Monday, 27 May 2013

KEJADIAN BIDADARI DI SYURGA

Petikan dari satu riwayat ada menerangkan tentang kejadian bidadari. Allah SWT telah menjadikan wajah bidadari dari empat warna iaitu putih, kuning, hijau dan merah. Allah juga menjadikan tubuh mereka dari empat bauan iaitu zafran, misik, kafur dan anbar. 
 
Bermula dari jari-jari kakinya hingga ke lutut adalah dari bauan misik. Dari lutut hingga ke payu daranya adalah dari zafran. 

Dari payu dara hingga ke lehernya adalah dari anbar. Dari leher hingga ke kepalanya adalah dari kafur.

Andainya seorang dari bidadari itu meludah dengan satu ludahan saja ke bumi nescaya akan misiklah dunia ini.

Pada setiap dada bidadari telah tertulis nama suami mereka masing-masing dan juga dari nama- nama Allah. Pada sebelah tangan mereka tedapat 10 gelang emas dan pada tiap-tiap anak jarinya terdapat 10 bentuk cincin yang dipakaikan oleh Allah untuk mereka.

Demikian juga pada kedua-dua belah kaki mereka terdiri dari 10 perhiasan mutiara dan permata yang bergemerlapan.

 Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah besabda, ”

Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil Ainna, ia dijadikan dari empat jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran. Setiap bidadari amat merindui terhadap suami- suami mereka”.

CUCI KENCING DENGAN CARA YANG BETUL LELAKI/WANITA


Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.
Jangan kencing berdiri!
Jangan kencing berdiri!
Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;

1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;
1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.
Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.
Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.
Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”
Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.
Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.

Wassalam
Dr. Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam

Monday, 20 May 2013

CIRI -CIRI HAID YANG NORMAL



1. Darah yang keluar jelas diketahui adalah darah haid dan tidak mendatangkan was-was. Ia berwarna merah dan pekat.
Menurut Nabi Muhammmad s.a.w. beliau mengatakan darah haid adalah darah yang merah dan jelas.[1]
Pada tuala wanita bila ia mula keluar ia memancut-mancut dan terasa derasnya keluar dari faraj. Ia kelihatan seperti darah yang berwarna merah seperti biji saga dan apabila tinggal lama pada tuala wanita berubah warna coklat kehitaman.

2. Pada kebiasaannya purata hari darah haid akan keluar ialah selama 6-7 hari. Setiap individu mempunyai purata hari yang berbeza. Ada yang datang 3 hari ada yang datang 4 hari dan ada juga yang datang sepuluh hari. Buat panduan, sekiranya wanita itu mengalami haidnya secara tetap untuk hari-hari tersebut selama setahun maka anggaplah itu normal. Purata yang diberi adalah 6-7 hari. Jika ia dalam lingkungan 3-10 hari ia dianggap masih normal jika ini adalah rutin kitaran haidnya. Sebagai contoh jika seorang wanita mengalami haid sebanyak 3 hari sahaja, bolehlah ia dianggap darah haidnya yang keluar pada normalnya adalah 3 hari sahaja. Akan tetapi jika haidnya keluar sebanyak 5 hari tiba-tiba pada satu masa maka ini masih normal kerana ia dalam lingkungan purata yang normal. Untuk kes kedua jika haidnya selalunya adalah 10 hari dan sifatnya seperti darah haid serta makin kering pada hari kesepuluh dan tiba-tiba menjadi semakin panjang dan darahnya masih banyak, apabila melebihi sepuluh hari ini dianggap darah penyakit atau darah istihadhah. Yang penting dia mestilah mengetahui apakah kebiasaanistihadhah. yang dialaminya sewaktu pendarahan haid setiap bulan. Buat panduan, jika was-was tanyalah diri anda sama ada sifat darah itu seperti darah haid anda yang biasa dialami dan adakah ia keluar dari apa yang biasa yang anda alami serta juga adakah ia menimbulkan was-was pada anda. Jika dia merasakan darah adalah di luar dari kebiasaan yang dialaminya, maka ini petanda ia merupakan darah penyakit yakni darah

3. Kitaran haid pada puratanya ialah 28-32 hari.
Ini adalah lingkungan yang relatif pada individu. Setiap individu mempunyai lingkungan tersendiri. Jika haid lari saya menganggap 27-32 hari adalah dalam lingkungan yang normal. Adakalanya kitaran haid menjadi tidak menentu pada satu-satu masa. Ia masih boleh diterima jika kitaran haid anda tiba-tiba datang sekitar 21-45 hari pada bulan-bulan tertentu. Kitaran haid kadang-kadang datang awal dan kadang-kadang datang lewat. Saya memberi anggaran keluar dari median sebanyak 7-14 hari memandangkan emosi wanita bergolak. Jika mengalami tekanan emosi haidnya akan datang awal atau lewat. Stress menghadapi peperiksaan boleh melewatkan period atau mempercepatkannya. Tetapi jika keadaan ini berpanjangan sampai enam bulan ke atas dan hari-harinya tetap di antara 21-45 hari ini petanda haid anda sudah menjadi tidak normal dan terganggu.

4. Pada kebiasaannya sebanyak 50-60ml darah hilang setiap kali haid,
Penggunaan tuala wanita sebanyak 1-2 kotak adalah normal. Buat kebanyakkan wanita pada hari pertama hanya darah pra-haid akan keluar. Sifatnya sedikit sangat, bukan setompok, berlendir dan mungkin berwarna hitam, coklat kemerahan ataupun kuning keputihan. Ada jua yang mengatakan ia berwarna oren. Mereka boleh sembahyang tetapi perlu membersihkan dari kekotoran itu. Apabila turun darah haid yang banyak dan sifatnya merah pekat dan jelas inilah hari pertama haid anda dan anda tidak diwajibkan sembahyang. Darah yang banyak akan keluar sehingga perlu menukar pad 2-3 jam sekali, dan keadan ini berlanjutan sampai 3-4 hari. Selepas itu darah yang keluar berkurangan dan pada hanya perlu ditukar sebanyak 4-6 jam sekali sahaja. Biasanya pada hari ketujuh darah hampir kering dan pada hanya perlu ditukar sekali sehari sahaja.

