent theme in Putera’s work......jom layan
\
Sekali tengok pun saya dah jatuh cinta pada seni ini....betapa detailnya sentuhan artis ni...terutamanya yang ala-ala classic dan vintage......dahsyat sungguh dia punya fotografic memori.Saya boleh menghabiskan masa yang lama untuk menghayati setiap inci kehalusan karya beliau.......hebat.
Saya rasa orang yang mengaku normal pun tak mampu hasil kan apa yang beliau buat. Pada yang berminat cabang seni jenis ini bolehlah cuba-cuba.....tapi , anda perlu bersedia untuk 'masuk kedalam dunia dan alam fantasi' sesuatu karya tersebut.....sungguh mengasyikkan...
Pada saya seni ini perlu di ketengahkan....sebab boleh dijadikan Terapi ataupun kaedah rawatan pesakit ........ Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment