Saturday, 22 August 2015

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW

 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH.

“Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. “

Wallahualam
Sumber Drama Raja

Sunday, 16 August 2015

Takdir Dan Hikmah

Ada seorang raja yang hobinya memburu binatang. Setiap kali ingin pergi memburu, raja ini membawa penasihatnya sekali. Mereka berdua masuk ke dalam hutan. Kemudian, raja tersebut ternampak seekor rusa. Raja itu mengeluarkan pisau lalu meyembelih leher rusa itu. Tanpa disedari, satu jarinya telah terpotong. Lalu, dia mengadukan kesakitannya kepada penasihatnya itu.

Kata raja,"Wahai penasihatku, sungguh sakit yang ku rasakan akibat terpotongnya jariku ini".

Penasihat itu menjawab dengan tenang, "Ada hikmahnya, tuanku".

Raja mula berang. Dikatanya,"Wahai penasihat, hikmah apakah yang ada jika jariku terpotong? Tiada hikmah. Malah aku kehilangan satu jari".

Kemudian, raja itu menghumban penasihat itu ke dalam penjara istananya. "Apa hikmahnya kau masuk penjara?" Penasihat tersebut tenang, "Pasti ada hikmahnya".

Selepas itu, si raja meneruskan hobinya. Kali ini, raja itu berseorangan.

Raja berjalan sehingga tiba di sebuah perkampungan orang asli. Orang asli di situ makan orang. Lalu, mereka menangkap raja tersebut untuk dijadikan korban. Lalu, mereka memeriksa tubuh raja itu dan mendapati jarinya kurang satu. Hal itu pun diadukan kepada Tok Batin. Kemudian Tok Batin menjawab, "Lepaskanlah dia kerana kecacatan pada jarinya". Raja itu pun dilepaskan.

Dengan segera si raja pulang ke istana. Si raja bergegas menuju ke penjara istana. Lalu, dia menemui penasihatnya kemudian memeluknya sambil menangis. Penasihat itu pun pelik. Kemudian dia bertanya, "Wahai tuanku, apakah yang telah terjadi?". Tuanku menceritakan segala yang terjadi.

"Benarlah katamu. Ada hikmah hilangnya satu jariku ini. Jika tidak, pasti aku menjadi korban mereka".

Kemudian si penasihat menjawab,"Wahai tuanku, ada hikmahnya engkau meletakkan ku di dalam penjara ini. Jikalau aku turut bersamamu, pasti engkau akan terselamat dan aku akan menjadi korban mereka".

Pernah tak dalam hidup ini berapa banyak takdir yang kita tak suka, yang kita sangkakan buruk? Dan akhirnya kita lihat hikmahnya?

Apa yang kita belajar dari semua ini? Hanya Allah yang tahu masa hadapan kita dan hanya Allah yang tahu hikmah kesakitan hidup yang kita lalui.
Source: Blog Inqilaab

Sunday, 26 July 2015

TIPS: 5 Cara Berdepan Ujian Duniawi-Imam Ghazali


Imam al-Ghazali menyatakan, jika ditimpa musibah, ada lima cara bagaimana seseorang itu perlu berdepan ujian supaya tidak kecundang.

Imam Al-Ghazali menyebut, bahawasanya: Setiap kemiskinan, kesakitan, ketakutan dan semua bencana di dunia ini, di dalamnya ada lima perkara yang patut dijadikan bahan untuk bergembira bagi setiap orang yang berakal, bahkan perlu sama sekali untuk disyukuri kerana ia dapat dianggap sebagai kenikmatan.

Pertama: Jika menerima musibah atau ujian yang terlalu besar dan berat bagi dirinya, seseorang itu perlu bayangkan bahawa ada ujian lebih besar dan lebih teruk menimpa orang lain berbanding apa dialaminya.
 

Sedarilah bahawa setiap sesuatu itu dalam kekuasaan Allah. Jadi, bayangkan bagaimana jika bencana atau sakitnya dilipatgandakan Allah SWT, dan adakah kita akan dapat menolak atau menghalangnya.

Oleh yang demikian, seseorang itu perlu bersyukur kepada Allah kerana Dia tidak menguji kita dengan ujian lebih berat, lebih parah dan lebih menyedihkan di dunia ini.

Jika semuanya ditangani dengan kesabaran, pahalanya akan berlipat ganda, sedangkan keburukannya dapat dikurangkan berkat kesabaran ketika menerima ujian.