5. Senggugut
Senggugut ialah rasa sakit seperti rasa 'cramp' di bahagian tulang pinggul di belakang, di bahagian bawah perut dan sekitar ari-ari dan juga di pinggang. Ada dua jenis sengugut yang dialami wanita. Yang sepatutnya dialami oleh wanita yang haidnya normal dipanggil primary dysmenorrhea. Gejala ini sering menimpa anak gadis dan wanita dalam lingkungan awal 20-an yang terutamanya belum kahwin. Ia disebabkan oleh kuncupan rahim yang kuat dan adakalanya memerlukan pengambilan ubat seperti ponstan atau synflex untuk meredakan kesakitan. Namun ada juga segelintir anak gadis yang tidak mengalami gejala senggut ini.

Kesakitan ini pada kebiasaanya akan hilang selepas berkahwin dan juga selepas beranak. Jika ia tidak hilang ia mungkin merupakan sejenis senggugut yang berjenis lain yang dipanggil secondary (symptomatic) dysmenorrhea. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan doktor kerana ia mungkin petanda keujudan penyakit yang tidak merbahaya seperti endometriosis ataupun rahim yang terbalik retroverted uterus. Keadaan ini tidak membahayakan kesihatan tetapi boleh membawa kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang jika dibiarkan berlarutan. Jika simtom-simtom ini dibiarkan ia boleh menyebabkan rahim akhirnya dibuang melalui pembedahan kerana keadaan yang melarat di organ peranakan itu.

MEMAHAMI ORANG LAIN

Ahli psikologi ada mengatakan:

Apabia seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya pada perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yang mempunyai jiwa yang sunyi

Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia adalah orang yang kuat bersedih

Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.

Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yang lemah

Kalau dia seorang yang senang menangis meskipun kepada benda yang kecil sahaja, dia merupakan seorang yang berhati lembut.

Sekiranya dia seorang yang cepat marah biarpun ia perkara kecil sahaja, itu bermakna dia perlukan kasih sayang

Maka berusahalah untuk mengenali dan memahami orang lain selepas kita memahami diri kita

Wallahuaklam.

NABI MUHAMMAD SAW DGN SITI AISHAH RHa.

Pernah suatu hari Siti Aishah RHa berselisih(ada kekhilafan) dengan Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW berkata kepada Siti Aishah RHa,
"Kita memerlukan org tengah untuk mengadili di antara kita."

Maka Siti Aishah RHa pun mencadangkan ayahnya, Saidina Abu Bakar RA sebagai orang tengah itu. Rasulullah SAW bersetuju dan menjemput Saidina Abu Bakar RA untuk mengadili diantara Rasulullah SAW dan Si
ti Aishah RHa.

Bila setibanya Saidina Abu Bakar RA di rumah, maka Siti Aishah RHa berkata,
"Berkata jujurlah oleh mu wahai Rasulullah."

Mendengar kata-kata Siti Aishah RHa itu, maka Saidina Abu Bakar RA terus menampar puterinya itu sambil berkata, "Mengapa berkata demikian kepada Rasulullah SAW sedangkan kamu tahu bahawa Rasulullah tidak pernah berbohong."
Siti Aishah RHa terus berselindung dan bersembunyi dibelakang Rasulullah SAW.

Lantas Baginda Nabi SAW bersabda kepada Saidina Abu Bakar,
"Kami menjemput kamu untuk mengadili di antara kami. Bukannya untuk melakukan yang demikian(perbuatan menampar) dan kami pun tidak mahu kamu melakukan yang demikian(perbuatan menampar)."

Saya suka tengak Nabi SAW. Walaupun bergaduh dengan isteri, tetapi isteri Baginda Nabi SAW tetap berselindung dibelakang Nabi SAW untuk minta dijaga dan diselamatkan dari sebarang bahaya. Bagi mereka(isteri Nabi SAW) Rasulullah SAW adalah penyelamat di dunia dan akhirat mereka.

"Ya Allah, jadikanlah aku, hamba Mu ini, sebagai suami yang dapat membawa isteriku menuju Syurga Mu. Allahumma Amiiin."

Wednesday, 15 May 2013

SALAH AMALAN / MALPRACTICE

APAKAH SALAH AMALAN?

Salah amalan bolehlah disamakan dengan amalan yang buruk/ tidak baik/ lemah.  Salah amalan boleh dianggap sebagai kegagalan untuk memberikan perkhidmatan profesional.  Salah amalan juga boleh dilihat dari perspektif undang-undang sebagai kecuaian profesional yang menyebabkan kemudaratan/ kecederaan/ injury atau kehilangan/loss kepada klien.
Salah amalan juga boleh ditakrifkan sebagai terapis menggunakan kaedah yang jauh terpisah dari amalan yang biasa diamalkan/konvensional ataupun gagal untuk bertindak dengan hati-hati dalam memenuhi tanggungjawab.
Pengamal terapis hendaklah mematuhi undang-undang dan kod etika profesion mereka semasa merawat klien mereka bagi mengelak daripada melakukan salah amalan.
Dari segi undang-undang kecuaian ditentukan berdasarkan piawaian rawatan, yakni apabila kaunselor telah melanggar piawaian ini, yang biasanya diikuti oleh ahli-ahli seseatu profesion dalam keadaan yang serupa.
Ketentuan ini tidak bermakna yang terapis tidak boleh buat sebarang kesalahan langsung tetapi kesalahan yang dibuatnya mestilah yang tidak disengajakan atau yang terhasil kerana sikap cuainay.
Kaunselor profesional mestilah mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kuasa ta'kulan/judgment yang serupa dengan rakan-rakan sejawat mereka di dalam sesuatu profesion itu

