Wednesday, 17 October 2012

KONSEP-KONSEP PENTING DALAM TERAPI KEKELUARGAAN DAN MUNAKAHAT ISLAM

 THE FUNDAMENTAL CONCEPTS OF FAMILY THERAPY

CYBERNATIC
  1. Cybernatics
  2. Feedback loop
  3. Positif feedback
  4. Negative feedback
  5. Vicious cycles
SYSTEM THEORY:
  1. System theory
  2. Homeostasis
  3. Family Homeostasis
 GENERAL SYSTEM THEORY
  1. General system theory
  2. Open system
  3. Equifinality
 SOCIAL CONSTRUCTIONISM
  1. Constructivism
  2. Reframing
ATTACHMENT THEORY
  1. Attachment theory
THE WORKING CONCEPTS OF FAMILY THERAPY
  1. Complimentarity
  2. Circular causality
  3. Triangles
  4. Family Structure
  5. Proces verses content
  6. Family life cycle
  7. Resistence

CYBERNATIC/  Kajian Sains Mengenai Mesin (control)

Cybernatics adalah merupakan suatu sistem yang memberi tumpuan kepada aliran maklumat  di dalam sistem tertutup.  Model ini di rasakan sesuai untuk digunakan di dalam terapi keluarga ia mempunyai idea "circular causality" yakni penyebab bagi suatu fenomena yang saling berkait melalui relang maklumbalas(feedbackloop).  Ia memberi tumpuan kepada interaksi antara bahagian-bahagian yang terdapat di dalam suatu sistem dan seterusnya antara subsistem.  Terdapat dua generasi teori cybernatics :  Cybernatics generasi pertama beranggapan bahawa sistem yang sedang dikaji tidak termasuk didalamnya pemerhati/pengkaji/terapis; manakala cybernatics generasi kedua menekankan yang pemerhati/pengkaji/terapis adalah sebahagian daripada sistem yang dikaji/dirawat.

Contoh: Seorang  suami menjauhkan diri dari isterinya kerana faktor penuaan isterinya, tetapi si isteri percaya, disebabkan suaminya yang selalu menjauhkan diri itu yang  menyebabkan ia selalu berleter.
Perhatikan tindakan antara "penuaan" dan "menjauhkan diri" dengan "berleter."

FEEDBACK LOOP/ Maklumbalas Lingkaran (Flow)

Hubungan di antara dua objek atau peristiwa wujud dalam bentuk lingkaran, Hubungan antara dua objek atau peristiwa tidak dilihat sebagai hubungan yang langsung, sebaliknya hubungan ini, dalam keadaan-keadaan tertentu, boleh berkait secara lingkaran sama ada secara positif atau negatif

Positif feedback loop (masalah yang membawa kepada kerosakan)

Maklumbalas positif  merupakan maklumbalas yang membawa kepada perubahan atau hilangnya kestabilan sistem.  Maklumbalas positif memberi tahu sistem yang jika maklumbalas yang diberikan tidak dihiraukan akan membawa kepada kerosakan sistem, kerana ia memberi tahu sistem yang sesuatu mesti dilakukan bagi mengelakan daripada berlakunya kerosakan kepada sistem.

Contoh : Jika meter suhu sebuah kenderaan menunjukan pada tahap "Hot" maka sesuatu perlu dilakukan bagi mengelakkan kerosakan injin kenderaan tersebut. "Hot" pada meter suhu kenderaan mewakili maklumbalas positif.

Negative feedbackloop (mengekalkan hubungan harmoni)

Sistem keluarga akan mendapat maklumat secara berterusan dari persekitarannya.  Dengan maklumat ini, sistem keluarga ini akan mengambil tindakan mengikut maklumbalas yang diterimanya.  dengan cara sebegini, lencongan.deviation dapat dikurangkan, dan sistem keluarga dapat mengekalkan status quonya.

Satu contoh yang baik tentang maklum balas negatif adalah apabila berlaku pengeluaran insulin oleh pankreas dalam tubuh kita. Selepas makan, kita mungkin telah meningkatkan tahap gula dalam darah. Sistem endokrin mencetuskan pengeluaran insulin dalam pankreas untuk mengatasi kenaikan ini dan mengembalikan paras gula darah kita kembali normal. Setelah normal telah mencapai sistem endokrin isyarat pankreas kami untuk menghentikan pengeluaran dan pembebasan insulin.

TEORI SISTEM

Digunakan bagi memahami keluarga, ia merupakan satu teori yang menunjukkan keadaan saling berkaitan ahli-ahli keluarga antara satu sama lain.  Terapis  sistem ini percaya bahawa perubahan dalam diri seseorang ahli akan menimbulkan pula perubahan dalam dalam diri ahli- ahli keluarga yang lain.  Terapis keluarga terikat dengan intervensi structural, walaupun ia mengendalikan proses individu. 

