Sunday, 8 May 2016

MENGURUSKAN DAN MEMAHAMI REMAJA DAN DIRI ANDA SEBAGAI IBU BAPA

 Image result for keluarga bahagia
Kemahiran Gaya Keibubapaan   
Tanpa latihan mendidik anak, ibu bapa mungkin cenderung ke arah tindakan ekstrem  
Kemahiran gaya keibubapaan yang dipraktikkan oleh ibu bapa terhadap anak mereka secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan anak-anak tersebut. Berdasarkan kajian oleh Diana Baumrind, beliau telah mengenalpasti tiga jenis  gaya keibubapaan yang utama dan bentuk-bentuk tingkah laku yang terhasil  berdasarkan kepada setiap gaya keibubapaan ini (Baumrind 1971; Baumrind & Black, 1967).


Gaya keibubapaan yang dimaksudkan ialah:  

a) Gaya keibubapaan autoritatif:
Ibu bapa autoritatif bersifat tegas namun sedia  mendengar pandangan anak-anak mereka. Ibu bapa juga sedia bertolak ansur mengikut keadaan dan anak-anak pula dididik dengan penuh kemesraan. Kesannya anak-anak dapat menikmati kehidupan dan mempunyai motivasi yang tinggi. Ini adalah gaya keibubapaan yang terbaik. 

b)  Gaya keibubapaan autoritarian:
Ibu bapa sedemikian bersifat tidak bertolak ansur, mengenakan kawalan yang ketat, menentukan peraturan keluarga yang perlu dipatuhi tanpa membenarkan mereka mempersoalkannya, menggunakan kaedah disiplin yang bersifat hukuman dan setiap keputusan yang dibuat oleh para ibu bapa tidak boleh dibantah. Kesannya hubungan akan lebih renggang di antara ibu bapa dan anak-anak serta lebih untuk tidak mempercayai dan berpuas hati. Selain itu, kanak-kanak perempuan lebih bergantung kepada ibu bapa manakala kanak-kanak lelaki cenderung bersikap agresif. 

c)  Gaya keibubapaan permisif:
Ibu bapa memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anakanak mereka tanpa ada kawalan. Ibu bapa lebih kepada memenuhi keperluan anak-anak mereka. Mereka juga tidak membentuk peraturan keluarga yang jelas dan tidak menerangkan antara tingkah laku yang baik dan sebaliknya. Ibu bapa yang menggunakan cara gaya keibubapaan ini akan membentuk sifat kurang matang, kurang kawalan diri, kurang tanggung jawab sosial dan kurang keyakinan diri pada anak-anak mereka.  

Apa Yang Ibu Bapa Boleh Lakukan 

Ibu Bapa Sebagai “Role Model”
Ibu bapa adalah “role model” untuk remaja. Remaja mempelajari secara berkesan melalui peniruan dan pemerhatian. Bersikap negatif seperti panas baran, mendera, mementingkan diri memaki hamun memberi kesan psikologi remaja. Adalah tidak mustahil jika remaja sendiri mempunyai sifat-sifat sedemikian memandangkan pengaruh yang diterima.
   Kenali Rakan Anak
Buangkan rasa malu atau ego untuk mengenali rakan-rakan anak anda.  Cara ini memberitahu anda dengan siapa anak anda berkawan. Bonus kepada anda jika anda mengetahui seperti nama, keluarga, tempat tinggal serta tingkah laku mereka. Jika perlu, luangkan masa lapang anda seperti anda turut bersama hadir ke majlis rakan anak anda. Malah adalah tidak menjadi suatu kesalahan bagi ibu bapa untuk menganggap rakan-rakan anak mereka seperti rakan mereka sendiri.  

Sentiasa Berhubung Dengan Guru Anak Anda
Sentiasa berhubung dengan guru sekolah anak anda mengenai perkembangan anak. Cara ini membolehkan guru akan memberitahu anda seawal mungkin jika anak anda dikesan bermasalah. 

Kualiti Masa 
Berbual kosong dengan anak sahaja adalah tidak memadai. Fikirkan bagaimana anda memaksimakan masa bersama dengan anak itu benar-benar berkualiti. Misalnya sedia mendengar apa jua ingin diberitahu oleh anak atau luangkan masa membantu anak dalam apa-apa pun. Sara Gable (2000) berpendapat bahawa ibu bapa dan anak-anak yang sejahtera sering berkomunikasi mengenai pelbagai perkara dan bukan hanya apabila wujudnya konflik. Berbincang dan mencari penyelesaian bersama dapat mengatasi atau mengurangkan tekanan yang dihadapi dan juga membina pertalian (bonding).  