Bagi menghindari tindakan undang-undang kerana salah amalan, terapis adalah digalakkan:
  • Untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada klien mereka dengan mengamalkan tahap aspirational (melakukan sesuatu dengan hati yang ikhlas dan yang terbaik)
  • Dan prinsip non-maleficence (melakukan sesuatu yang tidak mudarat)
Untuk memastikan yang sesuatu tindakan undang-undang berhubung dengan salah amalan itu berjaya pastikan:
  • Wujud perhubungan profesional di antara klien dan terapis;
  • Terapis telah bertindak secara cuai atau tidak sesuai ataupun menyeleweng daripada piawaian amalan/amalan konvensional
  • Klien telah mengalami kemudaratan yang mesti dibuktikan; dan
  • Wujud perhubungan sebab kesan (cause-effect) di antara kecuaian terapis dan kemudaratan yang dialami oleh klien.
Dalam kes suicide atau hasrat untuk membunuh diri, terdapat dua faktor yang akan menentukan sama ada terapis itu telah melakukan salah amalan atau tidak iaitu:
  • FORSEEABILITY - iaitu dari maklumat yang diperolehi, terapis hendaklah boleh membuat suatu jangkaan, samada, tindakan membunuh diri akan dilakukan atau tidak;
  • REASONABLE CARE - iaitu terapis hendaklah mengambil tindakan berwaspada yang berpatutan, seperti memaklumkan hal ini kepada pihak ketiga yang berwibawa.
Sekiranya terapis merasa yang ia tidak mempunyai kecekapan yang cukup untuk melaksanakan kedua-dua faktor yang dinyatakan di atas, Ia hendaklah melakukan rujukan kepada pihak yang dirasanya lebih kompeten daripadanya.  Segala tindakan yang diambil hendaklah dicatit dan disimpan di dalam rekod.

Dari tahun 1994 hingga 2003, rekod menunjukkan bahawa tindakan tatatertib yang diambil ke atas psikologis di Amerika Syarikat adalah berkaitan dengan:
  • Pelanggaran sempadan seksual
  • Perhubungan bukan seksual yang beraneka/multiple
  • Masalah insuran dan fi
  • Hak penjagaan anak
  • Pecah rahsia
  • Melakukan amalan di luar sempadan kompetensi
  • Meninggalkan klien (abandonment)
  • Diagnosis yang tidak cukup
Dari kajian yang lain, didapati salah amalan berikut telah berlaku:
  • Kerana didapati bersalah melakukan jenayah
  • Menipu
  • Penyimpanan rekod yang tidak sempurna
  • Penyeliaan yang tidak betul atau tidak mencukupi
  • Keuzuran
  • Gagal mematuhi keperluan pendidikan lanjutan
  • Menipu semasa memohon lesen amalan.
Salah amalan boleh berlaku jika:
  • Prosedur yang digunakan oleh terapis diluar skop amalan profesional/amalan konvensional yang diterima;
  • Terapis menggunakan kaedah rawatan yang ia sendiri tidak terlatih di dalamnya/ tak ada kompetensi;
  • Terapis tidak menggunakan kaedah yang mungkin lebih berfaedah dan berkesan;
  • Terapis gagal memberi amaran/warning atau memaklumkan kepada pihak-pihak tertentu mengenai klien yang ganas;
  • Persetujuan termaklum tidak diperolehi daripada klien sebelum proses kaunseling dilaksanakan atau persetujuan termaklum tidak didokumentasikan;
  • Terapis tidak menjelaskan tentang natijah-natijah/risiko-risiko yang mungkin akan terhasil lantaran rawatan/ possible consequences of the treatment
Senarai contoh-contoh yang berkaitan dengan salah amalan dan tindakan yang harus diambil bagi mengelak daripada SAMAN salahamalan.