Contoh : Fungsi "cogwheel" dalam jam 

HOMEOSTASIS

Homeostasis adalah merupakan suatu kecenderungan untuk mengekalkan keadaan yang agak stabil di dalam persekitaran dalaman melalui satu siri proses fisiologi yang berinteraksi.  Dalam teori psikoanalisa, homeostasis merujuk kepada perimbangan diantara id, ego dan super ego atau sistem intrapsikik.  Terapis keluarga menggunakan istilah ini bagi menunjukkan wujudnya keadaan yang mengekalkan perimbangan di dalam sebuah keluarga atau yang menjamin persekitaran dalam sesebuah keluarga itu stabil.  Usaha-usaha yang sistematik akan dibuat bagi mengembalikan  perimbangan ini bila perimbangan ini terancam.  Biasanya, semua ahli keluarga akan terlibat di dalam proses mengembalikan perimbangan ini.

Contoh :  A schizophrenic daugther attemps to leave home.  The parents say she cannot leave because of her illness.  The solidarity of the family is protected by her illness.

Homeostasis Keluarga

Homeostasis keluarga merupakan perimbangan di dalam perhubungan yang terdapat di dalam sesebuah keluarga.  Caranya ialah dengan mewujudkan suatu proses interaksi dalaman dan struktur peranan/rol yang diamalkan oleh ahli-ahli keluarga samada secara overt( secara terang-terang) atau covert(secara rahsia), dalam memastikan yang perimbangan dikekalkan.  Pola komunikasi yang diulang-ulang, yang circular dan yang dapat diramalkan adalah bukti bagi menunjukkan wujudnya perimbangan.  apabila homeostasis keluarga terancam,  ahli-ahli keluarga akan bekerja keras bagi mengekalkan homeostasis ini.

Contoh : An alcoholic husband is trying to remain sober, but his wife, while saying she support him in this effort, selects a restaurant in which he will see his old drinking buddies at the bar.

TEORI SISTEM UMUM/ GENERAL SYSTEM THEORY

Semua organisma yang hidup merupakan sebahagian daripada sistem yang lebih besar.  Misalnya keluarga adalah sebahagian daripada komuniti, dan komuniti pula  adalah sebahagian daripada negara.  Unit-unit yang kecil seperti keluarga mempunyai bahagian-bahagiannya tersendiri yang saling berkaitan, yang bebas, dalam batasan tertentu, dari pada sistem yang lebih besar, yang di sebut sebagai suprasistem.  Unit-unit ini mempunyai sempadan-sempadannya yang tersendiri yang memberinya kebebasan  tertentu untuk beroperasi.  Di antara subsistem dan suprasistem ini akan wujud suatu bentuk lingkaran maklumbalas yang akan memaklumkan subsistem ini akan prestasinya.  Lingkaran maklumbalas ini adalah seperti thermostat di dalam sistem kenderaan atau alau penghawa dingin.

SISTEM TERBUKA

Sistem terbuka mempunyai tiga sifat iaitu, keseluruhan, perhubungan dan equifinaliti.  Keseluruhan bererti yang keseluruhan itu lebih besar daripada jumlah bahagian-bahagian yang membentuk/menjadikan keseluruhan itu sendiri.  Perhubungan pula bererti bahawa jika kita hendak memahami sesuatu sistem, kita hendaklah memahami kaitan dan interaksi yang wujud antara bahagian-bahagian yang membentuk sistem tadi.  Equifinaliti pula membawa maksud tidak kira dimana seseorang seseorang itu mula berinteraksi dengan sistem itu, ia akan mendapat keputusan/kesimpulan yang sama.  Oleh yang demikian, jika dalam perkahwinan itu dianggap terdapat interaksi dan salinghubungan antara satu sama lain, maka pola interaksi yang wujud adalah sama saja, samada mengenai kewangan, mentua, seks atau kanak-kanak.  Oleh yang demikian, apabila terapis keluarga merewat sesebuah keluarga ia akan memberi perhatian kepada keseluruhan keluarga itu yakni akan berjumpa dengan semua orang dalam keluarga itu, akan melihat pada pola interaksi, dan pola tingkah laku.

Equifinaliti  (banyak penyelesaian kepada masalah yang timbul)

Mengukut konsep ini, terapis akan mendapati yang pola interaksi dan tingkah laku ahli-ahli sesebuah keluarga itu sama sahaja.  Terapis akan mengkaji pola tingkahlaku dan interaksi, dan bukan individu bagi memahami sebab wujudnya simptom.

Constructivism

Dari segi epistemologi atau sains ilmu, semua pengetahuan di dalam dunia ini dihasilkan melalui proses pembentukan/constructing, penyusunan/ordering, inventing, mencipta/creating dan lain-lain.  Ia bukanlah hasil penemuan/discovery dunia secara objektif.  Bila melaksanakan terapi, kita hendaklah berpegang kepaa pendirian yang terapis dan klien sama-sam membentuk erti baru bagi pengalaman klien.  Pendirian ini dipegang kukuh oleh terapis sistem dan strategik.