Kebebasan Terkawal
Ibu bapa wajar menerapkan kebebasan yang terkawal ke atas anak-anak mereka. Kebebasan yang diberikan patut tidak melampaui batas iaitu mempunyai had-had tertentu. Ini penting penting bagi menjamin tidak timbul sebarang unsur-unsur negatif yang mempengaruhi mereka. Misalnya anak anda  boleh keluar rumah bersama rakan tetapi perlu memahami akan had-had yang perlu dipatuhi seperti berpakaian kemas, menjaga tingkah laku atau pulang pada masa yang telah dipersetujui bersama.
   Bersikap Realistik
Pastikan anda bersikap realisik terhadap kemampuan anak anda seiring dengan perkembangan umurnya. Ini penting agar anda tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi atau tidak realistik. Ada ibu bapa terlalu mengharapkan anak mereka cemerlang dalam bidang-bidang tertentu mengikut kemahuan mereka tanpa menghiraukan akan kemahuan dan kebolehan remaja itu sendiri. Harapan ibu bapa yang tidak realistik dikhuatiri boleh menyumbang kepada tekanan ke atas anak-anak. Sewajarnya ibu bapa mengenalpasti akan kebolehan, bakat dan kecenderungan anak mereka dan seterusnya memberi dorongan. Ini adalah salah satu cara dalam memenuhi keperluan emosi anak-anak dan seterusnya penting dalam membantu meningkatkan harga diri mereka. 
  Pengurusan Disiplin
Pengurusan disiplin yang salah boleh membawa implikasi kepada anak-anak  terutamanya dari segi kognitif, emosi dan tingkah laku. Menurut Maznah & Siti Nor (2002) disiplin sebenarnya melibatkan langkah pencegahan dan pemulihan. Langkah pencegahan termasuklah pengajaran dan latihan untuk membina kebolehan remaja serta penyediaan sempadan bertingkah laku. Pemulihan pula bertujuan membetulkan salah laku remaja dan membantu remaja supaya tidak mengulangi tingkah laku yang jelas bertentangan dengan norma masyarakat dan agama. Linke (1994) bependapat disiplin yang lebih efektif ialah mengajar apa yang perlu dibuat daripada apa yang tidak patut dibuat dan juga menerangkan limitasi agar mereka berasa selamat dan terjamin.  
Peraturan sepatutnya diwujudkan sejak di peringkat awal lagi. Ini boleh dimulakan dengan membuat peraturan-peraturan yang mudah. Dalam membentuk pengurusan disiplin, perbincangan bersama ibu bapa dan anak-anak remaja perlu mengenai peraturan yang ingin ditetapkan. Sebagai remaja, mereka boleh berfikir secara rasional dan ini berfaedah lepada mereka dalam proses membuat sesuatu keputusan (Teoh Hsien-Jin, 2003).  


Cara ini membolehkan wujudnya pertimbangan dan tolak ansur bagi menjalankan peraturan. Remaja sendiri memahami dengan jelas maklumat dan matlamat peraturan yang dilaksanakan. Ibu bapa juga perlu melaksanakan peraturan secara konsisten dan tidak bersikap berat sebelah. Misalnya ibu bapa menetapkan peraturan itu perlu dipatuhi oleh semua anaknya tanpa sebarang pengecualian terhadap seseorang itu sahaja. Dalam mempraktikan disiplin juga, ibu bapa seharusnya memberi sokongan kepada remaja bukannya mengkritik. Dalam hal ini kesilapan yang dilakukan oleh remaja itu perlu diterangkan dan membincangkan bagaimana untuk memperbaikinya. Apa yang lebih penting ialah ibu bapa melaksanakan disiplin dengan perasaan kasih sayang dan bukannya sebagai cara melepaskan kemarahannya. 


Beri Penghargaan
Memberikan penghargaan terhadap remaja juga adalah salah satu usaha untuk menunjukan kasih sayang. Remaja akan berasa bangga kerana mendapat penghargaan terutamanya daripada ibu bapa. Remaja akan berasa bahawa bakat atau kebolehan yang dipamerkan itu mendapat perhatian dan dihargai. Penghargaan yang diberikan akan memberikan semangat dan inspirasi untuk remaja melakukan yang terbaik.
  Pendidikan Seks
Ibu bapa perlu prihatin atau peka dengan perkembangan biologi remaja. Ini kerana adalah normal untuk remaja mempunyai perasaan ingin tahu mengenai seks. Mereka perlu memberitahu remaja perkara yang sewajarnya daripada daripada remaja itu sendiri mendapat maklumat daripada sumber yang kurang tepat. Sikap malu atau berpegang kepada kepercayaan tradisi bahawa membicarakan mengenai seks secara terbuka dengan anak-anak mereka adalah kepercayaan lapuk. Ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran di mana remaja berasa selesa untuk berbincang mengenainya. Ini dapat memberitahu remaja maklumat yang betul seperti risiko hamil tanpa nikah, risiko melakukan seks bebas dan penyakit-penyakit berbahaya seperti AIDS dan HIV.  Selain itu, ini  memberi peluang kepada ibu bapa untuk menekankan perlunya remaja saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam apa jua hubungan. Jika ibu bapa merasakan tidak mampu untuk menjelaskan perkara tersebut kepada remaja, dapatkan bantuan daripada profesional lain seperti kaunselor, psikologis dan doktor. 