  1. Kegagalan untuk mendapatkan atau mendokumentasikan persetujuan termaklum:            Terapis hendaklah mempunyai dokumen atau bukti yang proses kaunseling dan rawatan yang akan dilalui oleh klien difahami dan diterima oleh klien, sama ada dalam bentuk tulisan ataupun dalam bentuk lisan (rakaman).
  2. Meninggalkan (abandonment ) klien dan penamatan pramatang (premature termination):         Penamatan di definisikan sebagai the ethically and clinically appropriate process by which a professional relationship is ended "/ melakukan proses penamatan perhubungan kaunseling secara etika dan klinikal,   manakala meninggalkan klien pula di definisikan sebagaui " the failure of the psychologist to take the clinically indicated and ethically appropriate steps to terminate a professional relationship" / kegagalan terapis mengambil langkah-langkah klinikal dan etika yang sesuai untuk menamatkan sesuatu perhubungan profesional.                                                                                                  
Langkah-langkh yang perlu diambil oleh kaunselor bagi mengelakkan "abandonment":
  • Kaunselor perlu merekod bagaimana penamatan dilakukan dengan bukti yang jelas yang hubungan profesional ditamatkan secara profesional.
  • Hendaklah juga:
Direkodkan siapa yang meminta ditamatkan
Bagaimana permintaan untuk menamatkan perhubungan dikendali
Setakat mana matlamat awal tercapai
Dan apakah usaha membuat rujukan jika sesuai
  • Klien hendaklah dimaklumkan tentang penamatan, bila ia akan dilakukan dan klien hendaklah dilibatkan di dalam keputusan ini.
  • Jika matlamat sudah dicapai, maka sesuailah penamatan dilakukan, dan dengan cara ini, tindakan undang-undang tidaklah akan berlaku.
Penamatan pramatang boleh berlaku sekiranya:
  • Fi tidak dijelaskan oleh klien ataupun syarikat insurannya
  • Terapis sedar yang ia tidak lagi mampu memberikan perkhidmatan
  • Klien tidak berkembang ke arah mencapai matlamat
  • Klien tidak mempunyai motivasi atau komitment untuk berusaha mencapai matlamat
  • Terapis tidak hadir secara tiba-tiba.
Tindakan berikut boleh ditafsirkan sebagai meninggalkan klien:
  • Gagal untuk membuat tindakan susulan apabila klien dimasukkan ke dalam hospital
  • Sukar untuk dihubungi antara sesi.
  • Gagal untuk bertindak balas terhadap permintaan semasa kecemasan
  • Gagal untuk menyediakan terapis ganti sewaktu bercuti
  • Terapis menamatkan perhubungan profesional secara unilateral dan penamatan ini telah menyebabkan kemudaratan kepada klien
  • Terapis menamatkan perhubungan profesional kerana jumlah sesi yang diperuntukkan sudah tercapai, dan bukan kerana keperluan terapeutik klien.
 Salahlaku seksual dengan klien
  • Melanggar sempadan seksual antara klien dengan terapis merupakan salah amalan yang amt kerap berlaku dan sering menjadi punca bagi tindakan undang-undang.
  • Hubungan seksual antara terapis dan klen tidak akan dianggap sesuai sampai bila-bila pun
  • Persetujuan klien untuk mengadakan hubungan seksual tidak boleh dijadikan alasan untuk membela diri dalam kes salah amalan.
 Melakukan amalan terapi yang jauh berbeza dengan dengan amalan konvensional
  • Jika terapis menggunakan prosedur terapi yang luar biasa, mereka telah mendedahkan diri mereka kepada risiko.
  • Mereka bertanggungjawab untuk menjelaskan rasional bagi teknik baru yang mereka amalkan
  • Jika dapat dibuktikan bahawa amalan mereka jauh tersimpang daripada amalan biasa yang diamalkan oleh kebanyakkan profesional, mereka terdedah kepada bahaya salah amalan
  • Jika amalan baru yang ingin diamalkan itu tidak dapat dipertahankan oleh seseorang pakar, eloklah kaedah ini tidak digunakan..
Melakukan amalan diluar skop kompetensi
  • Terapis hendaklah merawat klien mereka dengan kompetensi yang mereka miliki
  • Jika mereka cuba mengamalkan sesuatu yang diluar kompetensi mereka, dan jika klien mengalami kemudaratan disebabkan oleh amalan ini, tindakan undang-undang boleh diambil oleh klien ke atasnya
  • Justeru kerana itu, eloklah terapis menggunakan teknik dan kaedah-kaedah yang mereka kompeten di dalamnya
  • Menerima sesuatu kes yang berada di luar skop pendidikan dan latihan kaunselor bukan sahaja telah melanggar etika, bahkan juga  tindakan undang-undang boleh diambil ke atasnya
  • Jika kaunselor merasa sangsi mengenai tahap kompetensi mereka dalam kes-kes tertentu, mereka hendaklah melakukan perundingan atau mendapat nasihat dari rakan-rakan mereka.
  • Kaunselor boleh menambahbaikan kompetensi mereka dengan mengikut program latihan lanjutan atau mendapatkan penyeliaan dari rakan sejawat yang mempunyai pengalaman klinikal yang relevan.
Salah diagnosis
  • Untuk melakukan diagnosis seseorang terapis memerlukan kompetensi untuk mendiagnosis
  • Jika dapat dibuktikan bahawa kaunselor tidak mempunyai kompetensi yang cukup, ia boleh didakwa sebagai melakukan salah amalan
  • Biasanya mahkamah tidak akan menyoal tentang diagnosis terapis, tetapi jika dari rekod terapis dapat ditunjukkan yang diagnosis tidak diperlukan, dan ianya dilakukan dengan cara yang kurang piawai, terapis boleh didakwa melakukan salah amalan.
  • JIka ini berlaku, mahkamah akan menyoal terapis samada ia telah menggunakan prosedur penaksiran yang sesuai dan telah memnuat diagnosis yang betul
  • Calfee (1997) mengesyorkan agar seseorang klien itu  diwajibkan menjalani pemeriksaan fizikal oleh doktor bagi memastikan yang masalahnya itu bukan berpunca dari ketidakfungsian biologi.
Ingatan yang ditekan atau palsu
  • Sesuatu ingatan dianggap palsu jika ia diperolehi melalui suatu bentuk intervensi yang belum pernah diuji
  • Terdapat kes dimana terapis didakwa dan klien diberi pampasan berjuta dollar kepada seorang wanita yang mendakwa beliau mengalami kemudaratan lantaran ingatan palsu yang telah di "induce" setelah psikatrisnya mencadangkan yang ia mengalami "multiple personality disoder"yang dihasilkan oleh keganasan seksual oleh adik beradiknya yang melakukan keatasnya berulan-ulang kali.
  • Tidak dapat dinafikan bahawa cara terapis menyoal kliennya terutama kanak-kanak, boleh mempengaruhi ingatan mereka.
 

Tuesday, 14 May 2013

ONLINE COUNSELLING

Online counselling merangkaumi kaunseling yang diberikan melalui teknologi maklumat yang merangkumi:
  • Perkakasan dan perisian kmputer
  • Telefon
  • WWW
  • Internet
  • Instrumen Penaksiran online
  • Tele Conferencing
Ramai pakar terapi tradisional tidak dapat bersetuju dengan apa yang ditawarkan oleh kaunseling internet itu sebagai kaunseling, tetapi ramai juga merasa bahawa kaunseling cara ini dapat memberi faedah kepada ramai klien yang keberatan untuk mendapat rawatan kaunseling tradisional.  Kajian oleh Chang dan Yeh (2003  dalam Corey et al. 2011,ms 178) mendapati ramai lelaki Asian American yang kurang menggunakan prkhidmatan kaunseling tradisional.

Online counselling dapat menawarkan perkhidmatan yang dapat mengurangkan keberatan pihak klien lelaki untuk melepaskan emosi mereka kerana ianya dapat dilakukan secara anonymous. Mereka juga tidak akan teragak-agak untuk berbincang mengenai perkara-perkara sulit keranawujudnya anonymity ini.

Ritterband dan rakan-rakan (2003 dalam Corey et al.2011, ms178) menyatakan bahawa perkhidmatan kaunseling melalui internet ini sedang berkembang dan memberi faedah kepada pihak-pihak tertentu yang mungkin tidak mendapat perkhidmatan kaunseling jika tidak wujud online counselling ini.

