1.0 Definisi terapi
2.0 Terapi Bermain
3.0 Terapi Muzik
4.0 Terapi Bercerita
5.0 Terapi Seni
Elizabeth Perez yang merupakan salah seorang pengkaji mengikuti perkembangan 20 orang pesakit yang menderita penyakit gangguan mental akut dari Therapeutic Community of theNorthen Area of the Virgen de las Nieves Hospital, Granada selama lebih dari setahun. Pesakit-pesakit tersebut telah mengikuti kaedah terapi seni ini secara sukarela selama dua hari dalam seminggu. Selama mengikuti terapi, mereka juga mengadaptasi lukisan karya pelukis seperti Amedeo Modigliani, EdvardMunch, Vincent Van Gogh dan sebagainya untuk menambahkan pandangan mereka.
6.0 Terapi Biblio
Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.
Menurut kamus perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Saya akan tumpuan terapi saya kepada enam terapi yang pentinga iaitu: terapi bermain, terapi muzik, terapi bercerita, terapi seni dan terapi biblio.
2.0 Terapi Bermain
Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.
Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan ketahanan emosional. Sementara kebanyakan anak belajar keterampilan sosial dari mengamati orang lain atau melalui instruksi yang eksplisit, yang lain belum belajar atau tidak menerapkan keterampilan sosial pro dan memerlukan pengajaran tambahan, latihan dan pembinaan. Kecenderungan alami anak-anak untuk bermain menyediakan cara yang sangat memotivasi untuk melibatkan mereka dalam belajar keterampilan sosial pro. Anak-anak cenderung dengan peribadi yang menyelesaikan masalah dengan agresi, kurangnya persahabatan, pengurusan kemarahan dan pembohong.
Kemajuan permainan pada pengembangan keterampilan dan kompleksitas dengan fokus yang kuat pada intervensi awal, mulai dari usia 4-14. Permainan dapat digunakan secara beturutan selama enam sampai lapan minggu dan satu sesi untuk menutup keterampilan tertentu. Anak-anak muda akan mulai dengan permainan ‘Persiapan Bersama’ dan bekerja dengan ’Teman yang Ramah’ dan mungkin untuk ‘Pemikir Ulang’.
Anak-anak berusia lapan atau sembilan atau yang lebih tua akan mulai dengan ‘Teman yang Ramah’, Pengusik ‘atau Pemikir ulang, tergantung pada pengembangan keterampilan yang diperlukan. Permainan dapat digunakan dengan individu, kelompok atau anak-anak seluruh kelas.
3.0 Terapi Muzik
Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
“Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).
Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.
Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.
Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi muzik digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi. Selain itu, terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau migrain.
Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang Alzheimer dan penyakit yang hampir serupa. Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran , masalah pertuturan dan komunikasi di mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.Kajian menunjukkan bahawa keberkesanan teknik terapi muzik memberi relaksasi secara fisiologi dan psikologi.Jellison 1975, mendapati muzik latar dapat mengurangkan stress dan membantu dalam proses relaksasi. Scartelli& Borling, 1986 membantu proses relaksasi dengan teknik biofeedback.Hanser 1998, mendapati kajian literature menggunakan keberkesanan muzik dalam relaksasi.
American Music Therapy Association (2009), terapi muzik sebagai penggunaan intervensi muzik berasaskan klinikal dan bukti untuk mencapai matlamat individu dalam perhubungan antara terapeutik oleh professional yang mempunyai kredential yang telah menamatkan program terapi muzik yang diiktirak.
Satu tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej menunjukkan bahawa tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan mendengar muzik gubahan Mozart. Muzik penggubah termasyur itu berupaya menurunkan denyutan jantung dan membuat anda bersantai.
4.0 Terapi Bercerita
Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan perkataan, imej dan suara. Elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai moral yang terkandung dalam cerita, dan kanak-kanak yang mempunyai motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita, terapi bercerita merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku bermasalah.
Kegunaan cerita untuk terapi ialah cerita menggambarkan hidup emosi dalaman. Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka memberi kanak-kanak perkataan yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan konteks untuk mereka memahami perasaan tersebut. Dengan mendengar cerita, kanak-kanak menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas sewaktu menghadapi masalah harian.
Di samping itu, menndengar cerita dapat menyediakan pengalaman hadapan. Bercerita dengan teknik yang berkesan atau melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan emosi pendengar, seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu. Kesannya, pendengar lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang serupa dalam kehidupannya.
Selain itu, cerita dapat mengajar cara penyelesaian masalah secara kreatif. Lazimnya, cerita mengandungi masalah atau konflik yang harus diselesaikan. Cerita membawa pendengar menghayati setiap langkah untuk menyelesaikan masalah konflik tersebut. Cara ini mengajar kanak-kanak lebih kreatif, pintar akal dan ketabahan. Cerita juga menunjukkan tindakan dan akibat. Cerita memberi contoh kegagalan dan kejayaan, lesedihan dan kegembiraan. Mereka mencerminkan akibat setiap keputusan watak, sama ada positif atau negative. Ini memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan positf pada masa kelak.
