Sunday, 17 August 2014

JORDAN


Jordan...ada 6 juta penduduk ,93% beragama Islam, bahasa utama bahasa Arab lah, Iklim (mediteranean) dia ikut empat musim tu la kut ....Panas, sejuk ,luruh dan bunga...agaknya.....dan bersempadan dengan Syria, Iraq, Tebing Barat, Israel dan Arab Saudi. Jordan juga mempunyai pantai sebelah Laut Mati dan Teluk Aqabah.

Bendera Negara
 
 
 
Dok tunggu flight pukul 12.50am di KLIA

 









 
Lebih kurang 5 jam dalam flight...akhirnya sampai di Queen Alia Airport dengan Royal Jordan Airline.
 
 
Pakat-pakat dok qhada solat subuh,  tandas airport biasalah international punya tak da cebuk atau paip macam kita...masalah sungguh bila perut kita pagi2 meragam...


                                              Kena hulur kat Imigresen/ kastam 20 dinar...airport tax kut....


Bagi yang bernama Ahmad atau Mohammad dan yang seangkatan dengannya kena berhati-hati sikit
Ada kawan aku kena tahan sejam untuk soal siasat sebab nama dia sama dengan senarai nama........./???&&*#@@$$

 
Tempat yang aku cari-cari...kuang..kuang...kuang
 


Diluar airport sementara tunggu transport.  kena bayar 60 dollar untuk upah ziarah dan Visa segera









Aku tak Nampak pokok lain selain dari pokok-pokok Zaitun dan kurma
panas ...kering


 
check In Hotel....


Pemandangan dari luar bilik....pokok Zaitun ja...

 
King and Queen of Jordan
 
 
Bilik aku agak selesa juga





Tempat pertama kami tuju ialah ke makam Nabi  Syuib bapa mentua Nabi Musa.....jalan nya berbukit- bukau dan panas terik....bas kami tak berdaya nak terus mendaki....jadi terpaksa lah menapak....

Jalan rayanya yang berbukit -bukau




Penat jugak sebab jauh juga aku kena menapak...tapi semangat nak ziarah makam nabi...seronok pulak.....ngeh...ngeh...ngeh
 




Makam Nabi Allah Syuib  terletak di dalam Bangunan dengan Masjid...semasa aku masuk keruangan makam ini terdapat bau-bauan yang sangat harum....masyaAllah



Bahagian ini adalah bangunan masjid Nabi Syuib...sempat juga aku solat tahiyatul masjid dan kemudian kami jamak/qasar  Zohor dan  Asar




Pokok buah Tin


Pemandangan diluar masjid


Ramai orang dating ziarah ke makam ini semasa kami sampai...semuanya kena menapak juga



Perut dah lapar ...kita makan dulu..apalagi nasi arab la..balun







Di dalam bas...nilah pemandu pelancong kami nama ...Ahmad apa(lupa)...dia banyak membantu TV3 dalam program jejak rasul untuk siaran bulan Ramadan

 
Gua di Ar Raqim, Amman, Jordan


 
Disini disediakan minuman  percuma....sejuk airnya
 
 
Gua Ashabul Kahfi...telah menjadi perdebatan daripada zaman berzaman mengenai tempat persembunyian  sebenar mereka. Terdapat sekurang-kurangnya ENAM buah tempat yang sering dikaitkan dengan kisah Ashaabul Kahfi ini. Antara tempat yang dikaitkan adalah:
  Ephesus, Turki,  Kahramanmaras, Turki , Mardin, Turki,  Gua di Jabal Qassiyyun, Syria        Abu Alanda, Jordan,   Maimuna, Afghanistan

Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.

Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.
 