NAMUN TERDAPAT BEBERAPA ISU ETIKA DAN UNDANG-UNDANG SEPERTI:

  • Isu Privasi
  • Isu kerahsiaan
  • Isu kesahan maklumat/data
  • Kelayakan pemberi perkhidmatan
  • Potensi salahguna intervensi internet
  • Kesamarataan akses internet dan lain-lain yang mesti diberi perhatian.
 
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN KAUNSELING ONLINE/INTERNET
Riemersma & Leslie (1999 dalam Corey et al.,2011,ms 179) menyenaraikan beberapa faedah atau kelebihan kaunseling melalui internet . Antaranya:
  • Sesetengah klien mahu perkhidmatan terapi yang pendek, mudah dan anonymous
  • Ada klien yang tidak gemar dengan terapi tradisional tetapi bersedia mendapat perkhidmatan kaunseling internet
  • Bagi klien yang cacat anggota, kaunseling internet adalah lebih mudah baginya
  • Kaunseling internet ini amat sesuai bagi masalah-masalah yang berkaitan dengan penyelesaian masalah., dan ramai yang memerlukan perkhidmatan seperti ini.
  • Klien yang malu atau risau bila bercakap bersemuka dengan kaunselor akan merasa lebih selesa jika ia berkomunikasi melalui komputer.

Sampson, Kolodinsky dan Greeno (1997 dalam Corey et al.  ms179) pula berpendapat seperti faedah-faedah berikut:
  • Klien di luar bandar boleh mendapat perkhidmatan kaunseling
  • Mudah bagi kaunselor untuk mengagihkan, menyiapkan dan menilai kerjarumah klien
  • Menambahbaik penyimpanan rekod klien
  • Meluaskan perkhidmatan rujukan
  • Meningkatkan fleksibiliti dalam menjadualkan pertemuan
  • Menanbah option bagi penyeliaan dan case conferencing
  • Menambahbaikan pungutan data penyelidikan.
Bagi mengurangkan risiko dan bahaya mengguna kaunseling internet Ravis (2007, dalam Corey et al, 2012 ms,179) telah memberikan cadang-cadangan berikut:
  • Sebelum menawarkan kaunseling internet, kaunselor hendaklah melengkapkan dirinya dengan kompetensi yang berkaitan dengan pendekatan kaunseling yang baru ini.
  • Carilah cara bagaimana hendak mengadaptasi/menyesuaikan kaedah-kaedah tradisional dengan kaunseling internet bagi mencapai keberkesanan perkhidmatan yang diberi.
  • Klien yang ingin mendapatkan kaunseling internet hendaklah ditapis dengan teliti.
  • Sebagai sebahagian daripada persetujuan termaklum, jelaskan kepada klien masalah-masalah dan risiko-risiko yang bakal dihadapi jika kaunseling internet ini hendak digunakan;
  • Kenali garispanduan etika yang digubal semasa memaklumkan skop perkhidmatan yang bakal anda berikan;
  • Ambil tahu akan peraturan-peraturan badan perlesenan ataupun undang-undang yang mengawal selia amalan anda.
KELEMAHAN DAN KEKURANGAN KAUNSELING ONLINE/INTERNET

  • Diagnosis yang dibuat mengkin kuran tepat kerana kaunselor tidak dapat melihat tanda-tanda non verbal seperti mana yang terdapat dalam kaunseling tradisional.
  • Kerahsiaan dan privasi tidak boleh dijamin
  • Kewajipan terapis untuk memberi perlindungan atau memberi amaran kepada pihak lain menjadi amat terbatas;
  • Klien yang suicidal, yang mengalami kerisauan atau kemurungan yang serius atau yang berada di dalam keadaan krisis mungkin tidak diberi perhatian segera yang secukupnya;
  • Anonymity membolehkan klien bawah umur menyamar sebagai orang dewasa yang mahukan rawatan;
  • Isu-isu yang berkaitan dengan pemindahan/transference dan kontra pemindahan/ countertransference sukar untuk ditangani;
  • Sukar untuk menjalinkan hubungan teraputik yang berkesan sepertimana yang dapat dilakukan di dalam terapi bersemuka tradisional;
  • Masalah psikologi yang kompleks dan yang sudah lama dialami mungkin tidak dapat dirawat dengan jayanya.

PERSETUJUAN TERMAKLUM/ INFORMED CONSENT DAN KEBENARAN TERMAKLUM/ INFORMED ASSENT

Profesor Emiritus Dato'Dr Amir Awang

Dalam Kod Etika Persatuan Psikologi Amerika telah dimasukkan ENAM prinsip moral yang perlu dipatuhi oleh setiap psikologis dan kaunselor atau terapis yang ingin memberi perkhidmatan di peringkat inspirational.

Antara prinsip moral tersebut ialah melakukan apa yang termampu bagi memastikan yang perkembangan optimum klien tercapai, dan di samping itu kita diingatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan yng boleh mendatangkan kemudaratan kepada klien.
Ata kesedaran inilah para kaunselor telah diwajibkan supaya mendapat persetujuan termaklum atau kebenaran termaklum semasa melakukan penstrukturan di awal sesi kaunseling.

PERSETUJUAN TERMAKLUM

Melibatkan orang dewasa yang bebas/autonomous yang sudah menjangkau umur 18 tahun ke atas dan mempunyai keupayaan berfikir yang normal.  Mereka boleh membuat keputusan sendiri sama ada mahu atau tidak mahu memasuki sesi kaunseling

KEBENARAN TERMAKLUM

Adalah satu bentuk kebenaran memasuki sesi kaunseling yang dibuat oleh waris atau penjaga yang diluluskan oleh undang-undang bagi pihak kanak-kanak bawah umur.  Kebenaran termaklum juga diperlukan bagi orang dewasa yang tidak mempunyai keupayaan untuk memberi persetujuan termaklum secara sendiri lantaran ketidakupayaan tertentu.

