1.0
: PENGENALAN.
SINOPSIS “ POST MODERN THERAPY” DAN “ GESTALT THERAPY”
1.1 Terapi Pasca Moden
a) Terapi Ringkas Penyelesaian
Masalah Berfokus (Solution Focus Brief Therapy)
b) Terapi Naratif (Narrative
Therapy)
1.2 Terapi Ringkas
Penyelesaian Masalah Berfokus (SFBT)
SFBT telah dikembangkan lebih dari 50 tahun
dahulu, bermula di Amerika Syarikat. Dan kemudian berkembang diserata pelosok
dunia termasuk Eropah. Orang yang memberi
nama terapi ini dan terlibat dalam langkah-langkah spesifik dalam terapi ini
ialah sepasang suami isteri, Steve de Shaver dan Insoo Kim Berg beserta
kumpulan mereka di Pusat Brief Family Therapy di Milwaukee, Amerika Syarikat. Konsep terapi SFBT ini telah banyak digunakan
dalam bidang-bidang seperti penyalahgunaan dadah, terapi keluarga dan terapi
seks, Matlamat utama terapi ialah untuk membantu
klien mengenalpasti dan melayan kemahiran, keupayaan dan sumber luaran. Proses ini bukan sahaja membantu menstruktur
cerita klien sebagai individu yang cekap tetapi dapat membantu mengenalpasti
sumber-sumber untuk menangani masalah yang mana sumber dikenalpasti oleh klien. Klien digalakan untuk membincangkan tentang
perubahan daripada membincangkan tentang masalah yang sedang di hadapi. Mereka mengandaikan sekiranya seseorang
selalu bercakap mengenai masalah ia akan menghasilkan tambahan masalah,
sekiranya kta bercakap mengenai perubahan ia akan menghasilkan perubahan.
Terapi ini melihat keunikan individu sebagai kekuatan untuk menentukan masa
hadapan. Masalah dan masa silam tidak
perlu difikirkan dalam menangani sesuatu
masalah kerana SFBT memberi fokus pada masalah yang ada, bukan yang tiada dan klien dilihat
sebagai pakar dalam penyelesaian masalah.
Berg dan Miller (1992)
menjelaskan terdapat tiga perkara
penting dalam terapi SFBT
- Jangan cari masalah
- Apabila anda tahu sesuatu perkara itu berkesan, anda perlu lebih banyak lakukan perkara tersebut
Jika tidak berkesan jangan
teruskan, usahakan yang
1.3 Terapi Gestalt
Terapi Gestalt dikembangkan oleh
Friedrich Salomon Perls berpandukan psikologi Gestalt yang diasaskan oleh Max
Werthemeir dan Wolfgang Kohler. Semua
tokoh ini berpendapat bahawa manusia seharusnya dilihat secara keseluruhan
(holistic) dan tidak berasingan.
Perkataan Gestalt itu sendiri bermaksud keseluruhan dalam bahasa Jerman. Perls melihat secara keseluruhannya bahawa
manusia mempunyai bahagian-bahagian tertentu seperti pengalaman, perasaan, kegembiraan, ketakutan,
kesedihan dan sebagainya. Semua fenomena
ini menjadikan manusia itu unik. Manusia pada mulanya adalah satu tetapi
kemudiannya telah berkembang dan mengalami pelbagai peristiwa dan menyebabkan
manusia telah kehilangan bahagian-bahagian tersebut. Contohnya apabila
seseorang bersedih ia akan kehilangan bahagian gembiranya, apabila ia takut ia
akan hilang bahagian beraninya. Dalam
terapi Gestalt ia akan menyatukan kembali bahagian-bahagian yang terpisah
tersebut ke satu unit yang menyeluruh.
Secara umumnya terapi Gestalt mempersepsikan manusia adalah bertanggungjawab
terhadap tindakan-tindakan yang dibuatnya.
