Hikmah bersedekah walaupun ketika susah dan sentiasa bersyukur.....'
Dalam satu program TV di Amerika Syarikat seorang pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berharga US150,000 dollar
Orang ramai mula memberi respon dengan membuat panggilan dan menderma, dan di antara mereka adalah seorang lelaki Arab bernama Muhammad, dia mengumumkan sumbangannya sebanyak 2 US dollar.
Pengacara siaran TV itu pun bertanya kepada MUhammad, "Mengapa US 2 dollar....?". lalu Muhammad menjawab, " Ini adalah separuh dari simpanan yang saya ada, kerana saya masih lagi menganggur....".
"Saya melakukan apa yang dituntut oleh agama saya, memberi sedikit adalah lebih baik dari tidak memberi langsung". " Saya yakin dengan bersedekah dapat memadam kemeurkaan ALLAH, tuhan yang saya sembah..."
Selepas Muhammad habiskan panggilan, berlaku satu kejutan, pemanggil selepasnya ingin memberi sumbangan sebanyak US8,000 dollar, pesan pemanggil tersebut kepada pengacara, :saya sumbangkan US4000.00 dollar untuk pesakit dan US4000.00 dollar lagi kepada penderma US2 dollar bernama Muhammad..."
Kemudian pemanggil seterusnya menderma US10,000.00 dollar, katanya, "US5000.00 dollar untuk pesakit dan US5000.00 lagi untuk seorang pemuda yang menderma US2.00 dollar..."
Seterusnya setiap orang yang menghubungi talian akan menyumbang kepada pesakit dan kepada penderma US2.00 dollar.
Pada akhir siaran, jumlah derma untuk pesakit telah mencukupi dan sejumlah besar wang berjaya dikumpulkan untuk pemuda yang bernama Muhammad itu.
Dalam episod seterusnya, pengacara tersebut menjemput penderma US2.00 dollar untuk menjadi tetamu dan untuk memberikannya wang.
Muhammad sangat bersyukur dan terharu dengan rezeki Allah yang dikurniakan kepadnya hanya asbab dermanya US2.00 dollar...!
Beliau berkata, "Walau pun saya mempunyai kelayakan pendidikan yang bagus, saya masih tidak dapat pekerjaan , saya tidak sangka ujian yang saya terima selama ini, hikmahnyanya Allah ingin kuniakan sesuatu yang hebat kepada saya...."
Dalam episod yang sama, puluhan panggilan dari syarikat-syarikat besar menawarkannya pekerjaan untuk Muhammad dan dia telah memilih perkerjaan yang terbaik untuk dirinya.
Saudara-saudara semua, jom sama-sama kita rebut peluang bersedekah, jangan malu dengan sumbangan yang sedikit kerana Allah tidak menilai jumlah semata-mata....
Wallahuaklam.....Semoga ia bermanfaat
No comments:
Post a Comment