Wednesday, 27 May 2020

Kisah Keajaiban Dan Hikmah Sedekah 2USD Oleh Seorang Penganggur Muslim


Hikmah bersedekah walaupun ketika susah dan sentiasa bersyukur.....'

The Power of Sedekah – D'WangiShoppe



Dalam satu program TV di Amerika Syarikat seorang pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berharga US150,000 dollar

Orang ramai mula memberi respon dengan membuat panggilan dan menderma, dan di antara mereka adalah seorang lelaki Arab bernama Muhammad, dia mengumumkan sumbangannya sebanyak 2 US dollar.

Pengacara siaran TV itu pun bertanya kepada MUhammad, "Mengapa US 2 dollar....?". lalu Muhammad menjawab, " Ini adalah separuh dari simpanan yang saya ada, kerana saya masih lagi menganggur....".

"Saya melakukan apa yang dituntut oleh agama saya, memberi sedikit adalah lebih baik dari tidak memberi langsung".  " Saya yakin dengan bersedekah dapat memadam kemeurkaan ALLAH, tuhan yang saya sembah..."

Selepas Muhammad habiskan panggilan, berlaku satu kejutan, pemanggil selepasnya ingin memberi sumbangan sebanyak US8,000 dollar, pesan pemanggil tersebut kepada pengacara, :saya sumbangkan US4000.00 dollar untuk pesakit dan US4000.00 dollar lagi kepada penderma US2 dollar bernama Muhammad..."

Kemudian pemanggil seterusnya menderma US10,000.00 dollar, katanya, "US5000.00 dollar untuk pesakit dan US5000.00 lagi untuk seorang pemuda yang menderma US2.00 dollar..."

Seterusnya setiap orang yang menghubungi talian akan menyumbang kepada pesakit dan kepada penderma US2.00 dollar.

Pada akhir siaran, jumlah derma untuk pesakit telah mencukupi dan sejumlah besar wang berjaya dikumpulkan untuk pemuda yang bernama Muhammad itu.

Dalam episod seterusnya, pengacara tersebut menjemput penderma US2.00 dollar untuk menjadi tetamu dan untuk memberikannya wang.

Muhammad sangat bersyukur dan terharu dengan rezeki Allah yang dikurniakan kepadnya hanya asbab dermanya US2.00 dollar...!

Beliau berkata, "Walau pun saya mempunyai kelayakan pendidikan yang bagus, saya masih tidak dapat pekerjaan , saya tidak sangka ujian yang saya terima selama ini, hikmahnyanya Allah ingin kuniakan sesuatu yang hebat kepada saya...."
Dalam episod yang sama, puluhan panggilan dari syarikat-syarikat besar menawarkannya pekerjaan untuk Muhammad dan dia telah memilih perkerjaan yang terbaik untuk dirinya.

Saudara-saudara semua, jom sama-sama kita rebut peluang bersedekah, jangan malu dengan sumbangan yang sedikit kerana Allah tidak menilai jumlah semata-mata....

Wallahuaklam.....Semoga ia bermanfaat

Monday, 25 May 2020

Selamat Hari Raya 2020 Dan Perintah Kawalan Pergerakan.




Assalamualaikum dan salam sejahtera, Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2020 saya ucapkan.... Maaf Zahir Dan Batin, Maaflah lama tak bersiaran almaklumlah Perintah Kawalan Pergerakan lah (PKP), Bulan Ramadhanlah dan yang penting sekali sikap malas masih menebal dalam diri....huaaaaaa...huaaaa

Sepanjang PKP dan Bulan Ramadhan ...saya takda masalah untuk kesana sini nak beli barang, nak pergi pasar ka, supermarket ka, hypermarket ka......Alhamdulillah semua barang boleh dapat.....kat tempat saya di Pekan Langgar tu seolah-olah tiada apa yang berlaku...aktiviti berjalan seperti biasa, kesedaran tentang bahaya Covid 19 masih kurang...maklumlah musuh ni jenis tak nampak dengan mata kasar....sekali sekala ada juga kelihatan POLIS dan MBAS datang buat operasi.

Alhamdulillah juga...anak-anak saya yang belajar di UITM Puncak Alam dan Universiti Malaya dapat perlepasan balik awal....jika tidak  dok kena kuarantin di sana lagilah saya risau. Sebab ramai kawan2 diaorang yang kena kuarantin dan tak boleh balik.

Sepanjang bulan Ramadhan kami semua ada dirumah...bila semua ada dirumah macam2lah idea resepi berbuka puasa ...hari-hari saya keluar beli barang...saya layan ja anak bini sebab seronok tengok anak-anak dah mula nak memasak...pandai pulak tu..boleh tahan...saya makan ja dan  komplain saja...macam master chef tu....

