Wednesday 15 May 2013

SALAH AMALAN / MALPRACTICE

APAKAH SALAH AMALAN?

Salah amalan bolehlah disamakan dengan amalan yang buruk/ tidak baik/ lemah.  Salah amalan boleh dianggap sebagai kegagalan untuk memberikan perkhidmatan profesional.  Salah amalan juga boleh dilihat dari perspektif undang-undang sebagai kecuaian profesional yang menyebabkan kemudaratan/ kecederaan/ injury atau kehilangan/loss kepada klien.
Salah amalan juga boleh ditakrifkan sebagai terapis menggunakan kaedah yang jauh terpisah dari amalan yang biasa diamalkan/konvensional ataupun gagal untuk bertindak dengan hati-hati dalam memenuhi tanggungjawab.
Pengamal terapis hendaklah mematuhi undang-undang dan kod etika profesion mereka semasa merawat klien mereka bagi mengelak daripada melakukan salah amalan.
Dari segi undang-undang kecuaian ditentukan berdasarkan piawaian rawatan, yakni apabila kaunselor telah melanggar piawaian ini, yang biasanya diikuti oleh ahli-ahli seseatu profesion dalam keadaan yang serupa.
Ketentuan ini tidak bermakna yang terapis tidak boleh buat sebarang kesalahan langsung tetapi kesalahan yang dibuatnya mestilah yang tidak disengajakan atau yang terhasil kerana sikap cuainay.
Kaunselor profesional mestilah mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kuasa ta'kulan/judgment yang serupa dengan rakan-rakan sejawat mereka di dalam sesuatu profesion itu

Bagi menghindari tindakan undang-undang kerana salah amalan, terapis adalah digalakkan:
  • Untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada klien mereka dengan mengamalkan tahap aspirational (melakukan sesuatu dengan hati yang ikhlas dan yang terbaik)
  • Dan prinsip non-maleficence (melakukan sesuatu yang tidak mudarat)
Untuk memastikan yang sesuatu tindakan undang-undang berhubung dengan salah amalan itu berjaya pastikan:
  • Wujud perhubungan profesional di antara klien dan terapis;
  • Terapis telah bertindak secara cuai atau tidak sesuai ataupun menyeleweng daripada piawaian amalan/amalan konvensional
  • Klien telah mengalami kemudaratan yang mesti dibuktikan; dan
  • Wujud perhubungan sebab kesan (cause-effect) di antara kecuaian terapis dan kemudaratan yang dialami oleh klien.
Dalam kes suicide atau hasrat untuk membunuh diri, terdapat dua faktor yang akan menentukan sama ada terapis itu telah melakukan salah amalan atau tidak iaitu:
  • FORSEEABILITY - iaitu dari maklumat yang diperolehi, terapis hendaklah boleh membuat suatu jangkaan, samada, tindakan membunuh diri akan dilakukan atau tidak;
  • REASONABLE CARE - iaitu terapis hendaklah mengambil tindakan berwaspada yang berpatutan, seperti memaklumkan hal ini kepada pihak ketiga yang berwibawa.
Sekiranya terapis merasa yang ia tidak mempunyai kecekapan yang cukup untuk melaksanakan kedua-dua faktor yang dinyatakan di atas, Ia hendaklah melakukan rujukan kepada pihak yang dirasanya lebih kompeten daripadanya.  Segala tindakan yang diambil hendaklah dicatit dan disimpan di dalam rekod.