Rujukan Baumrind, D. (1971). Harmonious Parents and Their Preschool Children. Developmental Psychology, 41, 92-102. Baumrind, D. & Black, A.E. (1967). Socialization Practices Associated With Dimensions of Competente In Preschool Boys and Girls. Child Development, 38, 291-327. Dinkmeyer, D & Mc Kay, G.D. (1989). STEP: The Parent’s Handbook. American Guidance Service. Linke, P. (1994) Practical Parenting. Melbourne: Australian Council for Educational Research. Manual Promosi Kesihatan Mental: Kempen Cara Hidup Sihat 2000. Kementerian Kesihatan Malaysia.   Manual Promosi Keluarga Sihat: Kempen Cara Hidup Sihat 2001. Kementerian Kesihatan Malaysia

source : LPPKN

Sunday, 13 March 2016

10 AMALAN YANG AKAN MENGUBAH HIDUP ANDA!

Jom berubah....kepada yang lebih baik, lebih selamat, lebih tenang, lebih hebat, lebih diredhai dan dirahmati...
Pilihan masih di tangan kita....
1) Berusahalah untuk bertahajjud (kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya). Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis:
“Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan mengusir penyakit daripada tubuh.” ( Riwayat At-Tirmidzi)

Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci.



2) Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari (sumber ketenangan seorang mukmin). Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Ia merupakan penggerak utama kepada kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud:


“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra 17 : 82)

3) Memelihara kesempurnaan solat (kekuatan mukmin muslim yang utuh). Solat merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuhannya. Solat juga menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya.

Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakkan dan melonjakkan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Solat juga menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:


“Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.” (HR Nasai)



4) Jaga solat dhuha (kunci rezeki terletak pada solat dhuha). Rasulullah SAW bersabda:


“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.” ( Riwayat Abu Dzar RA)

Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau ter’miss’ atau tertinggal walaupun sehari.

5. Sentiasa bersedekah setiap hari walau hanya dengan sekuntum senyuman (penyubur kasih sayang). Sedekah membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan. Allah SWT berfirman:


“Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah 2 : 261)

6) Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus (Allah menyayangi hamba yang berwudhu’). Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”

Saidina Umar Al-Khattab RA:


“Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”



7) Amalkan istighfar setiap masa (agar terhapus segala dosa dan noda). Istighfar menunjukkan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.


“Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Al-Muzamil 73 : 20)

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda:


“Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.” (HR Muslim dan Abu Daud)

8) Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT. Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur.

Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.



9) Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif (watak sahsiah seorang mukmin sejati). Rasulullah SAW mengalakkan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya:


“Senyum itu adalah sedekah.”

Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.

Di samping itu, seseorang mukmin haruslah memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya. Imam Al-Banna berkata:


“Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”

10) Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT (di situ terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT). Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :


“Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.” ( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)

Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas:


“Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”

Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita. Jom sahabat-sahabatku kita jadikan 10 amalan ini sebagai kekuatan diri dalam rangka menjadi hamba Allah SWT. Amin
sumber: aniqbukhary.blogspot.com

Saturday, 30 January 2016

Kisah Perompak

Dalam satu kejadian rompakan di Guangzhou, China, perompak bank telah berteriak kepada semua orang di dalam bank:
"Semua meniarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda....
"Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.
*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Terdapat pula seorang wanita yang telah meniarap di atas meja dengan gaya yang seksi dan menggoda, lalu perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"
*Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang telah dilatih untuk dilaksanakan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, seorang perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang yg kita rompak, sampai bila baru kita nak habis kira ? Malam ni kita tonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."
*Ini dipanggil "Pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak beredar melarikan diri bersama hasil rompakan, pengurus bank itu telah mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan segera. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu la dulu boss....Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".
*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya gunakan petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."
*Ini dipanggil " Pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.
*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Merompak hnya contoh shj. Anda tidak diminta merompak.

