Monday, 29 September 2014

Hikmah Di Sebalik Menangis



Keunikan Air Mata Ada Hikmah di Balik Menangis

AIR MATA adalah sebuah kelenjar yang diproduksi oleh lakrimasi yang berfungsi  untuk membersihkan mata. Sistem lakrimasi hanya dimiliki oleh mamalia darat. Dan manusia adalah satu-satunya mamalia yang mempunyai emosi air mata.

Dua orang ilmuwan dari Jerman dan Amerika Syarikat  pernah meneliti disertasi tentang air mata. Hasil penelitiannya telah mendapati bahawa air mata yang keluar disebabkan terpercik bawang merah atau cabai adalah  berbeza dengan air mata yang mengalir kerana sedih, terluka, disakiti, dan kecewa. 

 Air mata yang mengalir saat terpercik bawang atau cabai ternyata tidak memiliki kandungan zat yang berbahaya. Tapi, airmata yang mengalir kerana  disakiti, kecewa, terluka, dan sedih memiliki kandungan racun atau toksin.  Mereka mencadangkan sesiapa saja yang sedang mengalami rasa kecewa dan kesedihan yang mendalam  adalah lebih baik menangis saja sepuas-puasnya.

Ini adalah kerana, jika airmata kesedihan itu terus ditahan untuk tidak dikeluarkan ianya boleh memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan badan.

Selain menghilangkan racun atau toksin yang berada dalam tubuh, menangis juga memiliki beberapa manfaat, diantaranya:

  1. Membantu penglihatan. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang dapat menyebabkan penglihatan menjadi kabur.
  2. Membunuh bakteria. Air mata juga dapat berfungsi sebagai antibiotik. Kerana, di dalam air mata mengandung cecair bernama lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bekteria yang terdapat di keyboard komputer, pegangan tangga, dll hanya dalam waktu 5 minit saja.
  3. Mengeluarkan racun. Ahli biokimia yang bernama William Frey telah berkali-kali mengkaji tentang air mata. Air mata yang keluar kerana perasaan emosional mengandungi racun dan dikeluarkan melalui air mata sehingga tubuh kita bersih dari racun.
  4. Melegakan perasaan. Ketika kita ditimpa berbagai ujian yang  biasanya membuat kita sedih dan ingin menangis. Meskipun dengan menangis tidak dapat menyelesaikan masalah, tetapi setidak-tidaknya   ia melahirkan satu perasaan kelegaan.
  5.  Bagaimana tidak? Setelah menangis, sistem organ tubuh kita seperti otak dan jantung akan bekerja.
  6. Meningkatkan mood. Air mata yang dikeluarkan seseorang kerana emosi, mengandungi 24 peratus protein albumin yang berfungsi untuk meregulasi sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan dari iritasi mata. Oleh itu, dengan menangis sahaja, mood seseorang akan berubah menjadi positif.
  7. Membina komunikasi. Ketika seseorang menangis, tentunya teman yang melihat akan merasa kuatir dan akan memberikan perhatian yang lebih. Disitu akan terjadi perbincangan yang membuat seseorang menjadi lebih komunikatif dengan temannya.
  8. Mengurangi stress. Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain itu, air mata pun membantu melawan penyakit tekanan darah tinggi.
Untuk itu, jika anda ingin menangis maka menangislah! Lebihkana menangis kerana takut dan taubat kepada Allah SWT. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi, “Ada mata yang diharamkan masuk neraka, yaitu mata yang tidak tidur semalaman dalam perjuangan fi sabilillah dan mata yang menangis kerana takut kepada Allah.”.

Wallaahu a’lam

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...