Pintu masuk Gua


Bersama Mejar Ustaz Sharul
 




                                Lambang pemerintahan Kerajaan Byzantine (Roman Timur)


                                                                        Binaan di sekitar gua





 

 
Kesimpulannya, gua yang berada di Ar-Raqim Jordan inilah yang mendekati seperti yang digambarkan dalam Al-Qur’an sebagai tempat persembunyian Ashabul kahfi. Salah satu yang memperkuat dugaan tersebut  adalah surat Al-kahfi ayat 17. Menyebutkan, matahari cenderung ke kanan dari gua mereka dan terbenam di sebelah kiri.
 

Kemudian kami singgah di kedai ni....apa nama ntah ...aku pun dah lupa...disini boleh la kalau nak beli souvenier.. dari fridge magnet, barang antik  hinggalah ke produk kecantikan yang dihasilkan dari Laut Mati...mahal juga sebab aku guna US dollar..jadi aku cuma beli fridge magnet ja...aku tengok kawan-kawan lain pakat dok beli produk kecantikan untuk kulit....aku tak berapa nak percaya sebab hasil tu dari bumi yang dilaknati oleh Allah (Laut Mati)...tapi...entahlah  aku pun bukan pandai sgt..







 
                                Mereka sediakan teh dan biskut percuma untuk pengunjung....ok juga





Kemudian kami pergi ke melawat ke laut mati.  Kami jalan-jalan ja...tak mandi pun...kalau mandi pun syok juga sebab kita akan terapung atas air sebab kandungan sulfur dan garam yang terlampau tinggi, lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa  sebab tu semua benda timbul di permukaan air. 
Sejarahnya, Laut Mati merupakan Kota Sadum iaitu kota kaum Nabi Lut yang melakukan hubungan songsang (homoseksual). Di sebabkan kemurkaan Allah bumi di situ diterbalikkan hingga tenggelam sedalam 411 meter dari paras laut. Nabi Lut dan orang-orang beriman diselamatkan Allah.

Allah meninggalkan kesan-kesan kehancuran kota itu sebagai peringatan kaum kemudian yang melalui jalan itu. kesan kemurkaan ini, Allah tidak membenarkan satu makhluk pun hidup di dalamnya. sebab itulah Laut Mati tidak berpenghuni. ia tidak didiami hidupan laut. di sekitar kawasan Laut Mati juga tiada satu pun tumbuhan yang tumbuh melata. jika adapun, kelihatan pokok itu keluar membengkok ke bawah seolah-olah tumbuh terbalik. manakala lautnya pula wujud di atas aras yang lebih tinggi seakan-akan satu kolam luas yang dikepung. demikianlah kebesaran  Allah yang diturunkan untuk menjadi pengajaran bagi hamba-hambaNya.









                       Gambar internet...Laut Mati sempadan Jordan dengan Jericco Israel






panas  lit...lit..ooo
s



Alhamdulillah dapat juga aku menjejak kaki ke bumi para anbia ni.....banyak lagi tempat yang tidak sempat kami lawati seperti Kota Petra yang terletak 360 km dari  Bandar Amman....insyaallah ada rezeki aku bercadang nak pergi lagi....macam jejak rasul...pulak







































































Monday, 11 August 2014

SESUATU YANG ANDA TIDAK PERASAN ATAU TERFIKIR LANGSUNG

 
 
Things You Probably Never Knew or Thought About
Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. At least 5 people in this world love you so much they would die for you.
Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. At least 15 people in this world love you in some way.
Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. The only reason anyone would ever hate you is because they want to be just like you.
Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't
like you.
Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Every night, SOMEONE thinks about you before they go to sleep.
Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. You mean the world to someone.
Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. If not for you, someone may not be living.
Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. You are special and unique.
Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Someone that you don't even know exists loves you.
Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.
Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
disebaliknya.

11. When you think the world has turned its back on you, take a look: you most likely turned your back on the world.
Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it.
Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkansesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akanmemperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Always remember the compliments you received. Forget about the rude remarks.
Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Always tell someone how you feel about them; you will feel much better when they know.
Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. If you have a great friend, take the time to let them know that they are great.
Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

A Minute.
They say it takes a minute to find a special person, an hour to
appreciate them, a day to love them, but then an entire life to forget them. Send this phrase to the people you'll never forget and remember to send it also to the person that sent it to you. It's a short message to let them know that you'll never forget them. If you don't send it to anyone, it means you're in a hurry and that you've forgot your friends. Take the time... to live and love. Send this letter to all the people you care about, Including the person who sent this to you. If you do so, You will certainly brighten someone's day and might change their perspective on life, for the better.