Kedua: Datangnya bencana itu mungkin sekali sebagai musibah kerana kekurangan taatnya dalam agama.

Dalam beberapa hadis, dinyatakan doa diajar Nabi Isa AS bermaksud: “Ya Allah, jangan menjadikan musibah kami ini disebabkan oleh kelalaian kami dalam mengerjakan agama.” Jadi, doa ini boleh ambil dan kita amalkan dalam kehidupan kita.

Ketiga: Takutilah jika musibah itu menimpa secara berterusan di dunia hingga akhirat. Oleh itu, terimalah ujian itu dengan sabar kerana lebih baik diseksa di dunia saja dengan harapan semoga Allah tidak melanjutkan ujian itu hingga semua makhluk dihidupkan semula di akhirat.

Ujian diberi Allah SWT masih dapat diringankan dengan melakukan hal lain berbanding perihal sewaktu akhirat.

Jika Allah memberikan azabnya di akhirat, pasti kita tidak dapat lari daripada melakukan pekerjaan lain kerana azab yang diberikan oleh-Nya pasti secara berterusan.

Oleh itu, bersabar dengan ujian Allah sewaktu di dunia dengan berharap ia sebagai seksaan yang disegerakan oleh-Nya sebagai pengganti seksaan di akhirat.

Bersyukurlah kerana musibah dan azab yang kita terima menyelamatkan kita daripada seksaan di akhirat.

Keempat: Setiap bencana atau musibah ditentukan secara pasti dan tercatat tanpa ada kuasa mampu mengubahnya selain Allah SWT.

Ketentuan dan catatan itu ada sejak azali di Ummul-kitab (buku amalan) yang ada di sisi Allah SWT dan tetap perlu ditempuh oleh seseorang itu.

Jika seseorang itu menghadapi ujian yang ditetapkan Allah, bersyukurlah dengan berdoa tanpa jemu kepada Allah SWT.

Ingatkan diri bahawa apabila ujian itu berakhir, dia terlepas juga daripada bencana.

Kelima: Ketahuilah bahawa pahala diterima seseorang lebih besar sewaktu mereka ditimpa musibah.

Ingatlah, ujian yang diterima bukan beban, sebaliknya nikmat bagi manusia sebagai bekalan di akhirat. 
Musibah itu hanya sebagai ubat pahit yang harus ditelan bagi memberi kebaikan pada masa depan.

Inilah lima cara bagaimana seseorang itu harus mengatasi musibah yang mendatang, sekali gus bersyukur dengan ujian diberi Allah SWT.

Jika disingkap nas atau dalil al-Quran, secara nyata banyak diterangkan bahawa mereka yang sabar menerima ujian di dunia akan mendapat pahala.

Sekalipun kita tahu betapa besarnya pahala orang yang sabar memperoleh ujian dan musibah, jangan sekali-kali meminta Allah memberikan kita musibah kerana ia bertentangan dengan agama Islam.

Rasulullah SAW yang mengetahui nikmat tersembunyi di sebalik musibah juga tetap memohon kepada Allah dalam doanya supaya dilindungi daripada bencana dunia dan akhirat.

Hadis riwayat Ibnu Majah dan Nasaie menyatakan bahawasanya: “Mintalah kamu semua kepada Allah akan kesihatan (keselamatan daripada musibah), kerana tidak seorang yang diberi kurnia oleh Allah yang lebih daripada itu, melainkan keyakinan.” Yang dimaksudkan dengan keyakinan (keimanan) ialah keselamatan hati daripada segala macam penyakitnya seperti bodoh atau gelisah. Ini kerana keselamatan hati lebih utama daripada keselamatan tubuh badan.
 
Source : Edisi Akhir Zaman.

Tuesday, 21 July 2015

Selamat Hari Raya 2015

....Assalamualaikum  Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin pada sesiapa saja yang sudi mengunjungi blog saya.....

Raya tahun ini saya macam biasa saja...macam tahun-tahun yang lalu...berhempas-pulas menyediakan keperluan anak-anak yang semakin membesar. Hmmm..bila dah besar cita rasa masing-masing pun dah berubah terutamanya pakaian. Tambah2 lagi  ada tiga orang anak perempuan.  Yang lelaki okey ja...very simple macam ayahnya. Isteri pun takda masalah ikut saja...tak demand yang bukan2...Alhamdulillah.

