"JOM! KITA DAULATKAN AL QURAN DAN SUNNAH"

" Sembahyang itu tiang agama. Barang siapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama." (Hadis riwayat Baihaki dari Ibnu Umar)

"Ya Allah Sekiranya Hari Ini Merupakan Hari Terakhir Kami, Kau Akhirilah Kalimah Kami Dengan Kalimah لآ اِلَهَ اِلّا اللهُ

Sesungguhnya aku menasihati kamu bukan bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga paling soleh di kalangan kamu. Kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya, seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna. Nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

-Imam Hassan Basri-

ILMU ITU UMPAMA BARANG KESAYANGAN KITA YANG HILANG, IANYA PERLU DICARI KERANA IA ADALAH HAK KITA
Imam Al Ghazali

Wednesday, 11 September 2013

KELEBIHAN MEMBERI SALAM



Perkara pertama yang Nabi Muhammad saw sampaikan ketika berada di Madinah al Munawarah adalah:

"Wahai manusia, berikanlah salam, berilah makan, jalinkanlah silatulrahim, solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat dan sejahtera"

(Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Al Baihaqi)

Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang.  Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.

(Riwayat Muslim & Al Tarmizi)

Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam

  • Makruh memberi salam dengan ucapan "Alaikumussalam".  Rasulullah saw bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut " Jangan kamu mengatakan alaikas salam". Dalam riwayat Abu Daud disebut, "Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati. (Riwayat Abu Daud dan Al Tarmizi
  • Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai.  Di dalam hadis Anas disebut bahawa :  Nabi Muhammad saw, apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali,  ia memberi salam kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali. (Riwayat al Bukhari).

10 keadaan sunnah memberi salam
  • Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki
  • Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang duduk
  • Individu(seorang) memberi salam kepada kelompok yang ramai
  • Orang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua
  • Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas di dengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.
  • Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis
  • Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah itu kosong
  • Makruh memberi salam kepada orang yang qada hajat
  • Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam.  Sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah : "Wa'alaikum"
  • Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.
Source :KUIN

No comments:

Post a Comment