Seminit
Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.
 
Hamka...

SYARAT JADI PEMIMPIN






 



SAJAK....

Kalau engkau INGIN jadi pemimpin
Sanggupkah engkau menjadi AYAH,
bertanggungjawab kepada mereka?
Kalau engkau SUKA menjadi pemimpin
Sanggupkah engkau menjadi IBU,
tempat bermanja-manja?
Jika engkau HENDAK menjadi pemimpin
Sanggupkah engkau menjadi GURU kepada mereka?
Boleh memberi didikan dan ilmu.
Jika engkau MAHU menjadi pemimpin
Sanggupkah engkau menjadi KAWAN yang setia?
Bila-bila masa boleh memberi pertolongan
dan bantuan kepada mereka.



Jika engkau ingin jadi PEMIMPIN,
Ertinya engkau sanggup jadi AYAH, jadi IBU,
jadi GURU, jadi KAWAN SETIA.
Kalau manusia fahamlah kedudukan pemimpin
Kepimpinan tidak akan jadi rebutan di kalangan manusia
Bahkan kalau orang memintanya pun dia akan menolaknya
Kecuali tidak dapat dielakkan, kerana kehendak orang banyak

 
Sekarang kepimpinan menjadi rebutan dan buruan
Bukan ingin jadi watak-watak manusia yang disebutkan tadi.
Tapi di sana ada kepentingan dan keuntungan
Kerana itulah dunia hari ini huru-hara
Dikeranakan PEMIMPIN
yang tidak bertanggungjawab
dan mementingkan diri
Oleh itulah pemimpin hari ini
dicaci-maki oleh rakyat


TIPS KEPIMPINAN HARI INI...

TANGGUNGJAWAB ASAS PEMIMPIN:
Satu perkara penting yang mesti diingat ialah tujuan pemimpin mendekati anak buahnya mestilah atas dua dasar, iaitu:


1.Untuk mendidik
Secara langsung atau tidak, sama ada secara cakap atau sikap. Mentarbiah ini merupakan tugas asasi para pemimpin.


2. Memerhatikan kehidupan
Kehidupan anak buah, soal makan minumnya, mata pencariannya dan keadaan rumahnya mesti diperhatikan, supaya yang kurang dapat ditampung. Misalnya, rumah anak buah yang dhaif mestilah ditampung. Manakala dalam soal yang lain adalah perkara sampingan sahaja. Pemimpin hendaklah memastikan bahawa pergaulannya dengan anak buah sampai matlamat. Matlamat itu ialah mendidik dan menjaga kebajikan hidupnya.


SYARAT-SYARAT MENJADI PEMIMPIN


1. Muslim
2. Lelaki
3. Akil (berakal)
4. Baligh
5. Baik pancaindera
6. Merdeka



SIFAT-SIFAT PEMIMPIN



1. Memilik ilmu
Pemimpin mestilah memiliki ilmu yang cukup untuk memimpin. Sebaik-baiknya pemimpin mesti dari kalangan ‘minal mujtahidin’. Ini sangat dikehendaki. Kelayakan ini sangat penting jika seseorang menjadi pemimpin umum.