Hari Raya pertama kami solat Aidil Fitri di Kampung asal saya di Seberang Pumpung, AS Kedah (Masjid Al Hussin) sebab mak saya  disemadikan di situ begitu juga datuk, nenek  serta saudara-saudara terdekat lain...Al Fatihah untuk mereka.

Dulu masa kecil ...semasa Hari Raya kalau jumpa kawan yang datang dari KL..balik beraya...saya dah rasa mereka hebat sebab tinggal di perantauan.  Jauh tu KL..haaaahaa....dulu la

Sekarang pula jumpa kawan2 yang balik dari Dubai, Jepun, UK...sebab bekerja di perantauan...cepat sungguh masa berubahkan....KL dah tak jauh dah...kan...kan. Sekarang pula ada train ETS tu...

Dulu masa ada aruah mak dia selalu buat ketupat jagung dengan rendang daging setiap kali Hari Raya tapi aku tak berapa minat nak makan...lebih gemar biskut moden...budak2 la kata kan...
Tapi sekarang...dari bulan Ramadan lagi aku dok mengidam ketupat dan rendang...kalau setakat daging 4 kilo dan ketupat(beli) 4 kilo cukup untuk kami sekeluarga saja....anak-anak dan isteri pun minat.(Isteri masak sedap )

Sebenarnya aku rindukan mak....

Dah lebih 14 tahun mak tiada...Hari Raya ....tak sama macam waktu mak ada..

Sesiapa yang masih ada mak...beruntunglah...jagalah mak elok-elok..mereka umpama ladang-ladang pahala yang terbentang untuk kita. Doa mereka tiada hijab...Allahurabbi....rindunya kat mak.

Sekarang dah jadi tren 'reunion' kawan-kawan sekolah dan rumah terbuka....aku pun apa kurang...ada juga. Silaturrahim tu yang penting....kalau nak umur panjang dan murah rezeki kita kena hubungkan silaturrahim..hadis riwayat sapapun ana dah tak ingat.
Hujung Ramadhan hari tu berat aku turun 4 kilo....tak taulah apa nak jadi pada hujung Syawal ni
makan..makan dan makan...maklumlah rumah terbuka sehari sampai 6 ke 7 buah rumah...tapi saya tak pergi semua la...task larat nak layan semua
Prinsip saya senang ja...makanlah apa saja selagi boleh makan...asalkan halal. Nabi Muhammad SAW berpesan makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang...ikut yang tu ja....selamat

Yang anehnya rumah Allah sehari lima kali cukup payah kita nak hadirkan....saya kena muhasabbah diri balik...kena buat audit dan semakan...Astagfirullahalazim.
Betullah....musuh sebenar manusia adalah kejahilan...

Hmmm..banyak lagi yang belum aku capai..ada lagi cita-cita, impian dan tuntutan agama yang perlu dikejar......duniawi dan ukhrawi
Yang pasti setiap kali kita nak tambah ilmu...setiap kali itulah kita perlu tambahkan iman...begitulah sebaliknya...pada saya ilmu dan iman perlu seimbang...

Ya Allah kau permudahkanlah jalanku.  Berilah petunjuk dan hidayahMu, aku lemah Ya Allah, aku jahil Ya Allah..Ampunkanlah dosa-dosaku.

Amin




Thursday, 9 July 2015

Fakta Makanan Yang Diputar Belit Yahudi

Fakta Makanan Yang Diputar Belit Yahudi



1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhammad ? 

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

petua pemakanan seimbang
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
kambing
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni juga menwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.bahaya-soya
Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita juga.
Firman Allah: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 168
Firman Allah: Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman. Al-Quran Surah Al-Maidah Ayat 88

Firman Allah: Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. Al-Quran Surah An-Nahlu Ayat 114.


Wednesday, 8 July 2015

Kisah Baju Raya anak Saidina Umar Al Khattab r.a.

 



Suatu hari anak Khalifah Umar Al Khattab r.a. pulang dari kelas pengajian sambil menangis teresak-esak.

Ketika ditanya oleh ayahnya, dia menjawab bahawa teman-temandi tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal)

Di antara mereka mengatakan: "Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumpalan tampalan baju budak ini..."
Ia menjadi bahan ketawa rakan-rakannya sehingga membuat hatinya teramat sedih....

Kehidupan seharian keluarga pemerintah Islam Khalifah Umar Al Khattab memang sangat sederhana.