Dari tahun 1994 hingga 2003, rekod menunjukkan bahawa tindakan tatatertib yang diambil ke atas psikologis di Amerika Syarikat adalah berkaitan dengan:
  • Pelanggaran sempadan seksual
  • Perhubungan bukan seksual yang beraneka/multiple
  • Masalah insuran dan fi
  • Hak penjagaan anak
  • Pecah rahsia
  • Melakukan amalan di luar sempadan kompetensi
  • Meninggalkan klien (abandonment)
  • Diagnosis yang tidak cukup
Dari kajian yang lain, didapati salah amalan berikut telah berlaku:
  • Kerana didapati bersalah melakukan jenayah
  • Menipu
  • Penyimpanan rekod yang tidak sempurna
  • Penyeliaan yang tidak betul atau tidak mencukupi
  • Keuzuran
  • Gagal mematuhi keperluan pendidikan lanjutan
  • Menipu semasa memohon lesen amalan.
Salah amalan boleh berlaku jika:
  • Prosedur yang digunakan oleh terapis diluar skop amalan profesional/amalan konvensional yang diterima;
  • Terapis menggunakan kaedah rawatan yang ia sendiri tidak terlatih di dalamnya/ tak ada kompetensi;
  • Terapis tidak menggunakan kaedah yang mungkin lebih berfaedah dan berkesan;
  • Terapis gagal memberi amaran/warning atau memaklumkan kepada pihak-pihak tertentu mengenai klien yang ganas;
  • Persetujuan termaklum tidak diperolehi daripada klien sebelum proses kaunseling dilaksanakan atau persetujuan termaklum tidak didokumentasikan;
  • Terapis tidak menjelaskan tentang natijah-natijah/risiko-risiko yang mungkin akan terhasil lantaran rawatan/ possible consequences of the treatment
Senarai contoh-contoh yang berkaitan dengan salah amalan dan tindakan yang harus diambil bagi mengelak daripada SAMAN salahamalan.