2. Mengenal diri
Maksudnya mengenal fizikal, akal dan hatinya sendiri.
 
a.          Mengenal fizikal ini mudah. Yakni mengenal sama ada ia masih muda, tua, sakit atau sihat.
 
b.          Mengenal akal pula ialah pemimpin mesti mengenal tahap IQnya sama ada baik atau sebaliknya. Sama ada fikirannya tajam, sederhana atau lemah. Dia juga mesti memahami apa ilmu yang banyak di kepalanya. Apakah ilmu dunia atau Akhirat. Kemudian dia mesti tahu apakah ilmu itu syumul atau tidak. Ilmu mana yang lebih, ilmu sains, ilmu feqah atau sebagainya.
 
c.          Mengenal jiwa inilah yang sangat penting. Pemimpin mesti mengenal sifat positif dan negatifnya. Apakah sifat mahmudah yang ada dalam hatinya dan apakah sifat mazmumahnya pula. Ini penting supaya dia dapat mengungkai yang mazmumah dan menyubur yang mahmudah. Bagi pemimpin, mengenal sifat mazmumahnya lebih penting daripada sifat mahmudahnya.
Ini kerana mazmumah boleh mencacatkan kepimpinannya. Misalnya jika dia ego atau pemarah, maka ramailah anak buah yang lari dan sakit hati. Jika dia penakut, maka kuranglah anak buah yang ingin bersandar dengannya. Begitu juga pemimpin bakhil atau tamak, anak buah tidak akan rapat dengannya.
 
           Bagi sifat mahmudahnya pula, pemimpin mesti tahu ke mana hendak diarahkan dan apa yang hendak dibuat dengan mahmudahnya itu. Misalnya sabar atau berani, bila dia harus berani atau sabar dan dalam perkara bagaimana dia harus berani dan sabar.
Jika pemimpin tidak kenal dirinya, bagaimana dia boleh mengenal orang lain. Kalau dia tidak mengenal dirinya, sudah pasti dia tidak dapat mendidik dirinya. Jika dia tidak dapat mendidik dirinya, maka sudah pasti pula dia tidak dapat mendidik orang lain. Inilah punca mengapa kadangkala pemimpin diumpat, dimarah oleh anak buah. Di sini pemimpin mesti mengkaji kesalahannya. Jangan melihat kesalahan kepada anak buah sahaja. Jika kita baik sudah tentu disayangi oleh anak buah. Jika tidak, tentu ada yang tidak kena pada diri kita. Sebab itu salahkan diri sendiri, jangan salahkan anak buah sahaja.
 

Anak-anak buah atau pengikut pula terbahagi dua:

 
 
1. Pengikut di dalam kementerian atau jabatan
Mereka yang berjawatan rasmi dan bergaji tidak kira apa bahagian, unit, kementerian dan jabatannya. Mereka ini mungkin terdiri daripada pengarah, pengurus dan pegawai perhubungan.



2. Rakyat umum
Mereka yang berjawatan rasmi sama ada yang bekerja sendiri ataupun dengan pihak swasta. Bilangan mereka ini lebih ramai lagi.


Sikap pemimpin terhadap orang di bawah kementerian dan jabatannya:



1. Adakan usrah-usrah kepada mereka.
Usrah ini sangat penting. Ia akan melahirkan kasih sayang dan ukhwah. Melalui usrah juga dapat disampaikan ilmu ilmu baru. Usrah juga berfungsi untuk menyelesaikan masalah. Kepada orang atau tenaga-tenaga yang penting mesti kerap diadakan usrah, kerana mereka juga adalah pemimpin (di bawah mereka ada anak buah). Bagi mereka yang kurang penting, jarang-jarangkan.


2. Adakan kelas-kelas pengajian kepada mereka.
Ada juga di kalangan mereka yang tidak selesai fardhu ainnya. Maka perlu majlis-majlis ini diadakan. Majlis fardhu ain juga penting untuk melahirkan kasih sayang dan perpaduan yang lebih luas kerana majlis ini selalunya lebih umum, besar dan ramai yang terlibat.

3. Sekali-sekala adakan jamuan.
Jamuan makan boleh menambahkan kemesraan. Ia boleh membuahkan kasih sayang dan memberikan kegembiraan bagi yang menjamu dan juga yang dijamu.