Walaupun berjawatan sebagai Khalifah (pemimpin negara), tampalan di bajunya ada empat belas tampalan
Salah satunya di tampal dengan kulit kayu.

Tibalah suatu hari apabila Saidina Umar Al Khattab r.a. berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal (Hari Raya).
Kerana ketiadaan wang pergilah Saidina Umar Al Khattab r.a. ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut.

Kerana tidak bertemu Bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya seperti berikut:

"Kepada Bendahara Baitulmal yang saya hormati...

Saya memohon pinjaman sebanyak empat dirham, In Sya Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan bayar balik dengan kadar segera..."

Tuan Bendahara tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal untuk dikirimkan kepada Khalifah.  Sebaliknya dia mengamati isi surat itu lama-lama...

Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan jenis penguasa yang memanfaatkan amanah rakyat untuk kepentingan peribadinya.

Tuan Bendahara Baitulmal menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan...

"Kepada Amirul Mukminin Umar Bin al Khattab.

Telah saya baca surat tuan tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal.

Saya sekadar ingin bertanya, apakah tuan berani JAMIN  bahawa diri tuan masih hidup sampai awal bulan depan sehingga saya dapat menuntut hutang Baitulmal dari tuan?.

Seandainya ajal menjemput tuan sebelum awal bulan, apakah tuan mampu mempertanggungjawabkannya di hadapan Allah?.

Wassalam..*

Selesai membaca surat balasan dari Pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu menunaikan hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.

Setibanya hari Raya, Umar Al Khattab r.a. melihat anaknya memakai baju bertampal-tampal dan beliau terus menangis.

"Mengapa engkau menangis, wahai ayahku? tanya anaknua.

Umar r.a. menjawab:

"aku bimbang hati mu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina baju kamu yang bertampal-tampal itu".

Kemudian anaknya berkata:"Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan  menderhakai kedua orang tuanya.

Sesungguhnya aku berharap agar Allah Aza wa Jalla memberikan redhaNya kepadaku sebab keredhaanmu kepada ku...*

Semakin deras airmata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

Coretan dari Ustaz Nasir
(Makkah Al Mukarramah)

Saturday, 4 July 2015

Allah Pegang Salam Nabi Ibrahim (AS) Dan Keluarga Nya Beribu Tahun.

Allah Pegang Salam Nabi Ibrahim (AS) Dan Keluarga Nya Beribu Tahun

Petikan Dari Kitab.

Sebaik sahaja Nabi Ibrahim dan anak nya Ismail siap membina Kaabah mereka pun duduk berehat.Kawasan begitu sunyi dan sepi hanya 2 beranak sahaja berada di kawasan itu.

Sebelum mendiri kan bangunan kaabah atas perintah Allah swt yang lenyap akibat banjir besar Nabi Ibrahim as kurang pasti di mana tempat yang tepat yang harus di dirikan kaabah. Lalu malaikat Jibrail datang memberi tunjuk tempat yang tepat dengan hujung sayap nya (tips of his wing). Dan selepas di tunjuk dengan tepat Ibrahim di suruh tunggu sebentar untuk hujan turun membersih kan kawasan itu.

Maka berehat lah Ibrahim dan anak nya Ismail.Kemudian Ibrahim bertanya kepada Jibrail siapa kah yang bakal datang dan menghuni kawasan kaabah ini. Lalu Jibrail berkata tempat ini akan di datangi jutaan manusia dan perbuatan nya tidak sia sia membina bangunan ini.
Kemudian Ibrahim terdengar bunyi seakan bunyi jutaan lebah sedang berdesing.Namun apabila dia mendengar betul betul baru lah dia dengar bunyi nya ada lah “Labaikallah huma labaik” berulang kali.

Ibrahim pun bertanya kepada malaikat bunyi apa kah itu.Lalu Jibrail menjawap itu lah bunyi umat Muhamad yang bakal datang kesini tanpa henti henti. Lalu Ibrahim berkata untung nya umat Muhamad itu , boleh kah aku kirim kan salam ku kepada nya? Lalu Jibrail berkata “ya sila kan akan ku sampai kan kepada Allah salam mu kepada muhamad”. Dan anak Ibrahim juga ingin sampai kan salam kepada semua pemuda umat Muhamad dan begitu juga isteri Ibrahim juga kepada semua ahli keluarga wanita umat Muhamad.
Sebaik sahaja salam di beri datang pula angin rebut yang kuat, angin ini begitu kuat dan kencang sehingga bertebaran lah sisa batu dari pembinaan kaabah ini , lalu Allah berkata kepada Jibrail, di mana batu besar nya jatuh di bumi akan terdiri lah masjid yang besar di situ jika jatuh yang kecil akan terdiri lah masjid yang kecil (surau).

