Jordan...ada 6 juta penduduk ,93% beragama Islam, bahasa utama bahasa Arab lah, Iklim (mediteranean) dia ikut empat musim tu la kut ....Panas, sejuk ,luruh dan bunga...agaknya.....dan bersempadan dengan Syria, Iraq, Tebing Barat, Israel dan Arab Saudi. Jordan juga mempunyai pantai sebelah Laut Mati dan Teluk Aqabah.
Bendera Negara
Dok tunggu flight pukul 12.50am di KLIA
Lebih kurang 5 jam dalam flight...akhirnya sampai di Queen Alia Airport dengan Royal Jordan Airline.
Pakat-pakat dok qhada solat subuh, tandas airport biasalah international punya tak da cebuk atau paip macam kita...masalah sungguh bila perut kita pagi2 meragam...
Kena hulur kat Imigresen/ kastam 20 dinar...airport tax kut....
Bagi yang bernama Ahmad atau Mohammad dan yang seangkatan dengannya kena berhati-hati sikit
Ada kawan aku kena tahan sejam untuk soal siasat sebab nama dia sama dengan senarai nama........./???&&*#@@$$
Tempat yang aku cari-cari...kuang..kuang...kuang
Aku tak Nampak pokok lain selain dari pokok-pokok Zaitun dan kurma
panas ...kering
check In Hotel....
Pemandangan dari luar bilik....pokok Zaitun ja...
King and Queen of Jordan
Bilik aku agak selesa juga
Tempat pertama kami tuju ialah ke makam Nabi Syuib bapa mentua Nabi Musa.....jalan nya berbukit- bukau dan panas terik....bas kami tak berdaya nak terus mendaki....jadi terpaksa lah menapak....
Jalan rayanya yang berbukit -bukau
Penat jugak sebab jauh juga aku kena menapak...tapi semangat nak ziarah makam nabi...seronok pulak.....ngeh...ngeh...ngeh
Makam Nabi Allah Syuib terletak di dalam Bangunan dengan Masjid...semasa aku masuk keruangan makam ini terdapat bau-bauan yang sangat harum....masyaAllah
Bahagian ini adalah bangunan masjid Nabi Syuib...sempat juga aku solat tahiyatul masjid dan kemudian kami jamak/qasar Zohor dan Asar
Pokok buah Tin
Pemandangan diluar masjid
Ramai orang dating ziarah ke makam ini semasa kami sampai...semuanya kena menapak juga
Perut dah lapar ...kita makan dulu..apalagi nasi arab la..balun
Di dalam bas...nilah pemandu pelancong kami nama ...Ahmad apa(lupa)...dia banyak membantu TV3 dalam program jejak rasul untuk siaran bulan Ramadan
Gua di Ar Raqim, Amman, Jordan
Disini disediakan minuman percuma....sejuk airnya
Ephesus, Turki, Kahramanmaras, Turki , Mardin, Turki, Gua di Jabal Qassiyyun, Syria Abu Alanda, Jordan, Maimuna, Afghanistan
Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.
Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.
Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.
Pintu masuk Gua
Bersama Mejar Ustaz Sharul
Lambang pemerintahan Kerajaan Byzantine (Roman Timur)
Binaan di sekitar gua
Kesimpulannya, gua yang berada di Ar-Raqim Jordan inilah yang mendekati seperti yang digambarkan dalam Al-Qur’an sebagai tempat persembunyian Ashabul kahfi. Salah satu yang memperkuat dugaan tersebut adalah surat Al-kahfi ayat 17. Menyebutkan, matahari cenderung ke kanan dari gua mereka dan terbenam di sebelah kiri.
Kemudian kami singgah di kedai ni....apa nama ntah ...aku pun dah lupa...disini boleh la kalau nak beli souvenier.. dari fridge magnet, barang antik hinggalah ke produk kecantikan yang dihasilkan dari Laut Mati...mahal juga sebab aku guna US dollar..jadi aku cuma beli fridge magnet ja...aku tengok kawan-kawan lain pakat dok beli produk kecantikan untuk kulit....aku tak berapa nak percaya sebab hasil tu dari bumi yang dilaknati oleh Allah (Laut Mati)...tapi...entahlah aku pun bukan pandai sgt..
Kemudian kami pergi ke melawat ke laut mati. Kami jalan-jalan ja...tak mandi pun...kalau mandi pun syok juga sebab kita akan terapung atas air sebab kandungan sulfur dan garam yang terlampau tinggi, lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa sebab tu semua benda timbul di permukaan air.
Sejarahnya, Laut Mati merupakan
Kota Sadum iaitu kota kaum Nabi Lut yang melakukan hubungan songsang
(homoseksual). Di sebabkan kemurkaan Allah bumi di situ diterbalikkan
hingga tenggelam sedalam 411 meter dari paras laut. Nabi Lut dan orang-orang
beriman diselamatkan Allah.
Allah meninggalkan kesan-kesan kehancuran kota itu sebagai peringatan kaum
kemudian yang melalui jalan itu. kesan kemurkaan ini, Allah tidak membenarkan
satu makhluk pun hidup di dalamnya. sebab itulah Laut Mati tidak berpenghuni. ia
tidak didiami hidupan laut. di sekitar kawasan Laut Mati juga tiada satu pun
tumbuhan yang tumbuh melata. jika adapun, kelihatan pokok itu keluar membengkok
ke bawah seolah-olah tumbuh terbalik. manakala lautnya pula wujud di atas aras
yang lebih tinggi seakan-akan satu kolam luas yang dikepung. demikianlah
kebesaran Allah yang diturunkan untuk menjadi pengajaran bagi
hamba-hambaNya.
Gambar internet...Laut Mati sempadan Jordan dengan Jericco Israel
panas lit...lit..ooo
s
No comments:
Post a Comment