Terapi ini member focus kepada “disini dan sekarang” (here and
now). Menurut Perls sekiranya seseorang
terlalu memikirkan masa hadapan maka ia akan mengalami kebimbangan. Oleh itu Perls menekankan kewujudan (existential)
pada masa sekarang dan fokus pada diri sendiri serta bersedia merasai kewujudan
pada masa sekarang.
Pada dasarnya teori Gestalt
mengandaikan manusia boleh menghadapi persoalan hidupnya terutama jika mereka
mengetahui apa yang berlaku di persekitaran mereka. Oleh itu terapi ini telah menyediakan
persekitaran yang sepatutnya dan cabaran-cabaran untuk menolong individu kearah
kewujudan yang sebenar yang lebih penting dan lebih mencabar.
2.0 PERBANDINGAN KONSEP-KONSEP
2.1 Terapi SFBT
Konsep SFBT ialah:
- Keunikan pengalaman manusia menjelaskan bahawa setiap individu adalah unik. Kaunseling perlu dilakukan dengan melihat keunikan setiap keperluan individu bukannya melihat secara keseluruhan (Berg dan Miller,1992)
- Klien adalah pakar dalam kehidupan mereka sendiri dan mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah hasil daripada kemahiran yang dibawa dalam sesi secara sedar atau tidak.
- Pengalaman negative yang berulan-ulang mempunyai kesan yang akan menghalang individu daripada mengetahui kekuatan dan kebolehan mereka.
- Melahirkan perhubungan yang terapeutik dan hubungan kerjasama antara klien dan kaunselor dimana mereka sama-sama mencipta reality dan setiap pihak akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.
- Terapi ini member focus kepada perkara yang ada daripada perkara yang tiada.
- Setiap masalah akan memfokuskan kepada apa yang boleh dilakukan lebih daripada apa yang tidak boleh dilakukan.
- Perubahan dicapai dengan menghargai apa yang berlaku dalam kontek kehidupannya
2.2 Terapi
Gestalt
Teori Gestalt telah
memberikan penekanan kepada isu-isu yang berkaintan dengan manusia secara
holistic. Manusia dilihat mempunyai satu
komposisi yang terdiri dari bahagian-bahagian yang berhubung kait diantara satu
sama lain seperti perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang saling berinteraksi
dan bergerak balas secara aktif, bukan berasingan. Antara pandangan Gestalt ialah :
·
Manusia adalah satu organism yang bersepadu yang saling berhubung kait
antara satu sama lain yang terdiri dari fizikal, mental, kerohanian dan emosi.
·
Manusia di lihat mempunyai tanggungjawab, berkebolehan, bakat dan
keupayaan untuk mengurus diri, merasai dan berupaya menyatukan segala perasaan
dan pengalaman dalam keadaan diri yang bersepadu.
·
Manusia dilihat sebagai sebahagian dari persekitaran yang saling
berinteraksi antara satu sama lain.
·
Manusia dipercayai mempunyai naluri seks dan naluri lapar bagi meneruskan
zuriatnya.
·
Setiap individu mempunyai reality mereka sendiri yang dipetik dan dipilih
daripada reality objektif yang wujud di dlam dunia nyata.
·
Manusia mempunyai kecenderungan bagi mencapai perimbangan atau
homeostasis.
·
Teori ini juga berpendapat bahawa manusia sebenarnya lengkap dan
berkemampuan untuk menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku kepada mereka.
·
Manusia juga boleh mengendalikan diri sendiri dengan berkesan sekiranya
mereka menyedari apa yang berlaku di sekitarnya.
3.0
PERBANDINGAN PROSES TERAPEUTIK.
3.1 SFBT
- Ahli terapi tidak melihat pada masa lalu dan member perhatian kepada masalah. Sebaliknya ahli terapi membantu dalam melihat masa hadapan tanpa mengaitkan dengan masalah masa kini.
- Sepanjang terapi, ahli terapi membantu klien dalam mencari penyelesaian. Sesi kaunseling akan mengambil masa antara 3 ke 6 sesi.
- Ahli terapi mengalakkan klien untuk mengenalpasti dan berusaha lebih lagi terhadap apa yang sedang dilakukan.