Beribu ribu tahun pun berlalu.

Kemudian lahir lan insan bernama Muhamad al Mustafa.Dan di ketika dia menaiki langit menerima perintah solat maka Allah pun berpesan “wahai Muhamad , Ibrahim dan keluarga nya mengirim salam kepada mu dan keluarga mu ( umat muhamad) dan seharus nya kamu membalas kembali salam mu dan keluarga mu kepada nya”

Sudah kah anda melakukan solat? Jika sudah, Alhamdullilah, pasti nya anda sudah mengirim salam kepada Ibrahim dan keluarga nya pada tahiyat akhir tadi kerana Allah menyimpan salam itu beribu tahun lama nya untuk kamu kirim kan kembali kepada Nabi Ibrahim dan keluarga nya (ahli Ibrahim)

SOURCE : BLOG KELAB CHE DET


Tuesday, 30 June 2015

8 RAHSIA PETUA MELAYU LAMA - (Istimewa Untuk Wanita)



Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan.
Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat.
Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak
Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang.
Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas.
Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Monday, 22 June 2015

TAQWA


Menjadi seorang muslim atau seorang yang Islam belum lagi dapat jaminan dari Allah. Allah belum jadi pembela. Menjadi orang Islam semata-mata belum ada jaminan dari Allah akan diampunkan dosanya. Menjadi orang Islam sahaja belum ada jaminan dari Allah yang amal ibadahnya akan diterima. Menjadi orang Islam sahaja belum ada jaminan yang Allah akan memberi bantuan. Menjadi seorang muslim atau seorang Islam itu mudah. Apabila sudah mengucap dua kalimah syahadah maka tetaplah seseorang itu Islam. Dia tidak boleh dianggap kafir. Lebih-lebih lagi kalau seseorang itu sudah sembahyang, berpuasa dan naik haji, kita tidak boleh menuduh orang itu kafir. Dia termasuk dalam golongan orang Islam tetapi belum tentu dia seorang yang beriman atau bertaqwa.

Setelah menjadi orang bertaqwa baru ada jaminan dan pembelaan dari Allah di dunia dan juga di Akhirat. Bila jadi orang bertaqwa barulah dosa diampunkan. Bila jadi orang bertaqwa barulah amal ibadah diterima. Bila jadi orang yang bertaqwa barulah dapat pimpinan dari Allah. Secara langsung Allah jadi pemimpinnya. Bila menjadi orang yang bertaqwa, rezeki datang tidak tahu dari mana sumbernya. Bila menjadi orang yang bertaqwa Allah permudahkan urusan dan kerja-kerjanya. Buat kerja sedikit, hasilnya banyak. Kalau buat banyak, lebih banyaklah hasil yang akan diperolehi.
Ini telah pun dijelaskan oleh Allah melalui beberapa firman-Nya seperti berikut: Maksudnya: “Barangsiapa yang bertaqwa pada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup dan akan memberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya.” (At Thalaq: 2-3) Di sini Allah berkata ‘barangsiapa yang bertaqwa’ bukannya ‘barangsiapa yang Islam’.
Maksudnya:“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, Allah akan permudahkan segala urusannya.” (AtAThalaq: 4) Sekali lagi Allah berkata ‘barangsiapa yang bertaqwa’ bukannya ‘barangsiapa yang Islam’. Kalau buat kerja sedikit, akan dapat hasil yang banyak.
Maksudnya: “Allah menjadi pembela bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)
Jelas sekali orang bertaqwa Allah akan bela dan bantu secara langsung. Dalam ayat ini juga Allah tidak menyebut menjadi pembela dan pembantu bagi orang Islam sebaliknya menjadi pembela dan pembantu bagi orang yang bertaqwa.
Maksudnya:“Sesungguhnya amal ibadah yang diterima Allah ialah dari orang yang bertaqwa.” (Al Maidah: 27)
Maksudnya:“Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)
Jelas Allah berkata ‘beriman dan bertaqwa’ bukannya setakat ‘Islam’. Kalau beriman dan bertaqwa, Allah akan buka berkat dari langit dan bumi. Maka sudah tentunya kehidupan orang yang bertaqwa akan aman damai, berkasih sayang, mesra, selamat sejahtera, tidak ada gangguan, penuh harmoni dan indah. Di dunia lagi sudah dapat Syurga yang didahulukan dan pastilah di Akhirat akan menanti Syurga hakiki yang kekal abadi.

