Permulaan cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita yang cantik dan berpakaian yang agak mahal datang mengadu kepada pakar psikiatri bahawa dia merasakan bahawa seluruh hidupnya terlalu kosong dan sudah tidak mempunyai makna lagi. Pakar psikiatri berkenaan merujuk beliau kepada seorang kaunselor.
Oleh itu, wanita itu pun pergilah berjumpa kaunselor untuk mencari erti kebahagiaan.
Wanita cantik tadi pun menceritakan kisahnya hidupnya kepada kaunselor berkenaan dengan perasaan sedih dan linangan airmata.
Kaunselor tersebut mendengar dengan penuh empati...
Kemudian Kaunselor tersebut memanggil seorang perempuan tua yang sedang menyapu sampah di tingkat pejabat kaunselor berkenaan. Mak cik tua itu seorang 'cleaner' yang bekerja mencuci dan menyapu di bangunan pejabat tersebut.
Kemudian kaunselor tersebut berkata kepada wanita kaya itu "Saya akan meminta Mak cik ini menceritakan kepada awak bagaimana caranya dia mendapat kebahagiaan'. Apa yang saya mahu
awak lakukan adalah mendengar cerita dia dengan teliti. "
Maka mak cik itu pun meletakkan penyapunya dan beliau pun duduk di atas kerusi dan memulakan ceritanya:
"Sebenarnya, suami saya sudah meninggal dunia akibat malaria dan tiga bulan kemudian anak tunggal saya pula terbunuh dalam kemalangan dengan sebuah kereta.
Saya tidak mempunyai siapa- siapa lagi. Yang tinggal hanya saya seorang diri. Saya tidak dapat tidur, saya tidak dapat makan, malah saya tidak pernah tersenyum kepada sesiapa, saya pernah terfikir untuk menamatkan hidup saya sendiri."
Kemudian pada satu malam....ada seekor anak kucing kecil mengikut saya pulang dari kerja. Entah bagaimana saya berasa amat kasihan kepada anak kucing tersebut. Keadaan di luar terlalu sejuk, jadi saya membiarkan anak kucing itu masuk kedalam rumah saya. Saya memberinya sedikit susu, dan anak kucing tadi menjilat pinggan susu tadi hingga bersih. Dia terlalu lapar agaknya. Kemudian ia menggesekkan badanya ke kaki saya dengan penuh manjanya.... untuk pertama kalinya setelah beberapa bulan..... saya tersenyum".
Kemudian saya terfikir, hanya dengan membantu seekor anak kucing boleh membuat saya tersenyum, mungkin dengan membuat sesuatu untuk orang lain boleh membuat saya gembira.
Jadi, pada hari berikutnya saya mula membuat biskut dan saya beri kepada jiran saya yang sedang sakit.
Setiap hari saya cuba untuk melakukan sesuatu yang baik untuk seseorang. Ia membuat saya begitu gembira apabila melihat mereka gembira.
Hari ini, saya tidak tahu sesiapa yang boleh tidur dan makan dengan lebih baik daripada saya".
Saya telah menemui kebahagiaan saya, hanya dengan memberi kepada orang lain. "
Setelah mendengar cerita mak cik tua itu, wanita kaya tadi pun menangis teresak-esak. Dia mempunyai segala-galanyanya yang boleh dibeli dengan wang, tetapi dia telah kehilangan apa yang wang tidak boleh beli.
The beauty of life does not depend on how happy you are; but on how happy others can be because of you..."

No comments:
Post a Comment