Wednesday, 8 March 2017

Apa nak buat jika berlaku kemalangan kecil...?

Dua hari lepas (7/3/2017) lebih kurang pukul 7.00 pagi, suasana masih gelap, saya seperti hari-hari biasa bertolak dari rumah untuk hantar anak-anak ke sekolah dan kemudian hendak terus ketempat kerja.  Jalan dari rumah ke sekolah lebih kurang 10 km saja,  tetapi pagi-pagi seperti biasa juga jalan 'jammed' dengan kereta...semua orang kalut nak pergi kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah.

Saya seperti biasa selalu berhati-hati bila menempuh 'traffic jammed' tersebut. Alhamdulillah tak pernah lagi kemalangan....tetapi orang lain kemalangan selalu saya jumpa sepanjang lebih 10 tahun dok menggunakan jalan tersebut. Boleh kata setiap hari ada kemalangan kecil atau besar kereta/motorsikal/lori.

Malangnya pada hari kejadian...walaupun saya berhati-hati memandu dengan menjaga jarak kereta di hadapan kerana keadaan traffic amat perlahan.....tiba-tiba sebuah kereta merempuh belakang kereta Exora saya.....saya yang sedang asyik melayan radio IKIM terasa melambung dari tempat duduk dan anak-anak saya yang sedang tidur-tidur ayam pun turut melambung dalam kereta.  Cuma nasib baik saya tak panik...

Saya pun keluar dari kereta..dan lihat bumper saya sudah terkeluar....pemandu yang langgar kereta saya pun keluar....maaf bang katanya.....saya tak kesah sangat benda nak jadi nak buat macamana.
Saya nampak handphone di tangan dia...comfirm dia dok main whatsapp atau sebagainya ketika memandu.

Orangnya muda sekitar 20an...berpakaian kemas ala2 kerja pejabat juga. Saya pergi dekat dia tanya macamana nak settle....dia pun minta nombor telefon saya...nanti saya call abang...katanya
Saya pun bagi nombor telefon.....dia tanya abang kerja makna...saya cakap la JKR......memandangkan keadaan jalan yang sesak dan  'Q' yang panjang saya pun terus masuk dalam kereta dan bergerak....dia pun sekali lagi kata 'Minta maaf bang'...dan saya amat mengharapkan nanti dia akan telefon...

Saya sempat menjeling tengok nombor plat dan hafal no plat kereta dia...tapi terlupa...

Sampai hari ni dia masih tak telefon saya....maknanya saya tertipu lah...kerosakan kereta saya saya terpaksa perbaiki sendiri....alhamdulillah tak la banyak sangat....tapi dia janji nak telefon,.. tu yang buat saya geram....kalau dia telefon pun saya tak nak minta duit.

Kesilapan saya saya tak ambil no telefon dia dan tak catat no plat dia.....jenis kereta pun saya tak sempat tengok sebab keadaan masih gelap.  Maklumlah tak pernah kemalangan...adui.  saya pula jenis mudah percaya kepada orang....dan tak sangka ia menjadi kelemahan diri saya.

Takapalah nak buat macamana.....redha ja lah....dan ambil ikhtibar...

Lain kali kalau berlaku kemalangan jangan lupa ambil no telefon dan catat no plat kenderaan yang berkenaan.

Malang tak berbau....setiap kali sebelum bertolak saya baca doa apa yang patut...dan saya seorang yang selalu berhati2 ketika memandu......tapi benda nak jadi juga.  Kadang-kadang kita terpaksa tanggung akibat atas kelalaian orang lain.

Syukurlah tiada kerosakan atau kecederaan yang besar.

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...