Banyak lagi ayat-ayat yang memberitahu kita bahawa se-telah seseorang atau sesuatu bangsa itu menjadi orang atau bangsa yang bertaqwa, barulah akan dapat pembelaan dari Allah. Kalau hanya setakat Islam, tidak ada jaminan akan dapat pembelaan dari Allah di dunia mahupun di Akhirat. Inilah yang berlaku kepada seluruh umat Islam di dunia hari ini. Rata-rata umat Islam adalah orang muslim atau orang Islam dan bukan orang yang bertaqwa. Sebab itu tidak ada pembelaan dari Allah.

Bila tidak ada pembelaan dari Allah, lihatlah apa yang sedang berlaku pada umat Islam. Hidup tidak bersatu padu, musuh menekan, hina-dina, miskin, mundur, merempat, menjadi hamba orang, susah dan tersingkir di mana-mana. Bilangan mereka ramai tetapi tidak berguna macam buih di laut. Walaupun buih sebesar gunung, mancis api jatuh pun ia boleh pecah berkecai. Umat Islam dikeronyok di mana-mana oleh musuh kafir macam anjing mengkeronyok bangkai. Umat Islam tidak ada daya upaya untuk melawan dan mempertahankan diri.

Jadi, sekadar menjadi seorang yang Islam sahaja kita tidak boleh berbangga sebab masih belum ada jaminan dan pem-belaan dari Allah. Oleh itu kita mesti jadi orang yang bertaqwa. Barulah jaminan dan pembelaan dari Allah akan diperolehi sama ada di dunia mahupun di Akhirat.
Hendak mendapat bantuan dan rahmat Tuhan, Tuhan sebut di dalam Al Quran, “Wamai yattaqillah”. Ertinya kita kena bertaqwa. Ada tiga peringkat orang yang baik hubungannya dengan Allah.
1. Soleh
2. Taqwa
3. Siddiqin
Tetapi Tuhan ambil yang tengah iaitu orang bertaqwa untuk diberi bantuan. Tuhan tidak janjikan bantuan kepada orang soleh kerana rendah sangat. Tuhan juga tidak janjikan bantuan kepada orang siddiqin kerana mungkin tinggi sangat. Tidak ramai nanti yang akan mendapat bantuan kerana orang siddiqin itu sedikit. Namun orang soleh boleh mendapat bantuan Allah dengan bersandarkan kepada orang yang bertaqwa.

Senjata umat Islam yang utama untuk menjayakan per-juangan mereka ialah iman dan taqwa. Inilah satu-satunya senjata yang tidak ada pada orang kafir. Dengan senjata ini sahajalah kita boleh kalahkan orang-orang kafir atau munafik yang hendak menghancurkan kita dan musuh batin kita iaitu nafsu dan syaitan.
Selain taqwa, dengan kekuatan apa sekalipun, baik ekonomi, ilmu pengetahuan, teknologi, ketenteraan dan senjata, pasti kita tidak akan mampu menentang kegagahan musuh-musuh Allah yang jauh lebih hebat dari kita.