Reframing (melihat yang negatif tapi positif kan ia)

Attachment theory  (akan di update kemudian)


Complementarity  (lengkap melengkapi)

Komplematariti bermaksud usaha yang saling lengkap melengkapi bagi mencapai keadaan yang sempurna.  Yakni kekurangan pada sesuatu pihak akan dipampas oleh pihak yang lain atau sebaliknya.  Komplementariti ini boleh berupa positif atau negatif.  
Komplimentariti positif wujud apabila ahli-ahli keluarga, samada dalam bentuk pasangan atau triadic akan berusaha memampas kekurangan pada pihak lain bagi memupuk perkembangan emosi yang terdapat di dalam perhubungan ahli-ahli yang berinteraksi.

Komplimentariti negatif pula berupa tindakan-tindakan yang tidak memupuk perkembangan emosi bila wujud kekurangan-kekurangan tertentu di dalam interaksi atau perhubungan.  Ia cuma membantu untuk meneutralkan kesan-kesan konflik dan kerisauan dan menghalang perhubungan antara ahli-ahli keluarga menjadi kucar-kacir.

Circular causality

Suatu bentuk penyebab yang berlaku dalam lingkaran.  A mungkin menjadi penyebab kepada B, dan selepas itu B pula akan menjadi penyebab kepada C.  Konsep ini menunjukkan hubungan saling kaitan antara beberapa subsistem yang terdapat didalam sesebuah sistem.  Penyebab begini boleh mengekalkan keadaan dysfunctional sesebuah keluarga.

contoh:  Si ibu yang bergaduh dengan si bapa akan menjadi sedih dan tegang.  Keadaan tegang dan sedih ibu itu mungkin menyebabkan salah seorang anak memperlihatkan simptom.  Misalnya: Ia mungkin memberontak kerana marahkan si bapa, kerana ia amat rapat dengan ibunya.

Linear Causality/ Penyebab linear

Menjelaskan bahawa terdapat suatu urutan peristiwa di mana satu bentuk tingkahlaku menyebabkan tingkah laku yang satu lagi.  Misalnya:  A menyebabkan B atau ketukan loceng menyebabkan loceng berbunyi.

Family Structure/Struktur keluarga

Ciri-ciri yang terdapat dalam sesebuah keluarga yang sudah stabil dan berlaku sebagai suatu rutin.  Struktur ini berkembang dengan berkembangnya sesebuah keluarga, dan ia akan memberi gambaran tentang sesuatu keluarga pada ketika-ketika tertentu.  Struktur ini sukar diubah.  Usaha terapis untuk mengubahnya akan menghasilkan reaksi yang berbagai.

Proses

1.    Proses adalah dinamika perhubungan yang terdapat di antara individu-individu yang berinteraksi antara satu sama lain.  Berbeza daripada isi /kandungan, proses melihat kepada 'bagaimana' sesuatu komunikasi itu dilakukan, manakala isi/kandungan meliat kepada apa yang diucapkan dalam komunikasi.

2.   Proses merupakan suatu bentuk interaksi antara individu-individu.  Ia berbeza dengan struktur yang selalunya diulangi dalam tempoh tertentu.  Proses adalah suatu urutan transaksi atau interaksi.

Content/Isi/kandungan

1.   Isi atau kandungan yang terdapat di dalam sesuatu proses terapi merupakan aspek melapor yng memberikan maklumat.  Isi komunikasi ini berbeza daripada proses komunikasi.  Isi adalah data/perkara yang diluahkan, manakala proses merujuk kepada pola interaksi atau bagaimana data ini dikongsi di dalam keluarga.

2.    Menurut teori sistem, isi atau kandungan merupakan tema-tema tertentu yang terdapat didalam sesebuah keluarga.  Tema-tema ini di bentuk daripada aktiviti-aktiviti yang terdapat didalam sesebuah keluarga melalui interaksi ahli-ahli sesebuah keluarga selama beberapa waktu.

Isi atau kandungan merangkumi harapan, ipian, rasa iri hati, kasih sayang, memori dan aspirasi yang dialami oleh seseorang individu.

Family Life Cycle/Lingkaran Kehidupan Keluarga

Lingkaran kehidupan keluarga merangkumi suatu tempoh masa perkembangan yang merangkumi fasa-fasa yang trumatik yang didugakan.  Perkembangan ini meliputi suatu lingkaran yang berulang, di mana sesuatu pasangan itu bermula dengan suatu unit, dan selepas itu berkembang melalui beberapa tahap sehinggalah unit keluarga itu kembali menjadi suatu unit asal.  Tahap-tahap yang terdapat di dalam lingkaran kehidupan keluarga merangkumi tahap pasangan berpisah daripada ibubapa mereka setelah mereka berkahwin, tahap mereka berkahwin, mereka mempunyai anak sendiri, tahap mereka menjadi tua, tahap persaraan, dan akhirnya tahap kematian.

Resistance/Penentangan  (tidak mahu bekerjasama)
Apa jua bentuk halangan yang terdapat pada diri seseorang klien, Ia merupakan sesuatu yang dilakukan oleh klien, dan bukanlah suatu hasil daripada interaksi antara klien dengan terapis.  Bagi terapis psikoanalisa, penentangan adalah satu bentuk pemindahan/transference, manakala bagi terapis sistemik pula ia merupakan pilihan intervensi yang kurang baik sehingga klien memperlihatkan suatu bentuk keengganan untuk melakukan apa yang disarankan oleh terapis









No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...