Menurut Corey dan rakan-rakannya, ia merupakan salah satu cara yang terbaik untuk melindungi hak-hak klien.  Umumnya, klien handaklah diberikan maklumat yang cukup dan berterusan sama ada secara bertulis atau lisan mengenai:-
  • Apakah itu kaunseling/terapi?
  • Apakah matlamat kaunseling/terapi?
  • Apa yang akan kaunselor lakukan di dalam proses terapi?
  • Apa yang kaunselor harapkan daripada kliennya?
  • Apakah faedah dan risiko-risiko terapi?
  • Apakah kelayakan kaunselor?
  • Apakah bayaran-bayaran yang akan terlibat dan bagaimana bayaran dibuat?
  • Setakat mana sesuatu proses terapi itu boleh diramal?
  • Apa erti kerahsiaan dan apakah batasan-batasannya?
  • Apakah nlai-nilai peribadi kaunselor?
  • Dalam keadaan bagaimanakah kaunselor diwajibkan membuat laporan?
  • Apakah rujukan dan bagaimana dan kepada siapa rujukan akan dilakukan?
  • Apakah hak klien dan kaunselor untuk menamatkan terapi?
  • Apa yang mesti dilakukan di dalam masa kecemasan atau ketidakupayaan kaunselor/klien?
Dan banyak lagi yang tidak semestinya disampaikan sedikit demi sedikit.  Malah boleh di buat scara bahagian demi bahagian.  

DILEMA KAUNSELOR

Berapa banyakkah maklumat yang harus disampaikan terutama dalam sesi pertama.  Pengalaman akan mengajar terapis amaun yang optimum, serta memilih perkara-perkara yang lebih penting dahulu, dan menambah yang lain kemudiannya.

Maklumat yang perlu  disampaikan kepada klien boleh diberi secara verbal/lisan atau lebih baik secara bertulis, kerana secara bertulis klien mempunyai peluang untuk mendapat penjelasan jika isi yang disampaikan itu kurang jelas.  Sayugia ditekankan bahawa bahasa yang digunakan hendaklah simple and straight foward, "culturally sensitive", tersusun dengan baik dan hendaklah mudah difahami,  hatta oleh klien bawah umur.
Persetujuan termaklum ini bukanlah sesuatu yang dibuat sekali sahaja, malah ia merupakan suatu proses yang berterusan sepanjang perhubungan menolong wujud, kerana ia mempunyai kaitan dengan isu dan persoalan yang akan  ditimbulkan.

TUJUAN PT/KB


  • Untuk mendorong klien supaya lebih terlibat dan komited dalam proses terapi
  • Untuk menjadikan klien lebih terdidik dan lebih termaklum akan apa yang akan berlaku, kenapa ia berlaku dan kemana ia menuju;
  • Untuk menjadikan klien seorang yang lebih bersedia untuk memberikan kerjasama yang optimum kerana ia sudah faham apa yang akan berlaku di dalam sesi kaunseling.
  • Untuk memastikan yang klien membuat keputusan dengan mata yang terbuka yakni dengan maklumat yang mencukupi.
TIGA ASPEK PERSETUJUAN TERMAKLUM YG BERKAITAN DGN UNDANG-UNDANG:-


  • Klien hendaklah mempunyai keupayaan untuk membuat keputusan atau memberi persetujuan (capacity to make decision)
  • Klien hendaklah benar-benar faham akan isi atau perkara yang dinyatakan oleh terapis (comprehension of information)
  • Klien tidak dipaksa untuk memberi persetujuan ini. (voluntariness)
APA YANG HARUS DIMASUKKAN DALAM PERSETUJUAN TERMAKLUM

Salah satu tujuan utama dalam pertemuan pertama ialah membina hubungan/rapport, supaya wujud iklim/suasana rasa selamat dan selesa.
Memandangkan amaun dan jenis maklumat yang perlu disampaikan di dalam pertemuan pertama ini sering memeningkan terapis, eloklah terapis tidak terlalu runsing tentang hal ini, walaupun biasanya mereka bimbang akan didakwa.  Fokuslah kepada apa yang difokuskan oleh klien, minatnya, dan soalan-soalan yang dikemukakannya.  Namun begitu sebagai panduan,  Corey et al. telah menyenaraikan perkara-perkara berikut untuk dijadikan bahan persetujuan termaklum.


  • Proses Terapi
  • Latarbelakang Terapis
  • Kos yang terlibat dalam terapi
  • Jangkamasa terapi dan penamatan
  • Perundingan dengan rakan sejawat
  • Gangguan di dalam terapi
  • Faedah dan risiko rawatan
  • Alternatif kepada terapi tradisional
  • Sesi merakam secara audio atau video
  • Hak klien untuk melihat failnya
  • Hak berhubung klasifikasi diagnosis
  • Sifat dan tujuan kerahsiaan
PROSES TERAPI
Jelaskan apa yang akan berlaku dalam proses terapi, termasuk perubahan-perubahan pada diri klien, yang kadang-kadang menimbulkan keresahan.  Walau bagaimanapun, klien hendaklah faham mengenai prosedur dan matlamat terapi dan tahu yang mereka mempunyai hak untuk tidak mahu melibatkan diri dalam teknik-teknik tertentu.

LATARBELAKANG KAUNSELOR
Terapis boleh memberikan maklumat mengenai latihan dan pendidikan mereka, sijil-sijil yang terdapat di dalam bilik, lesen, sebarang kemahiran khas, orientasi teori mereka, jenis-jenis klien dan masalah yang mereka rasa boleh kompeten, serta masalah -masalah yang mereka tidak boleh kendalikan.  Jika terapis seorang pelatih, ia hendaklah memberitahu kliennya yang dia seorang kaunselor pelatih, dan jika dia akan diselia oleh penyelianya, itupun perlu diberitahu.  dengan cara ini setidak-tidaknya salahamalan atau malpractice dapat dikurangkan

KOS YANG TERLIBAT
Klien hendaklah diberitahu kos yang akan terlibat, cara kos itu akan dikenakan dan jika ada kemungkinan perubahan pada jumlah kos, klien hendaklah diberitau.  Klien juga perlu dimaklumkan cara kos ini akan diperolehi.  Jika wujud pro bono, klien hendaklah diberitahu.