Taqwa adalah faktor paling utama dalam memperolehi bantuan Allah SWT. Bantuan Allah kepada orang yang bertaqwa ini berbagai bentuk yang tidak diketahui oleh manusia. Lazimnya bentuk bantuan yang Allah datangkan itu mengikut keperluan semasa dan mengikut peranan seseorang. Ertinya bantuan Allah bagi orang yang bertaqwa itu berbeza menurut keperluan dan peranan. Bagi pendakwah yang bertaqwa, bantuan yang Allah turunkan berbeza dengan pemimpin yang bertaqwa. Dan bantuan itu berbeza pula dengan seorang ahli perniagaan atau seorang pendidik yang bertaqwa.
Kalau dalam medan perang, Allah bantu dengan menu-runkan para malaikat beribu-ribu banyaknya untuk mengalahkan orang kafir. Bagi seorang peniaga yang bertaqwa, mungkin dapat untung yang berlipat ganda. Atau wangnya terselamat kerana ada berkatnya. Keluarganya sentiasa sihat, keretanya jarang rosak, duitnya tidak membazir dan sering tersalur ke arah amal jariah atau kepada berbagai bentuk kebajikan. Seorang pendakwah yang bertaqwa pula, ilham atau ideanya mencurahcurah, penyampaiannya berhikmah dan menarik, yang mendengar mudah lembut hati, yakin dan terdorong untuk beramal.
Pendakwah yang tidak bertaqwa, dia terpaksa memaksa diri untuk memerah otak mencari dan mengumpulkan bahan dakwah. Dia terasa sukar dan sering merasa jemu. Dakwahnya tidak menginsafkan orang dan tidak membawa perubahan kepada masyarakat. Tetapi kalau di medan perjuangan dan tarbiah, Allah beri bantuan dengan cara lain pula.
Antaranya:
1. Ilmu yang bermanfaat
Allah ilhamkan ilmu-ilmu yang bermanfaat yakni ilmu dalam cara menarik orang, ilmu dalam bertindak, ilmu untuk melaksanakan ekonomi Islam, menegakkan kilang-kilang Islam, sekolah Islam dan lain-lain ilmu praktikal untuk mewujudkan Islam dalam setiap aspek kehidupan. Ilmu begini telah Allah kurniakan pada umat Islam zaman dahulu terutamanya di zaman para Sahabat dan para salafussoleh. Sebab itu, mereka boleh membangun dan menawan tiga perempat dunia. Bangunan yang dibina oleh umat Islam, istana Al Hambra di Sepanyol misalnya, tahan kukuh sehingga kini setelah berumur tujuh ratus tahun sedangkan binaan orang sekarang baru dua puluh tahun sudah roboh. Itulah ilmu ilham yang diberi oleh Allah kepada orang soleh.
Ilmu yang datang langsung dari Allah berdasarkan firman-Nya: Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajar kamu.” (Al Baqarah: 282)
Begitu juga sistem perairan dalam bangunan-bangunan yang dibina oleh umat Islam tujuh ratus tahun dahulu. Hingga kini, pakar sains dan teknologi tidak mampu menirunya. Misalnya salah satu paip air dalam istana Al Hambra yang boleh mengeluarkan air dengan sendirinya bila masuk waktu sembahyang telah pernah diselidik oleh orang Barat untuk mengetahui rahsianya. Hasil penyelidikan itu, paip itu rosak terus dan mereka tidak boleh memperbaikinya semula apatah lagi untuk membina paip yang baru. Itulah ketinggian teknologi orang soleh.

2. Ilmu Firasat
Iaitu rasa hati yang tepat hasil dari sifat taqwa. Ini amat perlu supaya pejuang Islam dapat bertindak tepat pada waktu dan ketikanya dalam menghadapi ragam musuh. Misalnya, musuh sudah siap sedia untuk menabur fitnah tentang kita. Maka Allah akan ilhamkan pada hati suatu tindakan yang boleh membuatkan musuh berhenti dari niat jahatnya, contohnya dengan menghantar surat pada musuh bahawa kalau dia buat fitnah, kita akan dedahkan berita skandal mereka yang ada dalam simpanan kita.
Misalan lain ialah bila musuh bercadang hendak mengambil tindakan untuk mengacau kampung kita maka Allah akan ilhamkan supaya kita keluar segera dari kampung kita itu. Ilmu firasat juga penting untuk mendidik ahli-ahli yang berbeza-beza sifat mazmumahnya. Supaya semuanya dapat dididik untuk menjadi orang soleh dan bertaqwa.
Firasat dinamakan juga ‘kasyaf ilmu’ atau rasa hati. Iaitu ilmu laduni atau ilham yang jatuh terus ke hati. Di situ tidak ada gangguan atau campurtangan nafsu dan akal. Firasat adalah ilmu dari langit. Orang yang ada firasat dikatakan muhaddasin (orang yang dibisikkan).
Firasat sangat tajam. Dengan firasat, seseorang itu boleh membaca hati orang. Dia boleh dapat ilmu yang menyegarkan hati dan jiwa. Firasat adalah untuk orang-orang yang sudah sampai ke tahap Rohul Muqaddasah (roh yang suci), Rohul Toyyibah (roh yang baik) dan Nafsun Zakiyyah (nafsu yang bersih).
Adapun kasyaf mata hati seperti nampak benda di sebalik tabir, nampak alam jin, nampak sifat-sifat haiwan yang ada pada manusia, nampak alam malaikat dan sebagainya, tidak ada nilai apa-apa,hanya nampaksahaja. Tidak dapat apa-apa ilmu. Orang kafir dan orang jahat pun boleh dapat kasyaf yang seperti ini.
Itulah firasat namanya, satu rasa hati yang kuat mendesak agar kita membuat sesuatu yang kadang kala di luar logik fikiran manusia. Ilmu inilah yang telah menguatkan perjuangan umat Islam dahulu. Mereka boleh serang musuh dengan cara yang membingungkan mereka. Mereka bertindak seolah-olah mereka tahu rancangan musuh. Sebab itu musuh tidak boleh buat apaapa pada mereka.
Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dengan sabdanya: Maksudnya: “Takutilah firasat orang mukmin kerana mereka melihat dari cahaya Allah.” (Riwayat Tarmizi)