4. Adakan ekspedisi dan perkelahan sekali-sekala.
Ini juga satu program yang penting untuk mencetuskan ukhwah, kasih sayang dan meluaskan pandangan bagi mengatasi kelemahan anak buah. Jangan biarkan anak buah terperap di pejabat sahaja hingga fikiran dan jiwanya keras macam dinding yang mengepungnya.

5. Sesetengah tindakan atau perkara hendaklah disyurakan terlebih dahulu.  Ada arahan yang perlu difahami oleh anak buah. Bila ada syura dengan anak buah, mereka akan faham akan sesuatu arahan. Barulah mereka boleh melaksanakannya. Jika tidak, nanti anak buah akan kurang bertanggungjawab. Arahan-arahan dalam perkara penting dan besar yang sukar difahami elok disyurakan dulu, melainkan yang remeh-temeh.

6. Bermesra dengan semua orang di bawah jabatan dan kementerian.
Fitrah semula jadi manusia yang ada kaitannya dengan hubungan kawan sesama kawan, dengan anak-anak, dengan isteri-isteri, memang ada grafnya turun naik. Kecenderungan hati pada sesuatu masa dan pada seseorang memang tidak dapat dielak. Tetapi yang tercetus dari segi lahiriah, mesti cuba disamaratakan.
Senyuman misalnya, kena diagih-agihkan. Begitu juga dengan kemesraan. Pada yang memang sudah disayangi hati, mudahlah. Tetapi pada yang belum, maka mesti juga diusahakan walaupun di tahap tabaqa’ (berlakon-lakon).
 
Berlakon-lakon memberi kemesraan tidak salah, malah digalakkan. Misalnya, kita digalakkan buat-buat menangis bila membaca Al Quran. Begitulah kita dalam memberi kemesraan kepada orang yang hati belum cenderung. Tidak salah kerana kecenderungan hati kita tidak sama, seperti keluhan hati Rasulullah SAW berhubung dengan isteri-isterinya:
“Hati aku ini ya Allah, bukan dalam kuasaku. Hati ini Engkau yang punya.”



7. Lakukan ziarah.
Ziarah ini penting untuk memperbaiki hati (hubungan) dengan anak buah. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Hendaklah berziarah orang yang tidak ada (jarang berjumpa). Nanti akan menambah kasih sayang.” Sebab itu bila ada hati anak buah yang hendak retak, sudah rasa hendak menjarak (menjauh), maka segeralah menziarahinya.Tetapi perlu diingat, janganlah pemimpin terlalu banyak meluangkan masa untuk ziarah sehingga ada kerja yang lebih penting dan banyak tidak terbuat.

8. Lahirkan kegembiraan di atas kegembiraan mereka.
Pada ketika mereka mendapat anak, kahwin atau naik pangkat, maka tunjukkan kegembiraan atas kegembiraan mereka. Berilah hadiah untuk melahirkan kegembiraan itu. Hadiah itu penting untuk menjalin hubungan hati.

9. Jangan mencari-cari kesalahan mereka.
Mencari-cari kesalahan itu salah menurut syariat. Dalam Al Quran, Allah SWT mengingatkan: Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, jauhilah dari berprasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.” (Al Hujurat: 12)
Justeru itu, cara mengintip, mengendap dan lain-lain seperti yang diamalkan sesetengah pihak untuk mencegah kemungkaran tidak menyelesaikan masalah. Allah tidak berkati cara itu, kerana ia satu kaedah yang mungkar untuk mencegah kemungkaran. Cara yang fasik untuk mencegah kefasikan, cara yang haram untuk mencegah yang haram.
Kaedah membanteras kemungkaran seperti ini akan merebakkan lagi kemungkaran itu seperti mencuci najis dengan air najis. Najis tidak dibersihkan bahkan bertambah merebak lagi najis itu.
 
