Tuesday, 2 September 2014

RAHSIA JERAWAT


 



Jerawat kat DAHI



Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. 

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.


Cegah jerawat dengan menggunakan bawang putih


Masalah jerawat di wajah sememangnya menjadi penyebab seseorang wanita itu tidak yakin untuk melangkah ke luar rumah.

Selain membuatkan kulit terasa pedih dan kemerah-merahan, jerawat juga sangat tidak digemari kerana akan membuatkan wajah sedikit comot dan tidak berseri.

Namun, kini anda tidak perlu khuatir lagi kerana masalah ini boleh diselesaikan dengan hanya menggunakan sebutir bawang putih sahaja!

Seperti yang dipetik dari delightedmomma.com, ada beberapa manfaat yang boleh diperolehi daripada bawang putih, di antaranya adalah:

- Membantu mengeluarkan peluh.
- Menurunkan tekanan darah.
- Menurunkan gula darah (baik untuk diabetes tahap 1).
- Bawang putih tergolong dari anti parasit.
- Merangsang sistem kekebalan tubuh.
- Boleh meredakan jangkitan yang disebabkan oleh cendawan.
- Sangat efektif untuk mencegah pertumbuhan jerawat.

Sekiranya permukaan kulit anda sudah mempunyai tanda-tanda kemunculan jerawat, jangan lupa untuk mengambil sebutir bawang putih dengan segera.

Gunakan bawang putih yang masih segar dan kupas kulitnya lalu digosokkan dengan menggunakan bahagian tengah bawang tersebut yang sedikit berair ke area kulit anda yang berjerawat.

Gosokkan selama lebih kurang satu minit dan biarkan selama beberapa jam atau semalaman lalu dibilaskan dengan air bersih.

Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, anda boleh melakukan rawatan ini pada setiap hari selama dua minggu tetapi hentikan segera jika terdapat sebarang infeksi pada kulit wajah.

Bawang putih lazimnya membantu rasa makanan menjadi lebih sedap dan lazat, dan kini boleh digunakan sebagai ejen mencegah jerawat.

Jika masalah jerawat kerap mengganggu rutin harian anda, apa kata anda cuba lakukan tips ini dirumah?

Sangat praktis dan mudah bukan? Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...