SUMBER : Usaha taqwa.com

Wednesday, 27 May 2015

Kisah Nabi Musa a.s dengan Iblis



Diriwayatkan bahawa nabi Musa a.s. bertemu dengan Iblis,lalu berkatalah Iblis kepada Nabi Musa a.s ,
"Wahai Musa!,Engkaulah orang yang dipilih oleh Allah Taala dengan risalahnya dan engkaulah orang yang menerima Kalam Allah Taala,sedangkan aku hanyalah makhluk Allah Taala.Aku berdosa dan aku hendak bertaubat.Mintakanlah aku syafaat Allah Taala agar Allah menerima taubatku
.Jawab Nabi Musa a.s,"Baiklah".


Nabi Musa a.s naik ke gunung untuk menerima Kalam Allah Azza Wa Jalla dan hendak turun,maka:
 Allah Taala berfirman kepadanya (maksudnya)"Wahai Musa! Sampaikanlah amanah!"Maka Nabi Musa a.s. berdoa,"Ya Rabb!Hambamu Iblis ingin Engkau terima taubatnya."Lalu Allah Taala pun berfirman kepada Nabi Musa a.s(maksudnya),"Telah aku perkenankan hajatmu.Perintahkan ia sujud di qubur Adam sehingga diterima taubatnya".

Nabi Musa a.s. memberitahu Iblis ,"Hajatmu telah diperkenankan .Engkau diperintahkan sujud di qubur Adam,supaya engkau diampuni.
"Dengan rasa marah dan sombong Iblis berkata,"Semasa Adam masih hidup,aku tidak sudi sujud kepadanya,masakan pula aku harus sujud sesudah dia jadi mayat!
"Kemudian dia berkata kepada Nabi Musa a.s.,"Ada kewajipan keatasku yang patut aku berikan kepadamu kerana telah memohonkan syafaat kepada Tuhanmu.Ingatlah aku dalam tiga keadaan yang dengannya aku tidak merosakkan engkau:


  1. Ingat aku ketika engkau marah,sebab pada waktu itu rohku berada di dalam hatimu dan mataku berada di matamu dan aku akan berjalan ditubuhmu sebagaimana darah mengalir.Ingatlah aku ketika marah,sebab apabila seseorang marah,akan aku tiup hidungnya sehingga dia tidak tahu lagi apa yang dibuatnya.
  2. Ingatlah aku ketika engkau berada di medan perang,sebab aku akan mendatangi oang yang sedang bertempur,lantas aku ingatkan orang itu akan isterinya,anak-anak dan keluarganya sehingga dia berpaling meninggalkan medan perang.
  3. Jauhilah duduk dengan perempuan yang bukan muhrim,sebab akulah yang menjadi suruhan perempuan itu kepadamu dan suruhanmu kepada perempuan itu.Aku sentiasa berbuat demekian sampai kamu dapat aku fitnah dengan wanita itu dan menfitnah wanita itu dengan kamu.                                                                                                                                                     Source : Permata Ilmu Islam.

Sunday, 10 May 2015

Kelebihan Dan Fadhilat Bulan Syaaban by Cahaya Purnama

Kelebihan Dan Fadhilat Bulan Syaaban

KELEBIHAN-BULAN-SYAABAN1

Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.



  Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

 
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Nisfu Syaaban

Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.

  • Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
  • Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
  • Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
  •  
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.

Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:

“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)

Puasa Sunat di bulan Syaaban

Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)

1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)

Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w
Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

Bertaubat
Sangat digalakkan untuk mempernyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: 

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)

Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, insyaAllah :)

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...