 
10. Jika mereka lakukan kesilapan, buat-buat tidak tahu kecuali kalau sudah merbahaya.
Elok buat tidak tahu akan kesalahan anak buah walaupun sebenarnya kita tahu dia melakukan kesalahan itu. Ini kerana ada anak buah yang terseksa jika dia tahu pemimpin tahu akan kesalahannya. Jadi langkah yang sebaiknya ialah jangan bertindak lagi. Elok ceritakan atau kuliahkan secara umum dahulu, sedarkan secara umum dan doakan. Jangan memanggilnya dahulu.

11. Setelah tiga kali kesalahan dibuat barulah dinasihat secara empat mata. Bila kesalahan yang begitu berat, yakni yang melibatkan pelanggaran syariat dan membahayakan keadaan seperti meminum arak, mengambil dadah dan seumpamanya maka perlu ditangani secara cepat. Elok panggil empat mata tetapi jangan sekali-kali menghebahkan aibnya itu. Dalam suatu doa ada menyebut:
Maksudnya: “Lindungi keaiban kami dan kedua ibu bapa kami dan keaiban seluruh umat Muhammad.”

12. Setiap pengaduan hendaklah diteliti dan dikaji dahulu.
a. Pemimpin jangan sekali-kali berdendam, beremosi, mudah salah sangka dan lain-lain anggapan negatif. Tidak dapat tidak, sebagai pemimpin kita mesti menerima pengaduan.
 
b. Pengaduan-pengaduan itu mestilah dikaji, diteliti dan dinilai dengan adil.
 
c. Pemimpin adalah pendidik, dia mesti dapat menilai antara
yang mengadu dan yang diadu. Susurlah ke akar umbi akan sesuatu pengaduan, kemudian barulah bertindak.
 
d. Pemimpin perlu sedar bahawa pengaduan ada hubungan dengan jiwa anak buah. Jangan sampai merosakkan jiwa mereka dengan tindakan yang tidak adil.
Misalnya:
i. Jika yang mengadu itu orang yang memang kita sayang, maka kita terus bertindak tanpa usul periksa. Tetapi sebaliknya jika yang mengadu, orang yang kita tidak sayang maka kita usul periksa dengan teliti.
 
ii. Begitu juga bagi yang kena adu. Jika yang diadu itu orang yang kita sayang, kita tidak bertindak. Tetapi kalau yang diadu itu orang yang kita tidak sayang, maka dengan cepat kita bertindak.
 
iii. Seperkara lagi yang hendak diteliti, kadangkala yang diadu itu merupakan kesalahan kecil sahaja berbanding kesalahan yang dibuat oleh yang mengadu. Di sudut ini hendaklah pemimpin faham bahawa kesalahan orang yang dimenangkan kerana aduannya diterima lebih besar jika ia bangga dan ego. Sedangkan yang kena adu kalau dia insaf, malah kalau kesalahannya memang kecil, tidak membahayakan dirinya.
 
Oleh itu pemimpin mesti faham, mana satu salah yang lebih besar, mana satu salah yang kecil. Dia juga mesti faham, kenapa dan mengapa satu kesalahan itu dibuat oleh anak buahnya.

13. Kalau dihukum, hendaklah setimpal dengan kesalahannya.
Kalau kesalahan yang dibuat itu setimpal dihukum 50, jangan sampai dihukum 100. Berpada-padalah. Kerana dalam Islam, salah kerana tidak menghukum lebih ringan
daripada tersalah hukum. Apalagi hukuman yang berat seperti hukuman mati dan sebagainya lebih-lebih lagi hendaklah diteliti.

14. Hendaklah ambil tahu di mana dia tinggal dan bagaimana tempat tinggalnya. Ini penting bagi memudahkan perhubungan bila terjadi bencana alam dan kecemasan seperti sakit, kematian dan lain-lain. Dengan ini juga mudah dibuat ziarah dan memberi bantuan. Keadaan tempat tinggal pengikut mesti diperhatikan, apakah membahayakan atau selamat. Dan jika didapati tidak mampu, mereka hendaklah diberi bantuan. Malah kadangkala mengikut pemerhatian pemimpin, rumah anak buahnya sangat membahayakan dari segi keselamatan, walaupun tidak disedari oleh tuan punyanya.