  1. Kegagalan untuk mendapatkan atau mendokumentasikan persetujuan termaklum:            Terapis hendaklah mempunyai dokumen atau bukti yang proses kaunseling dan rawatan yang akan dilalui oleh klien difahami dan diterima oleh klien, sama ada dalam bentuk tulisan ataupun dalam bentuk lisan (rakaman).
  2. Meninggalkan (abandonment ) klien dan penamatan pramatang (premature termination):         Penamatan di definisikan sebagai the ethically and clinically appropriate process by which a professional relationship is ended "/ melakukan proses penamatan perhubungan kaunseling secara etika dan klinikal,   manakala meninggalkan klien pula di definisikan sebagaui " the failure of the psychologist to take the clinically indicated and ethically appropriate steps to terminate a professional relationship" / kegagalan terapis mengambil langkah-langkah klinikal dan etika yang sesuai untuk menamatkan sesuatu perhubungan profesional.                                                                                                  
Langkah-langkh yang perlu diambil oleh kaunselor bagi mengelakkan "abandonment":
  • Kaunselor perlu merekod bagaimana penamatan dilakukan dengan bukti yang jelas yang hubungan profesional ditamatkan secara profesional.
  • Hendaklah juga:
Direkodkan siapa yang meminta ditamatkan
Bagaimana permintaan untuk menamatkan perhubungan dikendali
Setakat mana matlamat awal tercapai
Dan apakah usaha membuat rujukan jika sesuai
  • Klien hendaklah dimaklumkan tentang penamatan, bila ia akan dilakukan dan klien hendaklah dilibatkan di dalam keputusan ini.
  • Jika matlamat sudah dicapai, maka sesuailah penamatan dilakukan, dan dengan cara ini, tindakan undang-undang tidaklah akan berlaku.
Penamatan pramatang boleh berlaku sekiranya:
  • Fi tidak dijelaskan oleh klien ataupun syarikat insurannya
  • Terapis sedar yang ia tidak lagi mampu memberikan perkhidmatan
  • Klien tidak berkembang ke arah mencapai matlamat
  • Klien tidak mempunyai motivasi atau komitment untuk berusaha mencapai matlamat
  • Terapis tidak hadir secara tiba-tiba.
Tindakan berikut boleh ditafsirkan sebagai meninggalkan klien:
  • Gagal untuk membuat tindakan susulan apabila klien dimasukkan ke dalam hospital
  • Sukar untuk dihubungi antara sesi.
  • Gagal untuk bertindak balas terhadap permintaan semasa kecemasan
  • Gagal untuk menyediakan terapis ganti sewaktu bercuti
  • Terapis menamatkan perhubungan profesional secara unilateral dan penamatan ini telah menyebabkan kemudaratan kepada klien
  • Terapis menamatkan perhubungan profesional kerana jumlah sesi yang diperuntukkan sudah tercapai, dan bukan kerana keperluan terapeutik klien.
 Salahlaku seksual dengan klien
  • Melanggar sempadan seksual antara klien dengan terapis merupakan salah amalan yang amt kerap berlaku dan sering menjadi punca bagi tindakan undang-undang.
  • Hubungan seksual antara terapis dan klen tidak akan dianggap sesuai sampai bila-bila pun
  • Persetujuan klien untuk mengadakan hubungan seksual tidak boleh dijadikan alasan untuk membela diri dalam kes salah amalan.
 Melakukan amalan terapi yang jauh berbeza dengan dengan amalan konvensional
  • Jika terapis menggunakan prosedur terapi yang luar biasa, mereka telah mendedahkan diri mereka kepada risiko.
  • Mereka bertanggungjawab untuk menjelaskan rasional bagi teknik baru yang mereka amalkan
  • Jika dapat dibuktikan bahawa amalan mereka jauh tersimpang daripada amalan biasa yang diamalkan oleh kebanyakkan profesional, mereka terdedah kepada bahaya salah amalan
  • Jika amalan baru yang ingin diamalkan itu tidak dapat dipertahankan oleh seseorang pakar, eloklah kaedah ini tidak digunakan..
Melakukan amalan diluar skop kompetensi
  • Terapis hendaklah merawat klien mereka dengan kompetensi yang mereka miliki
  • Jika mereka cuba mengamalkan sesuatu yang diluar kompetensi mereka, dan jika klien mengalami kemudaratan disebabkan oleh amalan ini, tindakan undang-undang boleh diambil oleh klien ke atasnya
  • Justeru kerana itu, eloklah terapis menggunakan teknik dan kaedah-kaedah yang mereka kompeten di dalamnya
  • Menerima sesuatu kes yang berada di luar skop pendidikan dan latihan kaunselor bukan sahaja telah melanggar etika, bahkan juga  tindakan undang-undang boleh diambil ke atasnya
  • Jika kaunselor merasa sangsi mengenai tahap kompetensi mereka dalam kes-kes tertentu, mereka hendaklah melakukan perundingan atau mendapat nasihat dari rakan-rakan mereka.
  • Kaunselor boleh menambahbaikan kompetensi mereka dengan mengikut program latihan lanjutan atau mendapatkan penyeliaan dari rakan sejawat yang mempunyai pengalaman klinikal yang relevan.
Salah diagnosis
  • Untuk melakukan diagnosis seseorang terapis memerlukan kompetensi untuk mendiagnosis
  • Jika dapat dibuktikan bahawa kaunselor tidak mempunyai kompetensi yang cukup, ia boleh didakwa sebagai melakukan salah amalan
  • Biasanya mahkamah tidak akan menyoal tentang diagnosis terapis, tetapi jika dari rekod terapis dapat ditunjukkan yang diagnosis tidak diperlukan, dan ianya dilakukan dengan cara yang kurang piawai, terapis boleh didakwa melakukan salah amalan.
  • JIka ini berlaku, mahkamah akan menyoal terapis samada ia telah menggunakan prosedur penaksiran yang sesuai dan telah memnuat diagnosis yang betul
  • Calfee (1997) mengesyorkan agar seseorang klien itu  diwajibkan menjalani pemeriksaan fizikal oleh doktor bagi memastikan yang masalahnya itu bukan berpunca dari ketidakfungsian biologi.
Ingatan yang ditekan atau palsu
  • Sesuatu ingatan dianggap palsu jika ia diperolehi melalui suatu bentuk intervensi yang belum pernah diuji
  • Terdapat kes dimana terapis didakwa dan klien diberi pampasan berjuta dollar kepada seorang wanita yang mendakwa beliau mengalami kemudaratan lantaran ingatan palsu yang telah di "induce" setelah psikatrisnya mencadangkan yang ia mengalami "multiple personality disoder"yang dihasilkan oleh keganasan seksual oleh adik beradiknya yang melakukan keatasnya berulan-ulang kali.
  • Tidak dapat dinafikan bahawa cara terapis menyoal kliennya terutama kanak-kanak, boleh mempengaruhi ingatan mereka.
 

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...