Monday, 20 May 2013

CIRI -CIRI HAID YANG NORMAL



1. Darah yang keluar jelas diketahui adalah darah haid dan tidak mendatangkan was-was. Ia berwarna merah dan pekat.
Menurut Nabi Muhammmad s.a.w. beliau mengatakan darah haid adalah darah yang merah dan jelas.[1]
Pada tuala wanita bila ia mula keluar ia memancut-mancut dan terasa derasnya keluar dari faraj. Ia kelihatan seperti darah yang berwarna merah seperti biji saga dan apabila tinggal lama pada tuala wanita berubah warna coklat kehitaman.

2. Pada kebiasaannya purata hari darah haid akan keluar ialah selama 6-7 hari. Setiap individu mempunyai purata hari yang berbeza. Ada yang datang 3 hari ada yang datang 4 hari dan ada juga yang datang sepuluh hari. Buat panduan, sekiranya wanita itu mengalami haidnya secara tetap untuk hari-hari tersebut selama setahun maka anggaplah itu normal. Purata yang diberi adalah 6-7 hari. Jika ia dalam lingkungan 3-10 hari ia dianggap masih normal jika ini adalah rutin kitaran haidnya. Sebagai contoh jika seorang wanita mengalami haid sebanyak 3 hari sahaja, bolehlah ia dianggap darah haidnya yang keluar pada normalnya adalah 3 hari sahaja. Akan tetapi jika haidnya keluar sebanyak 5 hari tiba-tiba pada satu masa maka ini masih normal kerana ia dalam lingkungan purata yang normal. Untuk kes kedua jika haidnya selalunya adalah 10 hari dan sifatnya seperti darah haid serta makin kering pada hari kesepuluh dan tiba-tiba menjadi semakin panjang dan darahnya masih banyak, apabila melebihi sepuluh hari ini dianggap darah penyakit atau darah istihadhah. Yang penting dia mestilah mengetahui apakah kebiasaanistihadhah. yang dialaminya sewaktu pendarahan haid setiap bulan. Buat panduan, jika was-was tanyalah diri anda sama ada sifat darah itu seperti darah haid anda yang biasa dialami dan adakah ia keluar dari apa yang biasa yang anda alami serta juga adakah ia menimbulkan was-was pada anda. Jika dia merasakan darah adalah di luar dari kebiasaan yang dialaminya, maka ini petanda ia merupakan darah penyakit yakni darah

3. Kitaran haid pada puratanya ialah 28-32 hari.
Ini adalah lingkungan yang relatif pada individu. Setiap individu mempunyai lingkungan tersendiri. Jika haid lari saya menganggap 27-32 hari adalah dalam lingkungan yang normal. Adakalanya kitaran haid menjadi tidak menentu pada satu-satu masa. Ia masih boleh diterima jika kitaran haid anda tiba-tiba datang sekitar 21-45 hari pada bulan-bulan tertentu. Kitaran haid kadang-kadang datang awal dan kadang-kadang datang lewat. Saya memberi anggaran keluar dari median sebanyak 7-14 hari memandangkan emosi wanita bergolak. Jika mengalami tekanan emosi haidnya akan datang awal atau lewat. Stress menghadapi peperiksaan boleh melewatkan period atau mempercepatkannya. Tetapi jika keadaan ini berpanjangan sampai enam bulan ke atas dan hari-harinya tetap di antara 21-45 hari ini petanda haid anda sudah menjadi tidak normal dan terganggu.

4. Pada kebiasaannya sebanyak 50-60ml darah hilang setiap kali haid,
Penggunaan tuala wanita sebanyak 1-2 kotak adalah normal. Buat kebanyakkan wanita pada hari pertama hanya darah pra-haid akan keluar. Sifatnya sedikit sangat, bukan setompok, berlendir dan mungkin berwarna hitam, coklat kemerahan ataupun kuning keputihan. Ada jua yang mengatakan ia berwarna oren. Mereka boleh sembahyang tetapi perlu membersihkan dari kekotoran itu. Apabila turun darah haid yang banyak dan sifatnya merah pekat dan jelas inilah hari pertama haid anda dan anda tidak diwajibkan sembahyang. Darah yang banyak akan keluar sehingga perlu menukar pad 2-3 jam sekali, dan keadan ini berlanjutan sampai 3-4 hari. Selepas itu darah yang keluar berkurangan dan pada hanya perlu ditukar sebanyak 4-6 jam sekali sahaja. Biasanya pada hari ketujuh darah hampir kering dan pada hanya perlu ditukar sekali sehari sahaja.

5. Senggugut
Senggugut ialah rasa sakit seperti rasa 'cramp' di bahagian tulang pinggul di belakang, di bahagian bawah perut dan sekitar ari-ari dan juga di pinggang. Ada dua jenis sengugut yang dialami wanita. Yang sepatutnya dialami oleh wanita yang haidnya normal dipanggil primary dysmenorrhea. Gejala ini sering menimpa anak gadis dan wanita dalam lingkungan awal 20-an yang terutamanya belum kahwin. Ia disebabkan oleh kuncupan rahim yang kuat dan adakalanya memerlukan pengambilan ubat seperti ponstan atau synflex untuk meredakan kesakitan. Namun ada juga segelintir anak gadis yang tidak mengalami gejala senggut ini.

Kesakitan ini pada kebiasaanya akan hilang selepas berkahwin dan juga selepas beranak. Jika ia tidak hilang ia mungkin merupakan sejenis senggugut yang berjenis lain yang dipanggil secondary (symptomatic) dysmenorrhea. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan doktor kerana ia mungkin petanda keujudan penyakit yang tidak merbahaya seperti endometriosis ataupun rahim yang terbalik retroverted uterus. Keadaan ini tidak membahayakan kesihatan tetapi boleh membawa kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang jika dibiarkan berlarutan. Jika simtom-simtom ini dibiarkan ia boleh menyebabkan rahim akhirnya dibuang melalui pembedahan kerana keadaan yang melarat di organ peranakan itu.

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...