Monday, 19 January 2015

10 Cara Untuk Meningkatkan Kecerdasan Emosi (Emotional Quations @ Emotional Intelligence) (EQ)Kanak-kanak.





     Adakah anda ingin mempunyai anak-anak yang dapat menangani emosi positif dan negatif dalam cara yang sihat dan membina? Adakah anda ingin juga mempunyai anak-anak yang mempunyai kemahiran sosial yang baik , memahami dan menjadi seorang pendengar yang empati?

Oleh yang demikian anda perlu membesarkan anak-anak anda dengan EQ atau kecerdasan emosi yang tinggi.

Kecerdasan emosi, lebih dikenali sebagai EQ, ia merupakan satu bentuk kesedaran dan keupayaan seseorang untuk menguruskan emosi  dengan cara yang  lebih sihat dan produktif.


  Bagi kebanyakan ibu bapa, mereka sering memikirkan bagaimana cara untuk berurusan bila ia melibatkan dengan perasaan anak-anak, dan ternyata, ianya sangat sukar.  Bagaimana kita hendak menangani anak kecil yang sedang marah, seorang kanak-kanak yang sedang dalam ketakutan atau bayi yang menjerit-jerit

Berapa ramaikah di antara kita tahu apa yang perlu dilakukan ?.

  Lebih menyukarkan lagi, apabila sebahagian daripada kita membesar dalam keluarga dan persekitaran di mana  komunikasi atau dialog yang jujur adalah tidak digalakkan.

  Jadi bagaimana anda boleh mengajar anak-anak anda untuk menjadi celik emosi?


Berikut adalah 10 strategi untuk membantu anda untuk berbuat demikian.

  1. Menghormati perasaan anak anda. Anda perlu sedar bahawa semua perasaan anak anda adalah penting, tidak kira betapa sukarnya mereka untuk menangani.

  2. Label perasaan anak anda. Mencari peluang untuk mengajar anak anda nama-nama yang sesuai bagi setiap perasaan yang sedang mereka  alami.

  3. Kongsi perasaan anda sendiri dengan anak-anak anda. Berhati-hati agar tidak menggunakan anak-anak anda sebagai orang kepercayaan untuk kesukaran emosi yang sedang anda alami, tetapi pada masa yang sama biarkan mereka melihat bahawa anda juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan.

"Ibu berasa sangat sedih dengan kematian nenek. Ibu sangat merindui nenek kamu dan itulah sebabnya ibu menangis."

  4. Menjadi 'role'model  tentang cara menangani perasaan sendiri dengan cara yang sesuai. Jika  percakapan atau kata-kata anda terlalu kasar atau melebih-lebih ketika anda sedang marah maka tidak mustahil anak-anak anda akan belajar untuk melakukan perkara yang sama apabila mereka marah.

  5. Terima perasaan anak anda. Duduk berdekatan dengan anak anda kerana dia ingin berkongsi perasaannya dengan anda dan dia ingin anda  untuk menyentuh atau memeluk mereka jika keadaan memerlukan.

  6. Dengar luahan perasaan anak anda dan reflek kembali kepadanya.

"Ibu dengar macam adik sangat sedih saja. Adik mahu ceritakan   tentang hal itu pada ibu?" atau "Adik nampak seronok saja,  adik seronok sebab ayah beli hadiah untuk adik kan."

  7. Berikan masa untuk anak anda untuk melayani perasaannya. Elakkan diri anda agar tidak terburu-buru untuk menyelesaikan setiap perasaan sedih yang sedang anak anda alami. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka untuk membina daya tahan emosi dan akhirnya anak anda akan menyedari bahawa  setiap emosi negatif akan pudar dan berlalu pergi dan dia ia akan membuat mereka berasa lebih baik.

  8. Sentiasa mengutamakan keselamatan dan menetapkan had jika perlu. Kanak-kanak perlu diletakkan di tempat yang selamat walaupun ketika berada di dalam krisis emosi. Anda mungkin perlu bertegas untuk menghalang anak-anak anda yang berkemungkinan sedang mengamuk dengan membuang atau membaling benda-benda tertentu.




  9. Setiap perasaan yang di alami adalah normal, tetapi tidak semua tingkah laku adalah normal. Kanak-kanak selalunya akan meluahkan emosi negatif yang kuat melalui tingkah laku yang tidak sesuai, sebagai contoh membuat perkara yang terlarang apabila mereka marah. Ini adalah waktu yang sesuai untuk anda mula campur tangan. Menghentikan setiap tingkah laku yang tidak sesuai dan mencadangkan jalan keluar atau pilihan lain yang lebih sesuai.


"Jika adik  benar-benar marah dan mahu membuang sesuatu, adik boleh membaling stokin ini ke dinding."

  10. Dapatkan bantuan dan sokongan yang  sesuai  sekiranya anda memerlukan untuk menangani perasaan anda sendiri . Untuk membolehkan anda  menjadi 'role'model yang baik untuk anak-anak anda, anda perlu berupaya untuk meluahkan perasaan anda sendiri dengan cara yang sesuai. Ya... mungkin melalui penulisan dalam jurnal, melalui berbual-bual dengan rakan atau kaunselor profesional .... apa saja yang sesuai untuk anda.

  Kecerdasan emosi adalah satu bahagian penting dalam perkembangan anak-anak anda dan segala usaha dan masa yang anda luangkan untuk membantu anak anda dalam meningkatkan tahap EQ mereka akan berhasil dan berbaloi.


Anak-anak anda akan merasa lebih bahagia dan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan yang bakal mendatang.

Edutaining kids .com

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...