Pada pertengahan bulan Ramadhan saya kena masuk kerja juga.... sebab kerja dah mula bertimbun.... tapi ikut sistem giliran untuk elak kan ramai bersesak di Pejabat dan kena patuhi SOP yang ditetapkan....normal baru....tak tau lah sampai bila COVID 19 ni nak ada dengan kita....pergilah jauh- jauh...atau pergi mampus terus....watchaaaa


Bila tiba Hari Raya...saya pun tak tau Hari Raya Tahun ni ...rasa nak menangis ka atau nak ketawa...maklumlah sebulan puasa dan PKP.... hanya terperap kat rumah...nak ke Masjid untuk jemaah solat dan solat terawih dah tak boleh.  Masjid kat tempat saya selalu ada taskirah setiap kali lepas solat terawih dari ustaz-ustaz jemputan dari seluruh Malaysia...adus rindunya.

 Sembahyang Sunat Hari Raya, Ziarah Kubur, Jumpa kawan2 di Kampung, Ziarah saudara mara......semua tak boleh....cuma boleh berwhatups sahaja..dah hilang nikmat hari raya....tapi .syukur Alhamdulillah semua masyarakat memahami...bukan kita sahaja yang kena kan...nu kat Amerika dah 1.6 juta kes positif, sebab rakyat dia ada yang degil..human right lah, berpiketlah...dan macam2 alasan depa bagi untuk tidak patuh pada kerajaan. Lantak hampalah. Sebenarnya Allah nak mengajar kita...mungkin dulu kita alpa, angkuh semasa meraikan Hari Raya kita berpesta makanan dan fesyen yang bermacam-macam....sehingga kita terlupa pada orang yang tidak mampu dan anak-anak yatim yang memerlukan. Astagfirullahalazim...ampunkan kami Ya Allah.

Persediaan Hari Raya pun ala kadar sahaja...tidak selalu rumah saya akan di kunjungi oleh jiran2, rakan2, rakan2 anak2 serta anak2 murid isteri saya....tahun ni sapa pun tak datang....dan kami pun mana tak pergi ...duk dirumah saja makan/tidur.... 

Tahun ni saya cuma order ketupat palas 3 kilo beli daging 3 kilo untuk rendang...isteri saya tak pandai buat ketupat tiap2 tahun saya order saja...tapi rendang daging dia boleh tahan....haaaa.. Kuih muih yang saya order... saya cancel....ada la anak2 saya buat dua tiga jenis biskut raya...boleh la. serba sedikit.....ingat kan kami ja yang nak makan.....

Tiba-tiba di pagi Syawal yang indah.....jiran-jiran yang tak boleh balik ke kampung masing-masing menghantar juadah raya ke rumah....jeng...jeng...jeng.
 Apalagi dah orang hantar kita kena balas lah...orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.....Nasib baik la ada juga ketupat palas dan  rendang....hari raya pertama lagi dah habis ketupat dan rendang....terlupa ka jiran2  haaa...selalu dia orang balik kampung di Kelantan , Penang, Trengganu lah...tak sangka pulak....takpa lah rezeki masing2kan.

Baju raya anak2 tahun ini pun tak beli begitu jugalah saya dan isteri...tapi kita kasi duit raya lebih sikit la pada anak-anak takut depa berkecil hati...dia orang tak kisah pun....kita saja yang perasan.  Ingat boleh la jimat perbelanjaan sebab tak beli baju raya dan kuih-kuih....tapi ada saja benda nak jadi.... kereta buat hal...alternator rosak...tukar kena RM700 lebih original, Airkond dua bilik rosak tak sejuk...dan kena pasang lagi satu airkond baru...riban-riban juga habis.....takpalah...janji semua bahagiakan.


Hari ni 26 Mei 2020 saya dah mula masuk kerja....sebab kalau cuti pun tak boleh nak pergi beraya....haaa.  Adala beberapa orang kawan yang jadi mangkuk hayun macam saya mai kerja hari ni.....kedai-kedai makan favorite saya masih tak buka lagi...adui...lapar capati kuah sardin dan kari daging..teh o ais..ooo mabales...bak hang. Bila hampa nak meniaga oooii.


Akhir kata dari saya..... kita masih berhadapan dengan ancaman COVID 19, kita perlu patuh pada arahan kerajaan dan pihak-pihak berkaitan bagi mengelakan jangkitan, Raya Aidil Fitri kali ini juga memerlukan pengorbanan kerana dengan kehadiran COVID 19 ini ia menguji kesabaran kita dari segi mental, fizikal dan emosi. Semoga kita terus istiqamah dalam memerangi wabak yang merbahaya ini.

Gunalah peluang ini untuk memperbaiki hubungan dalam keluarga...banyakan berinteraksi dan ber komunikasi serta melakukan aktiviti yang boleh membina dan merapatkan hubungan kita sesama ahli keluarga. Banyakkan ibadah2 sunat , zikir, sedekah dan bacaan Al Quran, Semoga ia bermanfaat

Sekian Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin.



Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...