Saturday, 29 November 2014

NAMA PENJURU KAABAH

Kaabah yang berbentuk segi empat mempunyai empat penjuru. Tanpa kita ketahui, terdapat nama-nama yang diberikan bagi setiap penjuru tersebut.

1) Penjuru Hajar Aswad :: iaitu sudut yang menghala ke arah timur. Hajar Aswad yang menjadi tumpuan dan rebutan umat Islam bagi mengucupnya terletak pada penjuru ini. Sudut ini penting kerana ia adalah tempat permulaan dan kesudahan wakaf.

2)Penjuru Iraqi :: iaitu sudut yang menghala ke arah negeri Iraq di mana pintu Kaabah dan Multazam terletak antara kedua-dua penjuru itu.

3) Penjuru Syami::iaitu sudut yang menghala ke arah negeri Syam. Antara penjuru Iraqi dan Syami ini terletak Hijir Ismail dan pancut emas yang menjadi tempat istimewa bagi bersolat  dan sebagai tempat yang dimakbulkan doa.

3)Penjuru Yamani :: juga dikenali sabagai Rukun Yamani iaitu penjuru yang menghala ke arah negeri Yaman. Pada penjuru inu juga disunatkan istilam iaitu syarat dengan tangan tanpa mengucupnya.

Rujukan: Buku Dato’ Dr Harun Din menjawab persoalan fikah haria

Thursday, 13 November 2014

7 BACAAN PEMBUKA REZEKI









1. Memperbanyak Membaca – La hawla WalaQuwwata Illa billah – Barangsiapa yanglambat datang Rezekinya hendaklah banyakmengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illabillah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul MalikulHaqqul Mubin -Barangsiapa setiap hari membaca La ilahaillallahul malikul haqqul mubin maka bacaanitu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran danmenjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).




3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi
Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu
seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada
ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang
Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


4. Membaca Surat Al-IKHLA S:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika
masuk rumah maka berkah bacaan
Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah
dan tetangganya (HR. AtTabrani)


5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah
setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa
Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam
Syu’ab Al-Iman)


6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi
Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda
bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku
satu kali Selawat maka ALLAH akan
membalas sepuluh kali Selawat dan
Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul
Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu
Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)


7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya
ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala
Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah
yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu
Dawud dan Ibnu Majjah)

Wednesday, 12 November 2014

Akidah, Syariah dan Akhlak


                                                     

 KERANGKA DASAR ISLAM ( AKIDAH, SYARIAH, AKHLAK)

      Islam pada hakekatnya adalah aturan atau undang-undang Allah SWT yang terdapat dalam kitab Allah dan Sunnah Rasulnya yang meliputi perintah-perintah dan larangan-larangan, serta petunjuk-petunjuk untuk menjadi pedoman hidup dan kehidupan ummat manusia guna kebahagiaanya di dunia dan akhirat. Adapun secara garis besar ruang lingkup ajaran Islam meliputi tiga hal pokok,yaitu:

1. A K I D A H

          Sistem kepaercayaan Islam atau akidah dibangun di atas enam dasar keimanan yang lazim disebut Rukun Iman. Rukun Iman meliputi keimanan kepada Allah(syahadah), Malaikat, Kitab-kitab, Rasul,  Hari Kiamat dan  Qadha dan qadar. sebagaimana firman Allah dalam

 surah An-Nisa ayat 136.
 
 " Wahai orang-orang yang beriman tetaplah beriman kapada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang diturunkan sebelumnya. Barang siapa inkar kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya,dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya".    
                                                                              
 Berdasarkan  asas yang enam tersebut, maka setiap muslim 
semestinya :                                                                                                                        

a. Meyakini bahwa Islam adalah agama yang terakhir, mengandung syariat yang menyempurnakan syariat-syariat yang diturunkan Allah sebelumnya.
Sebagaimana Allah berfirman:
 
   "Tidaklah Muhammad seorang bapak (bagi) salah seorang laki-laki di antara kamu, melainkan dia   itu utusan Allah dan penutup para nabi"    

  b. Meyakini bahwa Islam adalah satu-satunya agama yang benar di sisi Allah kerana Islam adalah agama yang     dianut oleh para Nabi sejak Nabi Adam as sampai Nabi Muhammad SWT. Islam datang dengan membawa kebenaran yang menjadi pedoman hidup dan kehidupan manusia selarasnya dengan fitrahnya.

