Saturday, 29 November 2014

NAMA PENJURU KAABAH

Kaabah yang berbentuk segi empat mempunyai empat penjuru. Tanpa kita ketahui, terdapat nama-nama yang diberikan bagi setiap penjuru tersebut.

1) Penjuru Hajar Aswad :: iaitu sudut yang menghala ke arah timur. Hajar Aswad yang menjadi tumpuan dan rebutan umat Islam bagi mengucupnya terletak pada penjuru ini. Sudut ini penting kerana ia adalah tempat permulaan dan kesudahan wakaf.

2)Penjuru Iraqi :: iaitu sudut yang menghala ke arah negeri Iraq di mana pintu Kaabah dan Multazam terletak antara kedua-dua penjuru itu.

3) Penjuru Syami::iaitu sudut yang menghala ke arah negeri Syam. Antara penjuru Iraqi dan Syami ini terletak Hijir Ismail dan pancut emas yang menjadi tempat istimewa bagi bersolat  dan sebagai tempat yang dimakbulkan doa.

3)Penjuru Yamani :: juga dikenali sabagai Rukun Yamani iaitu penjuru yang menghala ke arah negeri Yaman. Pada penjuru inu juga disunatkan istilam iaitu syarat dengan tangan tanpa mengucupnya.

Rujukan: Buku Dato’ Dr Harun Din menjawab persoalan fikah haria

No comments:

Post a Comment

Senarai 30 Juzuk Al Quran serta Surah Yang Terkandung Dalamnya

 Berikut adalah untuk rujukan senarai Juz dalam al Quran serta permulaan serta akhir surah / ayat:-  Juz 1 – 1.AlFatiha 1. – 2...