JANGKA MASA/TEMPOH TERAPI DAN PENAMATAN
Terapis hendaklah memberitahu klien jangkaan tempoh masa rawatan.  Namun demikian, klien berhak menamatkan rawatan pada bila-bila masa, dengan syarat penamatan itu dilakukan secara teratur.  Dalam keadaan biasa pun terapis hendaklah menjelaskan prosedur penamatan supaya ianya berlaku dengan licin dan memberi manfaat kepada klien.  Mengenai jangka masa/tempoh rawatan dan penamatan di negara-negara maju, dan mungkin di sesetengah bandar di Malaysia, pihak ketiga/insuran/majikan yang membayar mungkin telah membuat ketetapan tertentu dari segi bilangan sesi yang dibolehkan, atau jumlah fi yang akan ditanggung.  Hal ini mestilah jelas kepada kedua-dua belah pihak bagi menghindari isu-isu yang kurang menyenangkan.

PERUNDINGAN DENGAN RAKAN SEJAWAT
Klien hendaklah diberitahu yang ada kalanya kesnya dibincang dengan rakan-rakan sejawat dengan tujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepadanya.

GANGGUAN TERHADAP PROSES TERAPI
Kadang-kadang proses terapi terganggu lantaran sesuatu kecemasan ataupun sesuatu rancangan percutian.  Dalam hal ini, adalah menjadi obligasi terapis untuk menjelaskan kepada kliennya semasa melakukan penstrukturan langkah-langkah yang berkaintan dengan kecemasan atau jika ia merancang untuk bercuti, terapis gantian yang disetujui secara bertulis oleh klien bagi mengelak daripada klien merasa dirinya ditinggalkan (abandoned)

FAEDAH DAN RISIKO RAWATAN
Klien hendaklah diberitahu tentang faedah dan risiko yang berkaitan dengan sesuatu program rawatan.  Klien hendaklah juga diberitahu yang terapis hanya berusaha sedaya upaya yang dapat, tanpa memberi jaminan tentang sembuhnya simptom yang dialami oleh klien.  Jika terapis mengguna sesuatu pendekatan baru yang berbeza  daripada amalan tradisional, klien hendaklah diberitahu baik buruknya dan juga risiko-risiko yang berkaitan dengannya.


ALTERNATIF KEPADA TERAPIS KONVENSIONAL

Klien hendaklah diberitahu tentang kaedah-kaedah rawatan alternatif yang yerdapat ditempatnya, seperti program pengurusan stress, pengurusan kemarahan, relaksasi dan sebagainya.  Maklumat ini bolehlah disampaikan secara bertulis, secara rakaman audio atau video atau semasa pendaftaran.  Terapis tidak harus bimbang akan kehilangan punca rezekinya jika maklumat seperti ini didedahkan, kerana biasanya, klien akan tetap memilih terapis yang ditemuinya.

RAKAMAN AUDIO ATAU VIDEO
Jika rakaman hendak dibuat, klien hendaklah diberitahu dan persetujuannya diperolehi.  Dalam menyatakan hasrat ini, terapis hendaklah menjelaskan sebab mengapa rakaman perlu dibuat.  Adakah untuk membolehkan terapis mendengar semula sesi, atau untuk digunakan dalam perbincangan dengan penyelia jika ia seorang kaunselor pelatih, ataupun digunakan untuk perbincangan dengan rakan profesionalnya.  Perkara ini hendaklah dilakukan di awal sesi dan persetujuan klien diperolehi terlebih dahulu sebelum rakaman dibuat.

HAK KLIEN UNTUK MELIHAT FAILNYA
Nota kes klien disedia dan disimpan di tempat yang selamat untuk faedah klien yang mempunyai hak undang-undang untuk melihatnya.  Dalam hal initerdapat terapis yang kurang senang dengan hak ini, kerana bimbang klien tidak faham atau salah faham akan maksud catatan yang dibuat.  Oleh yang demikian nota kes ini hendaklah ditulis secara deskriptif tanpa elemen penilaian dengan mengunakan bahasa yang jelas dan tidak taksa (ambiguous). Terapis harus sedar bahawa nota kes ini amat perlu ditulis secara profesional kerana ia boleh digunakan di dalam prosiding undang-undang serta mengelak daripada salahamalan.

HAK BERHUBUNG DENGAN KLASIFIKASI DIAGNOSIS
Salah satu rintangan atau objection oleh sesetengah terapis terhadap perkongsian maklumat fail dengan klien ialah kerana ia mengandungi maklumat mengenai diagnosis, yang mungkin tidak difahami oleh klien dan mungkin menjadi suatu stigma kepadanya.  Diagnosis biasanya jarang diberikan kepada klien atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.  Malangnya maklumat ini akan dikongsikan dengan berbagai-bagai pihak, sedangkan klien sendiri tidak mengetahuinya.  Dari segi etika, ini kurang adil.


SIFAT DAN TUJUAN KERAHSIAAN

Klien hendaklah diberi pendedahan yang cukup mengenai kerhsiaan dan batasan-batasannya, komunikasi privilej dan privasi, kerana dengan cara begini klien akan tahu apa akan terjadi kepada apa yang dikongsikan dengan terapisnya.  Dengan cara ini juga kepercayaan yang menjadi tulang belakang kepada sesuatu perhubungan baik antara terapis dengan klien akan wujud.