Cerita juga mencerminkan keadaan manusia yang universal. Melalui peristiwa yang distruktur secara emosi, cerita memberi persepsi dalam emosi pendengar dan pengalamannya, dan mengingatkan pendengar walaupun wujud perbezaan antara satu sama lain, semua manusia menghadapi rintangan hidup yang sama.
Helen Keller, dalam ‘The Story of My Life’ menulis, mendengar cerita merupakan cara yang paling mudah dan secara semulajadi untuk kanak-kanak menguasai bahasa yang membolehkan mereka menyusun, menstruktur, memanipulasi, memikir dan mempersepsikan dunia secara rasional.
5.0 Terapi Seni
Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh sama-sama kita fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri boleh dijadikan ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan.
Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama lukisan.
Menurut American Art Association, terapi seni adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker diintergerasikan dengan terapi psikoterapiutik dan teknik proses kreatif.
Melalui ekspresi seni pelajar atau klien dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. ( Judith Peck)
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) “The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement change”.
)
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) “The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement change”.
Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan seni yang dicipta dari tanah liat.
Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya.
Kaunselor akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien. Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta menyelesaikan masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak menakutkan serta menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor.
Kaunselor atau pakar terapi harus pandai mengawal situasi terapi ini agar klien tidakmerasa tertekan atau merasa didesak untuk meluahkan perasaan. Manfaat terapi seni ini telah dibuktikan secara ilmiah di mana sebuah kajian di University of Granada, Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa terapi ini boleh membantu mengatasi gangguan mental.
Elizabeth Perez yang merupakan salah seorang pengkaji mengikuti perkembangan 20 orang pesakit yang menderita penyakit gangguan mental akut dari Therapeutic Community of theNorthen Area of the Virgen de las Nieves Hospital, Granada selama lebih dari setahun. Pesakit-pesakit tersebut telah mengikuti kaedah terapi seni ini secara sukarela selama dua hari dalam seminggu. Selama mengikuti terapi, mereka juga mengadaptasi lukisan karya pelukis seperti Amedeo Modigliani, EdvardMunch, Vincent Van Gogh dan sebagainya untuk menambahkan pandangan mereka.
Para pesakit ini menggunakan lukisan untuk menggambarkan keinginan terpendam, perasaan serta emosi dari hati dan fikiran mereka.
Selama proses ini berjalan menurut Perez, pesakit-pesakit tersebut boleh mengungkapkan serta meluahkan perasaan dan emosi mereka. Dengan itu, mereka boleh menghilangkan perasaan yang tidak mereka ingini dan menyesuaikan dengan apa sebenarnya yang sepatutnya dan diingini oleh mereka. Terdapat dua kajian dijalankan tentang keberkesanan terapi seni sebagai pemangkin emosi dalam sahsiah pelajar.
i. Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan sekeliling. Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 ).
ii. Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini, untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer – Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )
6.0 Terapi Biblio
Terapi Biblio ialah penggunaan buku-buku untuk menolong orang menyelesaikan masalah. Konteks kanak-kanak kaunseling biblioterapi adalah bahan bacaan penulisan yang terbimbing. Bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan terapeutik kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai ´bimbingan melalui bacaan’.
Shrodes (1950):- proses interaksi dinamik antara personaliti pembaca dengankesusasteraan di bawah bimbingan seorang yang terlatih.Harris dan Hodges (1995):- terapi ini merangkumi penggunaan pembacaan bahan- bahan bertulis untuk membantu pembaca berkembang dari segi kesedaran kendiri. Pardeck dan Pardeck (1998):- Terapi Biblio melibatkan rawatan melalui buku-buku.
Konsep terapi biblio ialah membaca untuk pengalaman rawatan. Ia juga merangkumi pemilihan bahan membaca untuk klien yang mempunyai pengalaman yang relevan dengan situasi yang tertulis dalamnya. Ia juga merangkumi pendekatan terapi bercerita. Terapi biblio ini telah diluaskan hingga dipadankan dengana ktiviti perbincangan atau bermain.
Kegunaan terapi biblio ialah mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi. Contohnya, bahan-bahan seperti Chicken’s Soup dapat membantu seseorang yang murung akibat satu pengalaman trauma untuk pulih ( dari segi emosi ). Membaca adalah satu proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan ( misalnya ketika beratur menunggu sesuatu ). Menghilangkan ketegangan ( panas baran, marah, tidak sabar). Meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Dapat menyelesaikan masalah murid. Membantu murid memperoleh ilmu.
Source : Blog kaunseling
No comments:
Post a Comment