Tuesday, 22 July 2014

8 Tips Menjadi Positif


 



Menjalani aktiviti  rutin setiap hari pasti mengambil banyak waktu kita dan memenatkan. Namun, terlalu sibukkah kita sampai langsung tidak mempunyai waktu untuk melakukan perkara-perkara yang positif? Sebenarnya, kita hanya memerlukan 30 saat untuk melakukan pelbagai perkara positif yang boleh membuat kita lebih bersemangat dalam menjalani aktiviti -aktiviti rutin sepanjang hari.
 
 Berikut ada lapan  aktiviti positif yang boleh anda lakukan hanya dalam 30 saat sahaja ..

Tersenyum.
Ia merupakan suatu perkara yang  paling mudah untuk kita lakukan, namun begitu ia memberi kesan yang sangat besar untuk diri sendiri dan orang lain. Dengan senyuman kita boleh merehatkan  ratusan saraf pada wajah kita, dan dalam masa yang sama kita dapat melepaskan stress. Bahkan tersenyum juga boleh menjadikan kita awet muda..
senyuman juga merupakan satu sedekah....
 
Minum.
Lebih kurang 75 peratus otak kita tersusun dari air, namun otak kita merupakan salah satu organ yang paling mudah kehilangan cairan. Jika otak sudah kehilangan cairan, maka kita tidak akan dapat berfikir dengan jelas dan tenang. Oleh itu, alasan lupa minum air seharusnya tidak berlaku, kerana kita hanya memerlukan 30 saat untuk  melakukannya.

Menarik nafas.
Bernafas memang merupakan perkara semulajadi dan menjadi keperluan untuk setiap manusia yang hidup. Namun, oleh kerana terlalu sibuk dengan rutin yang dilakukan setiap hari, kita kadang-kadang tidak dapat menikmati setiap helaan nafas kita dan kita juga tidak sempat pun untuk bernafas dengan cara yang betul. Percaya atau tidak ...setiap kali kita bernafas, sekitar 70 peratus kotoran dari dalam tubuh dikeluarkan melalui paru-paru. Oleh itu, sebelum memulakan setiap aktiviti seharian, cubalah untuk meletakkan tangan anda di pinggang, dan tariklah nafas dalam-dalam secara perlahan. Rasakan setiap hembusan nafas yang dihirup dan yang dikeluarkan. Biasakan diri anda melakukannya setiap awal pagi kerana ketika itu udaranya masih segar.

Bercakap dengan diri sendiri.(selftalk)
Setiap pagi ketika kita menghadap di cermin atau di dalam bilik air atau ketika kita bersendirian samada dalam bilik atau dalam kereta...gunalah peluang ini untuk memotivasikan diri sendiri yang kita akan melakukan semua hal dengan baik pada hari ini, dan kita akan tetap bersyukur dengan Allah terhadap segala hal yang bakalterjadi sepanjang hari ini. Cubalah menasihati diri Anda dengan mengulangi kalimat “Aku sangat hebat dan sempurna", 'aku boleh', aku okey, 'tak apa sikit ja' dan lain-lain yang anda biasa gunakan.  Kalimat ini akan mendorong anda berfikir secara positif dan tenang dalam menghadapi semua permasalahan dengan baik. Ulangi kalimat tersebut selama 30 saat.

Melakukan regangan.(mengeliat)
Satu perkara yang paling mudah dan tidak memerlukan bayaran atau yuran.  Mungkin kita tidak sedar selepas bangun dari tidur kita biasa mengeliat...itulah regangan yang membantu kta berasa segar kembali.  apatah lagi jika kita dapat melakukan regangan yang lebih bersistematik...pasti akan terasa segar bugar pada pagi hari.  Tidak lama, 30 saat pun dah mencukupi..

Memejamkan mata.
Bila sudah merasakan sedikit penat dan stres, cubalah rileksasikan tubuh anda sebentar. Jangan memaksa melakukan sesuatu ketika tubuh sedang lelah dan penat, kerana hasilnya pun pasti tidak akan positif. Berilah kesempatan pada diri anda untuk beristirahat dan mengembalikan keseimbangan tubuh. Pejamkan mata, kepalkan tangan, dan letakkan di telinga, kemudian anda bayangkan anda mendengarkan suara ombak dan angin sepoi-sepoi di pantai yang tenang.

Dengar muzik.
Pasanglah beberapa jenis muzik atau lagu yang anda suka tak kiralah samada di PC, radio, MP3 atau sebagainya Cuba dengarkan melodi lagu tersebut dan cuba gerakkan  tubuh anda mengikuti alunan lagu tersebut selama 30 saat. Setelah itu, anda pasti akan merasa tubuh anda  akan kembali bertenaga.
 