Lalu perompak tersebut membuat laporan polis terhadap penipuan pegawai bank tersebut tentang jumlah rompakan sebenar.. ini dinamakan "BANGANG TAK BERTEMPAT"

Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

 

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air 
panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW 
melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang 
panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak 
akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun 
manusia.
 
Teruskan membaca untuk lebih memahami.
 
Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita 
tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.
~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais
 
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh 
mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat 
minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada 
kebaikan didalam keburukan.
 
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit 
berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. 
Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik 
(daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang 
amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran 
bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan 
semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan 
bumi pada paksinya.
 
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia 
yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti 
biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan
berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi 
yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh 
dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
 
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan 
giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara 
perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk 
dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya 
akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk
 secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia
 akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai 
tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
 
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat 
pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya 
rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang 
yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali 
sedar.
 
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan 
kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat 
diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan 
yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini 
dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut 
seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang
 mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
 
 
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai 
penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut 
dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah 
sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia 
dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam 
dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan 
mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab 
utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan
 tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan 
meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
 
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada 
suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya 
matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria 
pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh
 pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh 
unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada
 bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi 
mengharmonikan.
 
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk 
kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan 
keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran 
darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia 
memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan 
hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. 
Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan 
pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas
 Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan 
menguatkan perut.
 
**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin?

khasiat lemon

 

 

 

Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang 

terulung iaitu

Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai 

kuasa untuk boost immune system.

Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses 

pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati

 

Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, 
Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun
 sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.

Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi
 
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan 
dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut,
 gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’
 yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja
 untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan 
merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C 
semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan 
minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia 
boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan 
sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. 
Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki 
masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan 
antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam 
lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh
 membantu mengelak barah.

 

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu 
merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum 
seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir 
dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan 
kelebihan  air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan
 bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan
 antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

KAREKTOR TIDUR MENGIKUT BANTAL

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:

 

 
1) Memeluk Bantal 
Mereka yg suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yg tinggi terhadap lukisan,muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yg boleh membaca peristiwa yg akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sgt prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal 
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal 
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki 
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka  jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas utk mencapai cita2. Mereka tidak suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal 
Mereka memiliki sifat percaya diri yg sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. 
 
Blog :Hidzam

Ikhtiar cegah jenayah

 

Apakah ikhtiar yang perlu kita lakukan bagi menghadapi atau mencegah daripada keadaan yang tidak selamat itu?
 
Dibawah ini adalah beberapa tips dari PDRM untuk kita perhatian bersama mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dalam menghadapi sebarang kemungkinan.


1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).


3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.


5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).


6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk
menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


Sumber: Bukit Aman PDRM

Monday, 25 January 2016

PROSES KAUNSELING


Apakah proses yang berlaku apabila orang yang bermasalah berjumpa dengan kaunselor untuk meminta pertolongan?
           