- Ahli terapi membimbing klien untuk mengenalpasti apa yang tidak berkesan dan memastikan tidak menghabiskan banyak masa untuk perkara untuk perkara yang tidak berkesan itu.
- Penekanan diberikan kepada masa hadapan dan bukan pada masa lalu.
- Terapi ini percaya bahawa klien ialah pakar dan yang paling baik untuk menetukan perubahan dalam kehidupannya.
- Peranan terapi membantu klien untuk mengenalpasti masalah yang akan menjadikan sebagai penghalang untuk mencapai apa yang tidak dicapai dalam kehidupan.
- Ahli terapi member focus membantu klien mengenalpasti elemen kepada penyelesaian yang diinginkan yang selalunya sudah wujud dalam kehidupan klien. Klien belajar untuk membina elemen ini yang membentuk asas kepada perubahan yang sedang berlaku. Terapi ini tidak melihat kepada punca-punca masalah tetapi memberi focus kepada memberi definisi perubahan dan menjadikan ia satu reality.
- Terapi ini tidak meletakkan jangka masa mengadakan sesi. Ahli terapi tidak member focus dan menghadkan masa atau sesi tetapi lebih kepada membantu mencapai matlamat dan membentuk strategi untuk mencapai matlamat ini. Memberi focus kepada mencari langkah-langkah konkrit untuk mencapai apa yang dirancang selalu mengambil masa yang agak pendek.
3.2 Terapi
Gestalt
- Memberi kesedaran kepada individu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Teori ini cuba membentuk individu agar lebih berdikari, tidak bergantung kepada orang lain dan menyedarkan mereka bahawa mereka mampu melakukan perkara-perkara yang jauh lebih baik daripada apa yang disangka mereka sendiri.
- Membantu individu lebih mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam tanpa perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
- Setiap manusia mempunyai banyak potensi tetapi disebabkan pelbagai halangan, maka individu tersebut tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna. Oleh itu teori ini akan cuba membantu individu agar dia dapat mengalami dan merasai nikmat hidupnya dengan lebih sempurna.
- Membantu individu agar dapat merasai dan menyedari segala perasaan dan pengalaman masing-masing. Hanya dengan merasai dan menyedari perasaan dan pengalamannya maka seseorang akan berusaha untuk mengubah personality sendiri.
4.0 PERBANDINGAN
TEKNIK DAN PROSEDUR
4.1 SFBT
4.1.1 Teknik-teknik yang digunakan oleh
kaunselor
a) scaling question – Soalan Berskala
Teknik ini mengunakan soalan yang
sangat praktikal untuk membantu dalam menjelaskan tentang perkembangan klie. Soalan tujuan ini adalah mengenai langkah
terhadap membina matlamat dan juga pembaikan yang kecil ddalam membentuk
keyakinan dan kecekapan.
Contoh : Dalam skala 1 hingga 10
dimana 10 dikateorikan sebagai teruk.
Soalan : Bagaimana anda rasa teruk
keadaannya?. Adakah ia sentiasa 8.
Soalan : Apa yang boleh anda
lakukan untuk menurunkannya kepada 6?.
b) Exeption seeking question
Soalan Mencari Pengecualian
Dalam SFBT menjelaskan bahawa
klien menghadapi masalah yang berbeza-beza daripada masalah masalah yang paling
serius kepada masalah yang kurang serius.
Kaunselor pada peringkat ini akan mengalakkan klien untuk menjelaskan
masalah yang pernah dialami dan apa yang klien lakukan untuk mengatasi masalah
ini. Matlamat soalan ini ialah untuk
klien mengulang apa yang telah Berjaya dilakukan pada masa lalu dan membuatkan
mereka untuk mendapatkan keyakinan pada masa hadapan.
Teknik ini bukan bersifat tidak
realistic. Dalam usaha memastikan klien terlibat sepenuhnya dalam sesi
kaunseling, kaunselor perlu benar-benar mendengar apa yang diperkatakan oleh
klien dan membuat refleksi. Ini membuat
klien akan merasa ia di dengari jika tidak klien mungkin menghadapi masalah
mencari harapan untuk berubah.
c) Coping Question – Soalan
Berdaya Tindak
Teknik soalan berdaya tindak
dibentuk untuk mendapatkan maklumat mengenai sumber kekuatan klien yang sering
tidak diketahui atau dipedulikan oleh klien.
