Otak
adalah bahagian badan yang paling penting bagi manusia. Otak mengawal
segala pergerakan manusia. Segala ransangan atau perubahan keadaan akan
ditafsir oleh otak sebelum tindak balas dan respons dilakukan oleh
manusia.
Otak adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti
bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang
dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi
membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang
membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf dari anggota tubuh
yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu
yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik
yang tidak terbatas.
Berzikir
adalah perbuatan mengulangi beberapa perkataan yang memuji dan memuja
Allah.
Perkataan-perkataan tersebut lazimnya dilakukan berulang-ulang
kali dengan penuh tumpuan dan kekhusyukan.
Apakah perkaitannya antara zikir dan otak??
"(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah (berzikir). Ketahuilah, dengan mengingati Allah (berzikir), hati manusia menjadi tenang" (Surah ar-Ra'du : 13)
Apabila
seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti
Subhanallah, Alhamdulillah, dan Allahuakbar, beberapa kawasan otak yang
terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran
bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir
disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif
dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, lebih dari sebelum berzikir. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Hasil kajian makmal yang dilakukan terh
adap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.
Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan
mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila
sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak
mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak
dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di
kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa
perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti
meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Saintis
Barat baru sahaja (tidak sampai 20 tahun) menemui keajaiban hasil
daripada pengulangan perkataaan yang akan mengaktifkan aktivit saraf,
seterusnya meningkatkan produtiviti otak, sedangkan kita sebagai orang
Islam sudah beribu-ribu tahun ditunjukkan akan keajaiban ini, namun
masih buta dan tuli dalam memanfaatkan peluang ini. Akibatnya, kita
semakin ke belakang, sedangkan Barat semakin ke hadapan hasil kejayaan
mereka mencuri 'harta-harta' yang menjadi milik kita, tetapi dibiarkan
dimanfaatkan oleh orang lain.
"Sesungguhnya Kami jadikan untuk isi Neraka Jahannam kebanyakannya daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi tidak dipergunakannya) untuk memahami (ayat-ayat Allah) , mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai" ( Surah al-A'raf: 179)
Manfaatkan kelebihan ini, wahai Umat Islam semua!!! Wallahuaklam.
Source: copy&paste
No comments:
Post a Comment