Terdapat banyak pendapat daripada pelbagai ahli kaunseling dan psikologi berkenaan proses kaunseling seperti Lewis, (1972), membahagikan proses kaunseling kepada lima peringkat iaitu menentukan matlamat klien mendapatkan perkhidmatan kaunseling, menerangkan definisi dan proses kaunseling yang akan dilalui, memberi penerangan dan pemahaman mengenai keperluan klien, kemajuan ke arah mencapai matlamat, dan membuat kesimpulan serta perancangan  masa depan berdasarkan pengalaman klien mengikuti proses kaunseling.
Eisenberg & Delaney, (1977), pula membahagikan proses kaunseling kepada enam peringkat iaitu perjumpaan awal ice-breaking, penerokaan masalah klien dan pembinaan perhubungan yang menolong, menentukan matlamat, mengenalpasti dan menilai faktor-faktor yang berhubung dengan mencapai matlamat, membina dan melaksanakan satu pendekatan untuk mencapai matlamat, menilai pencapaian dan diakhiri dengan penamatan dan susulan.
Menurut Brammer, (1973), proses kaunseling mempunyai lapan peringkat yang perlu dilalui iaitu penyediaan dan kemasukan, penjelasan perlunya klien kepada kaunseling, menstruktur proses kaunseling selanjutnya, perhubungan mesra atau membina hubungan, penerokaan masalah klien, pengukuhan apabila klien mengamalkan kemahiran-kemahiran baru, perancangan yang rasional dan diakhiri dengan penamatan atau merumus pencapaian.
Menurut islam pula pada pandangan Imam al-Ghazali meletakkan sepuluh tahap dalam proses kaunseling iaitu Al-ta’arruf (pengenalan), Al-ta’rif (penerokaan masalah), Al-nahy bi al-wa’zi wa al-nush wa al-takhwif (tegahan melalui peringatan, nasihat dan amaran), Al-wa’zu wa al-nush (peringatan dan nasihat), Al-sab wa al-ta’nif (celaan dan kutukan), Al-taghyir bi al-yad (mengubah dengan tangan atau kekuasaan), Al-tahdid bi al-darb (member amaran dengan deraan pukul), Iqa’ al-darb wa tahqiqihi (melaksanakan deraan pukul), Shahr al-silah (mengisytiharkan peperangan/angkat senjata) dan Al-istizhar fi a’wan wa jam’i al-junud (menunjukkan kekuatan dengan mengumpul tentera.
Secara asasnya proses kaunseling dibahagikan mengikut tiga tahap iaitu fasa satu; Sebelum proses kaunseling (peringkat pra-persediaan), fasa dua; semasa proses kaunseling (peringkat penyediaan kemasukan, penetapan/penjelasan, menstruktur perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan) dan fasa tiga; selepas proses kaunseling (peringkat penilaian, penyusulan, dan penamatan).
            Proses kaunseling pada peringkat permulaan memerlukan kaunselor mengkaji latar belakang klien.  Segala maklumat peribadi klien  perlu dikumpul secara teratur dan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut memahami persoalan sebenar kliennya.  Di tahap ini, kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan dan seterusnya memberikan pertolongan.
Pada awal sesi, seseorang kaunselor  haruslah menjadikan klien lebih selesa. Kaunselor perlu menyatakan tujuan pertemuan dengan jelas dan tekankan bahawa dirinya iaitu kaunselor sentiasa prihatin dan bersedia  membantu setakat yang terdaya.  Pada peringkat permulaan ini terdapat dua aspek utama yang perlu diberi penekanan oleh seseorang kaunselor iaitu tempat sesi kaunseling dijalankan dan tahap kemampuan kaunselor dengan klien.
Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah memikirkan dan menyediakan tempat serta menentukan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan.  Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan klien tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling dan seterusnya sesi tersebut dapat diadakan dengan jayanya. Peranan tempat yang sesuai ini penting supaya emosi klien tidak terganggu dengan keadaan tempat dimana sesi kaunseling dijalankan. Aspek ini penting supaya klien dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat sesi berjalan dan memudahkan lagi proses kaunseling itu sendiri.
Aspek kedua yang perlu diberi penekanan oleh kaunselor ialah mengambil kira tahap kemampuan sama ada dirinya sendiri mahupun klien.  Kaunselor yang kelihatan letih akan menimbulkan rasa kurang yakin dalam kalangan  klien terhadap kaunselor. Selain dari itu, kaunselor harus peka akan tahap kemampuan klien. Ada  klien yang mungkin kelihatan letih, lemah dan malas untuk bekerjasama. Terdapat juga keadaan di mana tahap kemampuan kedua-dua pihak ini harus dititikberatkan sebelum memulakan sesuatu sesi kaunseling agar proses kaunseling dapat dijalankan dengan lancar.
Setelah kedua-dua aspek ini diberikan penekanan, kaunselor dan klien masing-masing bolehlah bersedia untuk memulakan proses kaunseling, persetujuan antara kedua-dua belah pihak adalah penting dalam proses kaunseling. Brammer (1973) menganggap persetujuan ini sebagai satu kontrak antara kaunselor dan kliennya serta sebagai tanda persetujuan tanda permulaan sesuatu proses kaunseling.  Persetujuan antara kontrak ini akan berubah pada bila-bila masa mengikut kehendak dan keadaan klien itu sendiri.