Cerita-cerita dari pengalaman yang paling teruk juga mempunyai daya tindak
atau sumber kekuatan
Contoh : Saya lihat anda menghadapi kehidupan yang
sukar tanpa suami anda, tapi anda masih mampu menguruskan anak-anak dengan
baik.
d) Future Focused Question –
Soalan Masa Hadapan Yang Berfokus
Soalan ini bertujuan melihat
bagaimana sesuatu perkara boleh berbeza.
Soalan ini bertujuan memberitahu bahawa perkara boleh berbeza dan boleh
membantu menghubungi membina matlamat.
Cohtoh:
Soalan : Dalam pertemuan sekali
lagi saya nak saudara ceritakan apa yang telah
berlaku pada keluarga saudara melalui pemerhatian saudara dan apakah
yang saudara inginkan ia terus berlaku dalam dalam keluarga saudara pada masa
hadapan. Ia bertujuan untuk membina
keyakinan klien tentang masa hadapan yang klien inginkan.
e) The Miracle Question – Soalan Ajaib
Soalan ajaib ialah kaedah soal
jawab ahli terapi yang digunakan untuk untuk membantu klien melihat bagaimana
masa hadapan akan berbeza apabila masalah tidak lagi wujud. Ia juga boleh membantu dalam membentuk
matlamat klien.
Contoh soalan :
Sekiranya saudara bangun pada esok pagi dan keajaiban
berlaku dimana semua masalah saudara telah diselesaikan, bagaimana saudara mahu
pastikan bahawa perkara ajaib itu telah berlaku.
4.1.2 Teori Gestalt.
a) Kerusi Kosong atau Permainan
Berdailog
Kerusi Kosong dilihat sebagai
teknik yang berpengaruh dan popular dalam Terapi Gestalt. Apabila klien meluahkan konflik dengan
individu lain, individu tersebut diminta membayangkan individu yang seorang
lagi duduk dalam kerusi kosong dan bercakap dengan individu tersebut. Selepas beberapa perkataan kaunselor akan
mengarahkan individu tersebut bertukar kerusi dan menjawab seolah-olah berada
di tempat individu itu. Melalui latihan
ini klien belajar untuk mengalami dan memahami perasaan dengan lebih
mendalam. Klien juga akan belajar bahawa
banyak pemikiran yang diprojeksikan kepada individu yang seorang lagi.
b) Top dog – Under Dog
Terap Gestalt membuat andaian
bahawa setiap konflik yang wujud dalam diri seseorang individu adalah hasil daripada pertikaian diantara Top
Dog dengan Under Dog iaitu dua bentuk fungsi yang wujud dalam personality
Top Dog merupakan unsure yang
menekankan kedudukan authoritarian, moralistic, mendesak dan sebagainya. Ia mengandungi unsure ibu bapa yang seirng
mengkritik dan yang selalu menekan perkataan ‘patut’ dan ‘harus’
Under Dog merupakan unsure yang
menyoal mangsa dalam satu keadaan dan kerana peranan yang dimainkannya, dia
sering bersikap membela diri, selalu meminta maaf, tidak berdaya dan
lemah. Dia sering memberi alasan-alasan bagi
kelemahan-kelemahan dirinya dan perananya.
Bagi menyelesaikan pertikaian dan konflik ini Gestalt mencadangkan
teknik berdialog dengan menggunakan kerusi kosong.
c) Sayalah yang bertanggungjawab
bagi…..
Matlamat teknik ini
ialah untuk membantu
i.
Klien menyedari dan merasai perasaan tertentu
ii.
Klien menerima perasaan itu tanpa memprojeksikan kepada orang lain.