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 19: 
 
    "Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam"    
                                                                     

   c. Meyakini Islam adalah agama yang universal dan berlaku untuk semua manusia, serta mampu menjawab segala persoalan yang muncul dalam segala lapisan masyarakat dan sesuai dengan tuntutan budaya manusia sepanjang zaman.

Sebagaimana firman Allah dalam surah As-Saba,ayat28:
 
   "Dan tiadalah kami utus kamu (Muhammad) melainkan untuk semua manusia sebagai berita gembira dan peringatan. Akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."                                         
 
2. S Y A R I A H                          

      Komponen Islam yang kedua adalah Syariah yang berisi peraturan dan perundang-undangan yang mengatur segala aktiviti yang seharusnya dikerjakan dan yang tidak boleh dikerjakan manusia.
      Syariat adalah sistem nilai Islam ditetapkan oleh Allah sendiri dalam kaitan ini Allah disebut sebagai Syaari' atau pencipta hukum.
 
      Sistem nilai Islam secara umum meliputi dua bidang :
 
a.    Syariat yang mengatur hubungan manusia secara vertikal dengan Allah, seperti solat, puasa, dan haji, (hablumminallah) serta yang juga berdimensi hubungan dengan manusia, seperti zakat . Hubungan manusia dalam bentuk peribadatan biasa dengan Allah disebut ibadah mahdhah atau ibadah khusus, kerana sifatnya yang khas dan tata caranya sudah ditentukan secara pasti oleh Allah dan dicontohkan secara terperinci oleh Rasulullah.
 
b.    Syariat yang mengatur hubungan manusia secara horizontal, dengan sesama manusia (hablumminannas)  dan makhluk lainnya disebut muamalah. Muamalah meliputi ketentuan atau peraturan segala aktiviti hidup manusia dalam pergaulan dengan sesamanya dan dengan alam sekitarnya.

3. A K H L A K    

        Akhlak merupakan komponen dasar Islam yang ketiga yang berisi ajaran tentang perilaku atau moral. Dalam kamus Bahasa ,kata akhlak diertikan sebagai budi pekerti atau kelakuan. Kata akhlak merupakan bentuk jamak dari kata khuluk artinya dayan kekuatan jiwa yang mendorong perbuatan dengan mudah dan spontan tanpa difikir dan direnungkan lagi. Dengan demikian, akhlak pada dasarnya adalah sikap yang melekat pada diri seseorang yang secara spontan diwujudkan dalam tingkah laku atau perbuatan.
 
        Dalam pandangan Islam, akhlak merupakan cermin pada apa yang ada dalam jiwa seseorang. Kerana itu akhlak yang baik merupakan dorongan dari keimanan seseorang, sebab keimanan harus ditampilkan dalam prilaku nyata sehari-hari.Inilah misi diutusnya Nabi Muhammad SAW.
 
        Menurut objek atau sasaranya pembahasan tentang akhlak biasanya dikategorikan  menjadi 3:
 
a.   Akhlak kepada Allah, meliputi beribadah kepada Allah, berzikir kepada Allah, berdoa kepada Allah,dan tawakkal kepada Allah.

b.   Akhlak kepada manusia, meliput :
Pertama sabar,aitu perilaku sesorang terhadap dirinya sendiri sebagai hasil dari pengendalian nafsu dan penerimaan terhadap apa yang menimpanya.

 Kedua Syukur aitu sikap berterima kasih atas pemberian nikmat.

Ketiga Tawadhu' aitu rendah hati,selalu menghargai siapa saja yang dihadapinya, orang tua,kaya,miskin,tua dan muda.

c.    Akhlak kepada orang tua adalah berbuat baik kepadanya dengan ucapan dan perbuatan.
 
d.    Akhlak kepada keluarga, aitu mengembangkan kasih sayang di antara anggota keluarga yang diungkapkan dalam bentuk komunikasi melalui kata-kata mahupun perilaku.
 
e.    Akhlak kepada lingkungan hidup.
       Misi agama Islam adalah mengembangkan rahmat, kebaikan dan kedamaian bukan hanya  kepada manusia tetapi juga kepada alam dan lingkungan hidup,
 sebagaimana firman Allah:
 
" Tidaklah kami mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam" (Al-Anbiya.ayat 107).
 