Seseorang kaunselor juga perlu mengetahui serba sedikit tentang maklumat klien bagi memudahkan proses kaunseling berlaku. Latar belakang klien amat penting bagi seseorang kaunselor sebelum memulakan sesi kaunseling kerana kaunselor perlu terlebih dahulu mengenal serba sedikit tentang profil kliennya. Dengan ini klien akan merasa bahawa kaunselor benar-benar serius mahu menolong klien menyelesaikan masalahnya. Namun begitu, kaunselor tidak perlu mengetahui secara terperinci tentang prolif kliennya kerana dikhuatiri klien tidak selesa dengan keadaan itu dan akan menimbulkan syak wasangka terhadap kaunselor. Keadaan ini perlu dielakkan supaya sesi kaunseling dapat berjalan dengan jayanya.
Contohnya, A merupakan seorang kaunselor dan B merupakan seorang klien. Kaunselor A perlulah mengenalpasti terlebih dahulu serba sedikit tentang profil klien B sebelum sesi kaunseling berlaku. Kaunselor A juga perlu meneliti tempat sesi kaunseling dijalankan supaya klien selesa dengan persekitaran lokasi sesi kaunseling itu berlaku.
            Setelah fasa satu berjaya, kaunselor boleh meneruskan proses kaunseling dengan fasa yang seterusnya iaitu fasa kedua. Fasa kedua dalam proses kaunseling mempunyai beberapa peringkat iaitu peringkat penyediaan kemasukan, penetapan/penjelasan, menstruktur perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan. Setelah fasa kedua berjaya, kaunselor bolehlah meneruskan proses kaunseling ke fasa ketiga iaitu fasa penilaian, penyusulan dan penamatan.
Fasa kedua dalam proses kaunseling dimulakan dengan peringkat penyediaan kemasukan. Peringkat tahap ini, memerlukan kaunselor menemu bual secara minima klien yang menghadapi masalah.  Sewaktu memulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah menggunakan soalan-soalan yang tidak menakutkan serta mempamerkan perlakuan yang membantu.  Umpamanya perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan kaunselor tersebut hendaklah disesuaikan mengikut situasi. 
Jarak kedudukan antara kaunselor dan klien juga perlu diberi perhatian bagi memudahkan proses komunikasi.  Selain dari itu, keadaan tempat juga merupakan satu perkara yang penting dalam permulaan hubungan antara klien-kaunselor. Ini amat penting kerana suasana bilik yang tenang akan memberangsangkan dan menggalakkan klien untuk meluahkan perasaannya.
            Kaunselor juga perlu mempunyai sikap memahami dan menerima iaitu memberi peluang kepada klien untuk bercakap dan menyatakan apa yang terbuku dalam dirinya. Proses ini penting bagi membolehkan kaunselor bergerak ke peringkat yang seterusnya iaitu peringkat penetapan/penjelasan.
Pada peringkat ini, kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan matlamat kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya terdapat dua cara yang boleh dilakukan iaitu jika klien mudah bercakap dan meluahkan segala isi hatinya, kaunselor akan terus mendorong klien tersebut untuk terus bercerita dan jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor hendaklah bijak mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar menggalakkan klien tersebut untuk bercerita.
Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan ‘soal-selidik’ kepada klien kerana ini akan menyebabkan klien tersebut merasa  terancam atau takut. Kaunselor haruslah mahir menggunakan pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana selesa, sayang, hormat dan terbuka. Kaunselor juga hendaklah menunjukkan sifat-sifat sebagai pendengar yang baik dan kritikal serta membantu klien jika menghadapi keadaan tersekat-tersekat sewaktu meluahkan pengalaman dan perasaanya.
Kaunselor juga haruslah dapat menggalakkan klien menghurai dan menentukan pernyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongan yang dikehendaki.  Pada tahap ini, kaunselor juga harus mengamati dan menentukan siapa sebenarnya yang sedang menghadapi permasalahan tersebut iaitu sama ada diri beliau sendiri atau pun melibatkan orang lain. 
Pengetahuan dan kemahiran ini amat penting bagi membantu merangka alternatif ke arah penyelesaian. Pada peringkat ini, kaunselor sepatutnya sudah dapat merangkakan ketetapan untuk melihat matlamat klien.  Kaunselor juga sudah boleh mencungkil kehendak sebenar klien.
Peringkat seterusnya ialah peringkat penstukturan, kaunselor dan klien akan menetapkan sama ada perhubungan mereka itu boleh diteruskan atau tidak.  Kaunselor harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau berkemahiran membantu klien, memenuhi harapan, berasa selesa dengan klien tersebut dan selanjutnya perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan klien. 