Apabila klien Berjaya berbuat
demikian maka dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab terhadap perasaan,
pemikiran dan tingkah lakunya.
d) Saya Ada Satu Rahsia
Teknik ini memerlukan individu berfantasi
bahawa dia mempunyai satu rahsia yang tidak di ketahui oleh orang lain. Andainya rahsia ini dibuka kepada orang lain
maka dia perlu membayangkan bagaiman dia akan terasa dan bagaimana orang lain
bertindak balas terhadapnya. Teknik ini
akan dapat membuka peluang kepada individu merasai perasaan bersalah dan malu
jika rahsianya diketahui orang. Teknik
ini membolehkan kaunselor meneroka sebab-sebab mengapa seseorang itu menyimpan
rahsia serta kebimbangan-kebimbanganya.
Melalui usaha sebigini ia dapat memupuk kepercayaan klien terhadap
kaunselor.
e) Bermain dengan projeksi
Projeksi merupakan salah satu
usaha atau tindakan yang dilakukan oleh hampir setiap orang bagi menafikan sifat-sifat yang tidak disukainya dalam
dirinya. Penafian ini dilakukan dengan
memprojeksikan sifat-sifat atau ciri-ciri tersebut kepada orang lain.
f) Permainan melebih-lebih
Teknik ini dilakukan dimana
individu akan merasai sesuatu perasaan dan digalakkan melahirkan perasaan itu
dengan hebat lagi samada secara lisan ataupun gerak geri. Contohnya sekiranya seseorang itu gementar
lutut maka dia digalakkan untuk mengementarkan lagi lututnya degan lebih
hebat. Sekiranya secara lisan, klien
akan digalakkan lagi untuk melafazkannya dan setiap kali ia dilafazkan klien
hendaklah menambahkan kelantangan dan kenyaringannya. Teknik ini bertujuan supaya klien dapat
merasai, menyedari dan mendengar apa yang sedang dirasai dan dialami.
g) Kekalkan Dengan Satu Perasaan
Apabila seseorang klien melahirkan
satu perasaan yang menyakitkan dirinya maka dia kelihatan akan cuba lari dari
perasaan itu. Disinilah kaunselor perlu
menggalakkan klien untuk terus meneroka perasaan yang sakit itu, terus marasai
dan terus mengalaminya. Teknik ini juga memaksa individu itu untuk berdepan
dengan konfrantasi bagi merasai perasaan itu. Ia memerlukan keberanian dan kesanggupan serta
kerelaan diri klien bagi menaggung penderitaan dan mencari jalan baru untuk
berkembang.
5.0 PERBANDINGAN DARI SUDUT PESPEKTIF SILANG BUDAYA
5.1 Terapi SFBT
Terapi ini berguna kepada pelbagai budaya
kerana sifatnya yang terus kepada penyelesaian masalah, mempunyai analisis yang
minima dan melaksanakan pendekatan yang positif dalam membantu klien. Dalam terapi ringkas penyelesaian masalah
ini, adalah penting untuk membina secara efektif dan kepercayaan klien di
peringkat awal sesi kaunseling. Tumpuan
membantu klien berlaku di awal proses terapeutik. Terapi ini juga mencari kekuatan diri klien
dan perhatian yang tidak terlalu difokuskan kepada definisi masalah. Proses ini dapat membantu klien membuat
penyelesaian masalah yang cepat dan
berkesan. Di samping itu, ia menawarkan
satu kaedah perlaksanaan strategi spesifik yang bertujuan khas untuk menangani
masalah jangka pendek dan meningkatkan kompetensi peribadi dan kepuasan diri
klien. Banyak budaya yang gemar akan
pendekatan terapi yang ringkas.
5.2 Terapi Gestalt
Terapi Gestalt mengalakkan
individu membuat pilihan sendiri dan ini banyak memberi kesan kepada wanita
yang takut membuat keputusan sendiri dalam sesetangah budaya. Teknik Konfrontasi bagi sesetangah budaya
adalah kurang sesuai. Enns(1987) menjelaskan aktiviti Gestalt amat membantu
wanita untuk mempunyai kesedaran sebagai
sebagai individu yang mempunyai ‘will power’ terutama apabila perkataan ‘saya’
digunakan.