        Memakmurkan alam adalah mengelola sumberdaya sehingga dapat memberi manfaat bagi kesejahteraan manusia tanpa merugikan alam itu sendiri.Allah menyediakan alam yang subur ini untuk ditadbir oleh manusia dengan  memeliharanya sehingga melahirkan nilai tambah yang tinggi. Sebagaiman firman Allah dalam surah Hud ayat 61:
 
" Dia menciptakan kalian dari bumi dan menyediakan kalian sebagai pemakmurnya".

Source : copy&paste

 
Aqidah, syariah dan akhlak pada dasarnya merupakan satu kesatuan dalam ajaran
islam. Ketiga unsur tersebut dapat dibedakan tetapi tidak bisa dipisahkan.
Aqidah sebagai system kepercayaan yg bermuatan elemen-elemen dasar keyakinan,
menggambarkan sumber dan hakikat keberadaan agama. Sementara syariah sebagai
system nilai berisi peraturan yang menggambarkan fungsi agama. Sedangkan akhlak
sebagai sistematika menggambarkan arah dan tujuan yg hendak dicapai agama.
 

Sunday, 9 November 2014

Pengucapan Awam

 

 


1. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap  individu adalah kemahiran pengucapan awam (public speaking). Ia lebih mustahak bagi individu yang menjadi pemimpin bagi sesebuah organisasi, masyarakat dan juga ahli politik.

2. Ucapan yang baik mestilah ucapan yang boleh difahami oleh audiens dan mampu membangkitkan keinginan untuk bertindak. Ucapan yang baik tidak semestinya berapi-api tetapi mestilah ucapan yang jelas dan tidak menimbulkan kebosanan di kalangan audiens.

3. Halangan utama untuk menyampaikan ucapan yang baik adalah perasaan gugup dan gementar. Ia dialami oleh ramai orang. Pengucap yang baik menguasai rasa gementar sebaliknya pengucap yang kurang baik dikuasai rasa gementar. Mengatasi rasa gementar boleh diatasi dengan latihan yang berterusan. Mulakan berucap bersendirian, dalam kumpulan yang kecil, sederhana dan seterusnya dalam kumpulan yang lebih besar.

4. Dalam pengucapan awam, dua perkara yang penting adalah mesej dan bagaimana mesej itu disampaikan.

5. Mesej adalah maksud dan tujuan ucapan itu disampaikan. Sangat penting bagi si pengucap memahami sepenuhnya sesuatu mesej sebelum ia disampaikan kepada audiens. Sesuatu mesej yang baik mestilah bermanfaat untuk diketahui oleh audiens dan ia disampaikan tepat pada masanya.

6. Audiens tidak akan peduli jika mesej yang mahu disampaikan tidak berkaitan atau bermanfaat dengan dirinya. Misalnya audiens dari kalangan mahasiswa hanya berminat jika pengucap berbicara mengenai isu-isu seperti PTPTN, masalah air di kolej kediaman, yuran pengajian atau mengenai isu percintaan di menara gading. Mereka tidak berminat jika pengucap membincangkan tentang isu-isu seperti KWSP, pembiayaan BBA di Bank Islam , masalah rumah tangga atau masalah gaji minimum dalam sektor pembinaan.
7. Mesej yang sudah luput (expired) juga tidak menarik minat audiens. Mesej yang bersifat futuristik pula hanya akan diberikan perhatian oleh golongan pemikir dan bukan dalam khalayak awam yang ramai. Mesej mestilah bersifat semasa dan mempunyai kaitan yang kuat dengan audiens.

8. Bagaimana mesej disampaikan berkait rapat dengan bahasa pertuturan yang digunakan, lenggok bahasa, intonasi, pemilihan kata, kelantangan suara dan kejelasan perkataan yang disebutkan.

Source : Blog Hasbie Muda

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...