Bagi pihak klien juga sudah dapat menentukan sama ada kaunselor tersebut boleh dipercayai atau tidak dan bersediakah ia melibatkan diri serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh kaunselor itu nanti.
Tahap penstrukturan ini akan menentukan sifat, batasan dan matlamat perhubungan menolong. Kaunselor boleh memberitahu klien langkah-langkah yang diambil bagi menyediakannya  arah yang sedang dituju.
Kontrak kaunseling akan dibuat pada peringkat ini iaitu persetujuan antara kaunselor dan klien  bagi berusaha mencapai matlamat yang ditentukan serta bertanggungjawab untuk menepatinya. Dengan adanya kontrak ini klien akan merasa lebih komited menjalankan sesuatu tindakan untuk mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan. Seseorang kaunselor juga boleh membuat penamatan sesi jika kaunselor tidak dapat menyelesaikan masalah klien atau merujuknya kepada kaunselor yang lain sebagai klien yang dirujuk. Jika tidak peringkat seterusnya dalam proses kaunseling boleh diteruskan.
Kaunselor juga perlu mahir dalam peringkat perhubungan supaya sesi atau proses kaunseling itu berjalan dengan lancar. Peringkat ini penting supaya menimbulkan rasa selesa dalam kalangan klien supaya mereka tidak berasa terganggu dan terancam ketika sesi kaunseling berlaku. Antara perkara yang perlu diambil kira oleh seorang kaunselor ialah membina suasana alam sekeliling yang kondusif, jarak antara klien dengan kaunselor termasuk cara duduk dalam sesi kaunseling, penampilan diri, ekspresi muka atau wajah yang melibatkan emosi seperti marah, seyum, gembira dan lai-lain, mendengar apa yang dikatakan iaitu banyak mendengar dan memahami, tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian serta menjaga nada suara.
Proses kaunseling juga memerlukan peringkat penerokaan iaitu kaunselor akan semakin mengenali klien terutamanya dari segi pendirian, matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk membantu kliennya. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh kaunselor  di peringkat ini ialah terus mewujud dan mengeratkan hubungan agar wujud perasaan yakin, percaya dan selamat di pihak klien terhadap kaunselor, klien di waktu ini digalakkan untuk meneroka masalah dan perasaannya bagi mencapai kesedaran kendiri, kaunselor juga boleh memutuskan sama ada akan meneruskan hubungan sesi kaunseling ini atau menghentikannya atas sebab-sebab tertentu, dan kaunselor boleh memberi panduan kepada klien tentang kemahiran-kemahiran yang perlu bagi mencapai matlamatnya.
Kaunselor boleh memberikan aktiviti “kerja rumah” untuk klien bagi membolehkannya mencapai matlamat. Pada tahap ini, kaunselor harus lebih bersifat aktif, tegas dan cergas dalam tindakannya.  Kaunselor seharusnya semakin jelas tentang apa yang diperlukan oleh kliennya. 
Kaunselor juga perlu menggunakan segala kemahirannya untuk meneroka persoalan klien. Menurut Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat ini merupakan proses  berlakunya komunikasi yang didorong oleh keikhlasan dan kejujuran serta berterus-terang terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara kedua-dua pihak. 
Segala perasaan tidak logik, tidak rasional sama ada dalam diri kaunselor atau klien mestilah dikikis dan dihindari segera supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat sebenarnya.  Perhubungan yang erat sangat penting untuk menimbulkan keyakinan sehingga klien dapat berasa bebas, selamat dan selesa serta terbuka dan sedia berkongsi perasaan dan masalah dengan kaunselor.
Proses kaunseling yang seterusnya ialah diperingkat pengukuhan. Pada peringkat pengukuhan ini, klien akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang perasaannya serta menentukan pilihan-pilihan yang boleh diambil olehnya.  Kemahiran-kemahiran baru juga perlu diamalkan.  Klien seharusnya telah benar-benar melibatkan dirinya secara langsung dan secara aktif di peringkat ini.  Seboleh-bolehnya, sesuatu pilihan telah dibuat, diterima dan diyakinkan serta disepadukan mengikut proses-proses yang telah dipersetujui bersama.
Contohnya, Kaunselor A telah membuat beberapa sesi dengan klien B dan kedua-duanya telah sepakat dan mencapai satu persetujuan berkenaan dengan tindakan seterusnya yang perlu dilakukan oleh klien. Jadi klien B, sudah tahu apa yang perlu dilakukannya selepas ini di peringkat sesi kaunseling yang seterusnya.
Proses kaunseling seterusnya berlaku diperingkat perancangan. Peringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan kata muktamad kepada rancangan tindakan yang khusus.  Kaunselor seboleh-bolehnya menolong kliennya merancang strategi-strategi yang hendak diambil termasuk langkah-langkah perlaksanaan strategi tersebut. Peringkat ini lebih merupakan peringkat memperjelaskan matlamat yang diharapkan oleh klien dan menyesuaikannya dengan tindakan yang bakal diambil. Di tahap ini, proses perancangan sudah hampir kepada tahap penyelesaian.