PENUTUP
a) Rumusan dan penilaian tentang perbandingan
yang dibuat
Terapi SFBT melihat keunikan
individu seebagai kekuatan terapi. Ia
juga mendapati bahawa klien mempunyai sumber kekuatan untuk menentukan masa
depan. Masalah dan masa silam tidak
perlu difikirkan dalam menangani sesuatu masalah. SFBT memberi focus kepada masalah yang ada,
bukan yang tiada. Klien juga di lihat
sebagai pakar dalam penyelesaian masalah.
Manakala Terapi Gestalt merupakan satu pendekatan yang bertujuan untuk
membantu klien bagi membentuk personality baru yang lebih baik dan
bertanggungjawab terhadap diri mereka.
Terapi ini memberi penekanan terhadap penggunaan pendekatan eksistensial
atau fenomenologi yang menekankan manusia perlu bertanggungjawab terhadap
dirinya sendiri untuk mencapai kematangan.
Melalui kesedaran manusia memperolehi kefahaman diri dan pengetahuan
untuk berubah.
Persamaan kedua –dua teori ini
ialah kedua-duanya mementingkan masa sekarang dan bukan masa silam.
b) Kemukakan pandangan anda tentang setiap
pendekatan diatas degan menyatakan antara lain;
h) Apakah yang anda suka dan tidak
suka tentang kedua-dua teori ini
Secara dasarnya terapi SFBT adalah
sejenis terapi yang ringkas dan mungkin dapat menjimatkan kos dan masa berbanding
terapi Gestalt atau terapi lain.
Matlamat terapi SFBT boleh diindentifikaskan pada peringkat awal
lagi. Ini memudahkan kaunselor dan
klien mengenalpasti samada terapi itu
masih diperlukan atau tidak.
Namun terapi ini memerlukan klien membuat perubahan yang besar dalam
kehidupanya seperti perlu bertukar pekerjaan, memulakan dan mengakhiri sesuatu
hubungan, berpindah dan sebagainya.
Proses ini mungkin akan menjadi satu kesukaran untuk klien atau orang
atau ahli keluarga yang hamper dengan klien
Manakala Terapi Gestalt pula
adalah untuk mendorong klien member perhatian kepada kewujudan, ia juga membolehkan individu mengalami
perasaan yang sebenar. Ia juga mempunyai
pelbagai teknik untuk mencapai matlamat bagi menambahkan lagi kesedaran kepada
individu. Namun begitu Kottler dan Brown
(1996) menyatakan terapi Gestalt telah
dikritik kerana teorinya yang kurang jelas dan asas empirical yang terhad.
Contoh kritikan tersebut:
- Kecenderungan kaunselor menjadi lebih bersifat manipulasi dan mengawal
- Ia kelihatan seperti gimik dan berpotensi tinggi untuk berlaku penyelewengan
- Kadang-kadang ia mendorong klien untuk melakukan tingkah laku yang boleh menimbulkan rasa tidak bertanggungjawab.
ii) Kedudukannya sebagai satu komponen teori
kaunseling dari perspektif Islam.
Pada pandangan saya, kedua-dua teori ini dari segi matlamat dan
pendekatan (teknik-teknik) yang digunakan adalah tidak bercanggah dengan
hukum-hukum Islam walaupun
Yang jelas sekali ia tidak
mengunakan ayat-ayat Al Ouran atau hadis-hadis dari Rasulullah SAW, namun ia
masih menjurus kepada kebaikan dan keharmonian iaitu ia dapat menyelesaikan
permasalahan individu sekaligus membawa seseorang individu itu untuk mencapai keseimbangan pada diri
sendiri dan juga dapat melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap
diri sendiri dan peranan terhadap persekitaran.
BIBLIOGRAFI
Sapora Sipon, Ruhaya
Hussin.(2012). Teori Kaunseling Dan
Psikoterapi. Bandar Baru
Bangi: Universiti Sains Islam
Malaysia.
No comments:
Post a Comment