KLIEN HENDAKLAH JUGA DIBERITAHU BATASAN-BATASAN KERAHSIAAN YANG TERDIRI DARIPADA SALAH SATU ATAU GABUNGAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:
  • Jika klien berniat atau merancang untuk mendatangkan kemudaratan kepada dirinya.
  • Jika klien berniat atau merancang untuk mendatangkan kemudaratan kepada orang awam
  • Jika klien berniat atau merancang untuk mendatangkan kemudaratan kepada harta benda sendiri atau harta benda awam.
  • Jika klien mengidap penyakit HIV/AIDS
  • JIka terapis diarahkan oleh mahkamah
  • Jika klien menyaman terapis
  • Jika klien mengambil tindakan undang-undang untuk membuat tuntutan gantirugi
  • JIka terdapat Statut atau undang-undang yang memerlukan pendedahan ini seperti Akta Keganasan Rumahtangga atau Akta Keganasan Terhadap Kanak-kanak.
Selain daripada itu, klien hendaklah diberitahu bahawa maklumat yang dikongsinya dengan terapis boleh dikongsi dengan pihak-pihak tertentu demi untuk memberikan perkhidmatan yang kompeten kepada klien.  Keadaan-keadaan yang mengizinkan perkongsian maklumat rahsia adalah seperti berikut:
  • Apabila kita sendiri memberi izin
  • Apabila bayaran Fi dan peraturan undang-undang lain memerlukan maklumat
  • Apabilaa maklumat klien diuruskan oleh pegawai kerani
  • Apabila kaunselor berunding dengan pakar-pakar dan rakan sejawat.
  • Apabila kaunselor pelatih diselia
  • Apabila profesional kesihatan mental lain memohon maklumat dan klien memberi izin
  • Apabila profesional lain terlibat di dalam pasukan rawatan.

Monday, 13 May 2013

KOD ETIKA BAGI PROFESION KAUNSELING DI MALAYSIA

Apakah ciri-ciri sesuatu PROFESION?
Umumnya, sesuatu profesion itu mestilah mempunyai sekurang-kurangnya EMPAT ciri seperti berikut:-
  • ILMU khusus yang piawai
  • KEMAHIRAN khusu yang piawai
  • KOD ETIKA yang digubal oleh Badan Profesional Berkaitan
  • Badan Profesional yang mengawalslia dan memantau perkhidmatan yang diberikan dan yang menitikberatkan perkembangannya.  Badan tersebut ialah Lembaga Kaunselor.
APAKAH  ETIKA?

Ethics, also known as moral philosophy, is a branch of philosophy that addresses questions about morality, that is, concepts such as good and bad, right and wrong, virtue and vice, justice and crime, etc...  Ethics is the branch of philosophy dealing with values relating to human conduct with respect to the rightness and wrongness of certain action and to the goodness and badness of the motives and ends of such actions.  According to Aristotle, ethics can be equated to practical wisdom, which cannot be acquired solely by learning general rules.  We must also acquired, through practice, those deliberations, emotional and social skills that enable us to put our general understanding of well-being into practice to each occasion.

Kesimpulannya:

Etika adalah satu set peraturan atau undang-undang atau garipanduan yang berkaitan dengan nilai sesuatu masyarakat atau profesion.  Maka isi kandungan etika ini hendaklah dikuasai melalui pembelajaran umum;  Setelah ia dikuasai, ia hendaklah diamalkan mengikut sesuatu keadaan.
Pendek kata, etika adalah satu set garispanduan yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat atau profesion, bagi memandukan ahli-ahlinya untuk bertindak secara betul dan baik, bagi melindungi dirinya dan kliennya daripada natijah yang tidak diingini.  Ianya bersifat dinamik, yakni berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

Lembaga Kaunselor Malaysia telahpun menghasilkan sebuah buku KOd Etika untuk digunakan oleh semua kaunselor, berdaftar dan tidak berdaftar, di dalam menjaga imej dan martabat profesion  dan perkhidmatan kaunseling. Kod Etika Kaunselor ini dibangunkan berdasarkan Kod Etika American Counselling Association semakan ke 5, dengan sedikit pindaan mengikut kesesuaian.

APAKAH KOD ETIKA KAUNSELOR?

Kod Etika Kaunselor adalah suatu garis panduan yyang digubal oleh Lembaga Kaunselor bagi mendidik dan membimbing para kaunselor, khasnya yang berdaftar, untuk bertatalaku dengan betul.  Secara hakikatnya kaunselor perlu patuh bagi mengelakkan daripada tindakan tatatertib.

Menurut Corey, Corey & Callahan(2007) dalam mematuhi garis panduan, kaunselor bolehlah melakukannya samada di:-
  • Tahap MANDATORI yakni tahap minimum, atau
  • Tahap ASPIRASIONAL yakni melebihi tahap mandatori.
American Counselling Association, American Psychological Association dan lain-lain telah menetapkan ENAM prinsip moral yang perlu diberi perhatian oleh kaunselor semasa memberikan perkhidmatan kaunseling iaitu:-
  1. Autonomy
  2. Beneficence
  3. Non-maleficence
  4. Justice
  5. Fidelity
  6. Veracity
Autonomy - refers to the promotion of self-determination, or the freedom of clients to choose their own direction.

Non maleficence - means avoiding doing harm, which includes refraining from  actions that risk hurting clients.  Professionals have a responsibility to avoid engaging in practice that cause harm or have the potential to result harm.

Beneficence - refers to promoting good for others,  Ideally, counselling contributes to the growth and development of client within their cultural context.

Justice - means to be fair by giving equally to others.  Everyone regardless of age,sex, race, ethnicity, disability, socioeconomic status, cultural background, religion, or sexual orientation, is entitled to equal access to mental health services.

Fidelity-   means that professionals make promises and keep these promises

Veracity -  means truthfulness, unless practitioners are truthful with their clients, the trust required to form a good working relationship will not develop, especially in working with culturally diverse client populations.

SILA RUJUK DAN BACA KOD ETIKA KAUNSELOR (Lembaga Kaunselor (Malaysia).

Wednesday, 1 May 2013

Kisah Rasulullah S.A.W. dan Pengemis Yahudi Yang Buta



Di sudut pasar Madinah, ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai baginda wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.


Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana ", kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, "Siapakah kamu?". Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia, "
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi seorang muslim.


Sumber : Copy&paste blogger


Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...