Peringkat ini menunjukkan bahawa klien sudah mempunyai matlamat sendiri dan telah pun tahu tindakan apa yang perlu dilakukannya. Perinkat ini merupakan peringkat terakhir dalam fasa dua dan sudah pun hampir ketahap penyelesaian.
Fasa yang terakhir ialah fasa tiga iaitu peringkat penilaian, penyusulan dan penamatan. Kebiasaannya kaunselor yang telah berjaya melalui proses kaunseling di fasa satu akan terus bergerak ke fasa tiga untuk menamatkan proses kaunseling yang dijalankan bersama klien. Namun begitu, kaunselor juga boleh membuat penyusulan terhadap kes klien jika itu difikirkan perlu oleh seseorang kaunselor.
Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan.  Lazimnya satu penamatan sesi dicapai melalui persetujuan pihak kaunselor dengan klien. Di peringkat ini hasil atau pencapaian klien akan dirumuskan. Jika masih terdapat matlamat-matlamat yang tidak tercapai, maka sebab-sebabnya haruslah dikenal pasti.  Di peringkat ini pihak klien seharusnya sudah berpuas hati  dengan  proses kaunseling.
Sebaliknya jika klien tidak mahu lagi meneruskan sesi, maka klien tersebut bolehlah merujuk kepada kaunselor atau pakar-pakar lain.  Penamatan juga boleh berlaku jika kaunselor mendapati klien tidak mahu bekerjasama, tidak mahu berubah atau pun atas permintaan klien sendiri. 
Menurut George & Cristiani, (1981) seorang kaunselor harus belajar menamatkan sesi kaunseling dengan berkesan. Dia harus biasa dengan isu-isu dan kemahiran yang terlibat secara langsung dalam proses penamatan temuduganya bagi menamatkan hubungan dalam kaunselingnya itu. Dalam situasi ini kaunselor seharusnya telah memberitahu kliennya bila sesi itu akan berakhir di awal lagi. Penamatan sesi yang mengejut dan mendadak boleh memberi reaksi dan emosi negatif kepada klien.
Menurut Maznah Baba & Zainal Madon (2003) terdapat beberapa panduan untuk menamatkan sesi iaitunsebelum menamatkan sesi , kaunselor perlu membuat rumusan perkara yang dibincangkan sepanjang sesi yang lepas dan memberi tugasan yang sesuai atau menyatakan apakah rancangan dan perkara fokus pada sesi akan datang dengan memberi ingatan dan dorongan kepada klien melaksanakan tugasan yang diberi seterusnya memberi ruang kepada klien menerus atau menamatkan sesi dan merancang temu janji akan datang. Kaunselor yang professional tidak mengalami kesukaran untuk menamatkan sesi kaunseling dan bertindak dengan mudah seperti mengubah sedikit kedudukannya atau meletakkan tangannya di atas birai kerusi atau menyandarkan belakangnya jauh daripada klien. Semua ini member gambaran kepada klien bahawa kaunselor tidak berminat untuk meneruskan sesi tersebut.
Dapatlah dirumuskan bahawa peringkat penamatan ini merupakan peringkat penilaian kaunselor terhadap keberkesanan strategi atau teknik yang telah diaplikasikan terhadap kliennya.  Sebaliknya, jika tidak berkesan, mungkin sesi dan tindakan susulan akan diteruskan. 
Walaupun proses kaunseling sudah ditamatkan, ini tidak bererti hubungan antara kedua-duanya akan terputus langsung.  Sebaik-baiknya adalah digalakkan supaya kaunselor mengikuti perkembangan klien yang pernah dibantunya. Penamatan dalam konteks ini hanya merupakan pemberhentian proses kaunseling sahaja.
Oleh itu, kaunselor disarankan membuat penyusulan sama ada melalui jangka pendek iaiti tiga hingga enam minggu atau melalui jangka panjang iaitu sekurang-kurang selepas enam bulan penamatan. Kebiasaanya terdapat empat cara untuk membuat penyusulan iaitu menjemput klien ke sesi untuk membincangkan kemajuan berterusan dalam memenuhi matlamat yang ingin dicapai, melalui telefon, klien boleh melaporkan kepada kaunselor secara verbal, kaunselor menghantar surat kepada klien bertanyakan perkembangan terkini dan kaunselor menghantar kepada klien soal selidik  berkenaan dengan tahap kefungsiaan terkini klien dan ini dilakukan menerusi pos.
Jelas di sini bahawa proses menamatkan sesi pertemuan pertama ini merupakan satu penilaian  terhadap kaunselor yang cuba melihat sejauh manakah peranan kliennya selepas dia menetapkan strategi yang bakal diambilnya. Dari sini dapatlah dinilai sama ada perkhidmatan yang telah diberikan dan proses pertemuan itu berjaya dan bermanfaat atau sebaliknya. Justeru itu, mereka boleh mengukur adakah mereka sama-sama telah memenuhi kehendak masing-masing atau jika sebaliknya  adakah mereka telah menetapkan langkah seterusnya bagi sesi yang akan datang.

-Muhammad Ilyas bin Zambri- (Cr. GIK)

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...