KAUNSELING SILANG BUDAYA SECARA UMUMNYA DAN BAGAIMANA IA RELEVEN DALAM KONTEKS MALAYSIA
Terdapat 2 akar umbi kepada
ketidakrelevenan kopentensi iaitu dalam kenyataan : (a) that “we are all
multicultural individuals” (Arrendondo et al., 1996, p.3) dan (b) that
“everyone is a multicultural person” (p.8). Begitulah persoalan yang
dikemukakan oleh pengkaji dalam meneliti aspek keperluan kopentensi kaunseling
silang budaya.
Dalam kajian ini terdapat 2 andaian
yang salah mengenai tajuk kajian. Andaian bahawa kaunseling atau psikoterapi adalah
berkenaan infomasi, pengetahuan, praktis, kemahiran atau teknik dalam
kaunseling silang budaya adalah salah. Apa yang lebih ditekankan adalah
berkenaan dengan kuasa penyembuh termasuk mengambil berat terhadap sesuatu.
Andaian kedua yang salah adalah berkenaan perbezaan klien adalah penting
berbanding dengan persamaannya. Penekanan lebih ditumpukan kepada pembahagian
kumpulan yang sama.
Setiap kumpulan yang berbeza
mempunyai identiti atau cara yang unik dan tersendiri terutama dalam
pembentukan kumpulan mengikut budaya, kaum, dan etnik yang dipegang. Oleh itu,
kepentingan memilih atau mengembangkan teknik, teori dan kaedah dalam memahami
setiap buday adalah perlu bagi memastikan limitasi dalam sesi tidak berlaku.
Dalam pada itu, satu teknik atau teori yang universal dan boleh diguna pakai
oleh semua ahli terapi adalah perlu dalam mengendalikan kes silang budaya dalam
masyarakat hari ini yang wujud dengan kepelbagaian yang ada dalam diri setiap
individu itu sendiri.
Sistem universal ini telah lama
dikenali iaitu teori pemusatan insan oleh Carl Rogers. Antara yang digariskan
ialah tentang menghormati klien. Ianya mengambil kira mempercayai klien mampu
mengubah dirinya dengan mengambil tanggungjawab ini dalam membuat keputusan
bagi dirinya yang difikirkan olehnya sendiri adalah benar.
Keduanya adalah keikhlasan dimana
kaunselor bertindak dalam perhubungan yang sebanar dan bukannya menjadi seorang
yang mengetahui semua perkara sebaliknya menjadi diri sendiri yang lebiih
ditekankan dalam membantu klien yang berfokus kepada silang budaya.
Perasaan empati juga merupakan modal
utama dalam teori ini dengan menunjukkan perasaan empati sahaja yang dapat
membuatkan seseorang kaunselor itu memasuki dunia kliennya dan mula meneroka
isu sebenar klien dengan lebih terbuka. Sekiranya perasaan empati ini tiada
klien akan mula menutup perasaannya untuk dikongsikan dan proses penerokoaan
akan sukar dijalankan.
Komunikasi yang berkesan juga
dititikberatkan. Masalah komunikasi akan berlaku dalam sesi kaunseling silang
budaya. Oleh yang demikian seseorang kaunselor perlu memastikan bahawa dia
telah siap sedia untuk menerima klien dan bersedia dengan komunikasi yang
dipertuturkan dalam memudahkan proses kaunseling itu sendiri. Menurut Sue,
1989; Sue & Sue , 1990 memahami perbezaan tingkah laku verbal dan bukan
verbal akan membantu dalam menjalani sesi kaunseling silang budaya. Klien
dengan sendirinya akan menilai dirinya sekiranya kualiti kaunselor dalam
menghormati dan penerimaan tanpa syart serta memahami klien dari sudut
perspektifnya sendiri akan membantu klien berkembang dengan sendirinya.
Begitulah unik nya teori yang dikemukakan oleh Carl Rogers.
Satu lagi yang difikirkan penting
adalah pengstukturan dimana klien yang datang dari budaya yang berbeza
mempunyai limitasi yang tersendiri dan dengan cara mengingatkan peranan yang dimainkan
akan memudahkan proses kaunseling itu sendiri. Proses ini membantu klien
daripada tidak mempunyai matlamat sesi dan kemudian lebih fokus kepada isu yang
dibincangkan dan ianya akan membuatkan sesi menjadi lebih kondusif dan
sistematik.
Kesimpulannya dalam kajian ini,
pengkaji berpendapat bahawa tiada satu pun teori atau teknik yang boleh
digunapakai secara kekal kepada mana-mana kelompok kaunseling yang berbeza dan
datang darki pelbagai budaya. Pengkaji berpendapat bahawa gabungan teori dan
kaedah dari pelbagai sumber amat diperlukan dalam memastikan keadaan sesi
menjadi lebih efektif dan tidak hanya tertumpu kepada satu teori yang belum
tentu sesuai dengan keadaan budaya dan perbezaan yang ada dalam diri setiap
klien. Oleh yang demikian pengkasi menolak persoalan tajuk kajian keperluan
kopentensi kaunseling silang budaya.