Do Nothing.
Ini adalah perkara yang paling menyenangkan dan menyeronokkan. Tak usah melakukan apapun, hanya bersantai dan rilek. Anda boleh duduk saja sambil melunjurkan kaki dan mengelamun, arahkan pandangan keluar jendela ataupun tataplah pokok-pokok hijau atau langit langit yang cerah.


Haaa...boleh la cuba.....sharing is sexy..

 
Sumber: Your Modern Living
 

Saturday, 19 July 2014

CDM 25 (KIKI), STEERING LOCK...WHAT EVER

 
Assalamualaikum...hah..nak tergelak pun ada...geram pun ada..meluat pun ada....hei!...aku pun tak faham dengan perangai manusia ni...bila aku tengok video...terkezut badak aku...perempuan melayu, bertudung, di bulan mulia Ramadhan  Al Mubarak...ish..ish..ish.  mabuk ka...atau di bawah pengaruh dadah. ...macamla nak bawa kereta tu pergi kubur sama...  
 
 Dulu masa aku kerja kat Hospital..ramai perempuan dok jerit macam tu bila lambat dapat jumpa doctor...ooo..rupanya pt psikatri...takpa la dia ada penyakit...nak jerit2 pun dia tak heran sebab dia berpenyakit....lepastu masa aku dok buat praktikal dan internship kat Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital pun lagi lah banyak aku jumpa orang macam ni...aku boleh terima lagi sebab diaorang  memang sakit   tapi mak cik Kiki ni sakit juga ka?......Astagfirullah
 
Bila manusia dah rasa mereka dah berjaya dan memiliki segalannya...(kononnya la..perasan kut)
.mereka mula lupa status hamba, hamba kepada Allah....depa jadi riak, sombong....angkuh....sampai lupa nak jaga maruah diri, bangsa agama. Padanla hang kena belasah dalam media (saja)
 
Hoi mak cik aku pun bukan baik sangat....tapi.....semoga Allah bagi hidayah kat hang la no..
 
Itu satu hal..
 
Tiba-tiba  muncul pula radio Era..dulunya terkenal dengan siaran iklannya lebih banyak dari informasi.......kononnya nak bagi peluang Si makcik Kiki minta maaf kat Uncle yang kena bully tu....adoyai..disinilah  tahap kegeraman aku meningkat...
 
Uncle tu kata "saya orang kristian katolik'...kami di ajar untuk memaafkan orang...(lebih kurang macam tu la maksud dia).....terus terang aku tak salahkan uncle tu sebab dia rasa dia buat dan cakap benda yang betul dan dituntut oleh ugama dia...
 
Tapi "please read between the line'....
Aku rasa hina sangat Islam ni
Aku rasa rendah sangat Islam ni
Aku rasa kolot sangat Islam ni
 
 
Apakah Islam tidak mengajar kita memaafkan semua orang.....Ya Allah..
Apakah Islam tidak mengajar kita............hampa pikirla sendiri
 
Geram sungguh aku kat mangkuk-mangkuk hayun ni...
Kalau nak cari publisiti pun janganlah sampai gadai maruah agama...
Hampa dok berbangga pulak no...
 
Sorry lah bro...ini  apa yang aku rasa...orang lain aku taktau la....mungkin aku pun teremosi macam mak cik Kiki.....semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua
 
Nasihat aku...berfikir dulu sebelum berkata(buat)..jangan dan berkata (buat) baru terfikir apa yang di kata...(buat)....Nauzubillah.
 
Allah Maha Mengetahui..segalanya...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Saturday, 12 July 2014

HATYAI - SONGKLA

Dekat Border Malaysia - Thailand




Cop passport..@ border pass    .kena bayar RM1.00 satu kepala


Gang rombongan  BKUB  JKR Kedah








t
Tang Kuan Hilltop...kena tiket RM3.00 sau kepala untuk naik lif condong




View bandar Songkla
























Kat Songkla Beach











Floating Market...Hatyai......Kalau nak kesini kena hati-hati bila nak makan..takut benda tak halal...kalau boleh bagi salam dulu...kadang2 yang pakai tudung pun tak reti nak jawab salam comfirm ......bukan Islam











Bandar Hatyai.....banyak dah berubah....dulu banyak 'ayam ' sepanjang jalan...tetapi kini Polis pelancung yang banyak..boleh la aku bawa anak bini jalam-jalan

Bilik Hotel






The Regency Hotel Hatyai


Hatyai Night walk



Naik tut tut nak ke Wet Market  satu kepala RM2.00










Beli elah buah tangan...




Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...