15. Jika ada kesempatan bertemulah dengan keluarga mereka.
Kita berhubung dengan anak buah bukan dalam soal kerja sahaja tetapi juga dengan keluarga mereka. Pemimpin mesti usahakan pertemuan keluarga. Misalnya, perhimpunan hari keluarga untuk merapatkan lagi tali silaturrahim. Pertemuan seperti ini penting untuk merapatkan kasih sayang dan silaturrahim.


16. Berilah hadiah waktu yang sesuai.

17. Pemimpin elok menjadi imam solat. Dan pada hari Jumaat elok menjadi khatib.

18. Di kalangan orang penting elok ziarah di rumahnya, di kalangan orang biasa elok di tempat-tempat umum.

Source : Bengkel Rohani - Ifila Saila

Saturday, 9 August 2014

ROTI YANG BAHAYA UNTUK KESIHATAN


 


 Roti sememangnya sudah menjadi makanan harian ketika bersarapan ataupun pada waktu malam bagi anda yang berdiet. Namun tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis roti yang boleh menjejaskan kesihatan anda?

 Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda mengenai bahan-bahan yang terdapat dalam roti dibawah yang perlu anda elakkan dari membeli yang dipetik dari Wanita.

L-eysteine
Sejenis zat penghalus yang ditambah pada roti bagi mempercepatkan proses pembuatan. Walaupun zat ini dihasilkan di makmal, namun bahan ini diperoleh daripada sumber semula jadi. Bunyi tidak membimbangkan kerana bahan semula jadi tetapi semula jadi yang dimaksudkan ialah rambut manusia, bulu ayam, tanduk lembu dan macam-macam lagi.

Potassium Bromate
Zat ini digunakan untuk memendekkan roti selain mempercepatkan adunan menjadi keras. Kebanyakan syarikat pengilang roti cukup menggemari bahan ini kerana banyak kos dapat dijimatkan. Tetapi, apabila dilihat dari aspek kesihatan, nyata penggunaanya cukup membahayakan. Hal ini kerana zat ini boleh menyebabkan penyakit kanser ginjal dan tiroid! Beberapa negara seperti Brazil, Eropah, Peru, Korea Selatan dan China, Potassium Bromate ini sudah diharamkan penggunaannya lantaran bahan ini mejadi molekul kepada pembentukan kanser yang sangat menakutkan!

Bijirin yang diproses
Meskipun dicampurkan ke dalam roti tetapi bijirin ini langsung tidak memberi apa-apa kebaikan sekalipun, Bijirin ini kemudiannya dipecahkan menjadi gula pada kadar yang sangat cepat sehingga menyebabkan paras darah naik mendadak. Keadaan ini berkait rapat dengan penyakit tekanan darah tinggi, penyekatan insulin serta meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 30 peratus. Sebab itulah jangan sekali-sekali biarkan diri tertipu dengan kandungan bahan-bahan yang digunakan sekalipun dikatakan berasal dari bijirin yang kaya nutrisi.

Azodicarbonamide
Digunakan untuk melembutkan tekstur roti malah di Amerika Syarikat sendiri, kebanyakan roti burgernya dihasilkan menggunakan bahan tersebut. Di Singapura, penggunaan bahan ini telah dilarang kerana banyak kajian yang dijalankan mendapati zat ini membawa bahaya kepada sistem pernafasan, asma serta masalah alergi kepada sesetengah manusia.

Fruktosa
Dikenali juga sebagai sirap jagung yang mana fungsinya adalah untuk mengembang dan memberi warna keperang-perangan pada roti. Kebanyakan pengilang gemar menggunakan gula ini lantaran harganya yang murah dan menguntungkan. Tetapi, kesan kepada kesihatan manusia pula adalah seperti masalah obesiti selain tekanan darah tinggi, sindrom metabolisme, penyakit hati dan lain-lain lagi.


By Azwa Iela | Tupai 
 

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...