PANDANGAN
Malaysia adalah sebuah negara yang
berbilang bangsa, budaya, dan agama. Oleh kerana itu, perkhidmatan kaunseling
juga harus seiring dengan akar yang wujud sekian dalam di negara ini.
Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah perkhidmatan kaunseling silang budaya.
Perkara asas dalam negara ini adalah persefahaman. Maka, dengan itu
perkhidmatan ini sangat releven dan berguna kepada masyarakat Malaysia.
Berdasarkan kesefahaman inilah yang memudahkan setiap sesi silang budaya yang
dijalankan menampakkan kelancaran. Penggunaan bahasa yang selaras iaitu bahasa
kebangsaan dan bahasa-bahasa lain yang difahami oleh masyarakat Malaysia
menjadi satu peluang keemasan dalam penyelidikan kompenan silang budaya itu
sendiri. Makanya, saya bersetuju dnegan
pengkaji bahawa tiada satu teori pun yang sesuai untuk kelancaran kaunseling
silang budaya dan ianya lebih tertumpu kepada keterbukaan pelbagai teknik yang
sesuai dengan budaya yang ada.
Situasi ini merupakan cabaran bagi
kaunselor di Malaysia kerana mereka perlu memahami budaya masyarakat yang ada
dan kewujudan budaya baru yang melibatkan perkahwinan campur. Kaunselor perlu
berhati-hati dengan setiap perkataannya kerana kepelbagaian budaya yang unik di
Malaysia ini sangat menarik dan perlu difamahi dengan teliti supaya kaunselor
tidak tersalah memberi tafsiran dan pandangan yang boleh mennjejaskan padangan
budaya klien.
Disebalik keunikan ini ada kekangannya iaitu dari segi pemikiran
dan komunikasi yang berkesan. Walaupun negara ini mempunyai bahasa
kebangsaannya sendiri. Namun, terdapat pelbagai dialek dan bahasa yang masih
pekat dibibir masyarakat di Malaysia ini. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa
yang standart dapat memudahkan sesi supaya berlangsung dengan lancarnya. Bagi
memudahkan sesi, kaunselor sendiri perlu lebih terbuka dalam memahami setiap
dialek dan bahasa yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia ini dan memahami
budayanya sekali.
Selain itu, faktor agama juga perlu
dititikberatkan dalam penelitian kaunselor supaya memahami sensitiviti ini dan
kaunselor perlu memahami perlembangaan Malaysia bahawa agama Islam adalah agama
rasmi Malaysia dan kaum-kaum lain boleh mengamalkan agama masing-masing.
Berlandaskan perlembagaan ini kaunselor perlu memahami nilai dan pegangan
sesuatu agama itu bagai memastikan kaunselor tidak meletakkan nilai pada klien.
Dalam hal ini, penekanan prinsip penerimaan tanpa syarat adalah sangat berguna.
Dalam mengwujudkan masyarakat yang
sejahtera dan harmoni. Fungsi kaunselor dalam negara yang berbilang bangsa
seperti Malaysia ini adalah sangat diperlukan. Kini, telah banyak sektor swasta
yang menawarkan perkhidmatan kaunseling untuk masyarkat umum dan perkhidmatan
ini digunakan oleh maysrakat yang mempunyai masalah yang tidak boleh
diselesaikan secara sendiri. Oleh itu, peranan
seorang kaunselor adalah sangat penting. Kaunseling silang budaya boleh
dilakukan dalam sesi individu , kelompok, keluarga dan lain-lain.
Lantaran itu, adalah wajar setiap
bakal kaunselor dilatih untuk menjalankan kaunseling silang budaya supaya
apabila dia berada di lapangan masyarakat dia akan dapat menjalankan sesi
silang budaya dengan berkesan. Namun begitu, saya melihat Malaysia masih lagi
belum mencapai tahap perkembangan dalam aspek kaunseling silang budaya ini.
Tidak banyak kajian berkenaannya sedangkan negara kita mempunyai masyarakat
yang berbilang bangsa. Keadaan ini masih berlum berkembang sepenuhnya dan
diharapkan selepas ini Malaysia akan menjadi peneraju dalam penyelidikan
kaunseling silang budaya.
Kesimpulannya, tidak terdapat satu
teknik atau kaedah pun yang sesuai digunakan oleh pegawai psikologi atau
kaunseling dalam menjalankan sesi kaunseling silang budaya. Banyak cara dan
kaedah yang boleh diguna pakai oleh mereka untuk menjalankan sesi dan
menjadikan sesi bergerak secarak efektif dan kreatif. Asasnya kaunseling silang
budaya ini sangat signifikan dan releven dijalankan di Malaysia.
-Muhammad Ilyas bin Zambri- (Cr. GIK)
No comments:
Post a Comment