Tuesday, 22 August 2017

Penyakit Hati

 Image result for hati






 Terdapat perbezaan antara ujub, riak dan takabbur. Apa yang selalu menjadi kekeliruan kita ialah untuk membezakan 3 penyakit hati ini. Ya, terdapat perbezaan antaranya.

Ujub

Jika yang dibicarakan adalah berkenaan dengan UJUB, maka kita perlu untuk memahami bahawa ujub ini timbul dalam hati.

 Ujub ini adalah lintasan-lintasan kecil yang membisikkan bahawa “aku sedang berbuat baik”, “aku hebat mampu berbuat sedemikian”, atau “wah, baik juga rupanya aku.”

Selalunya, ujub ini hadir sebegitu.
Maksud saya, ujub hadir ketika melakukan kebaikan.
Contohnya, tiba-tiba, minggu itu kamu berterusan menjadi orang pertama yang masuk ke surau pada waktu Subuh, hati-hati sahabat, bimbang akan hadir ucapan hati sebegini:
“Wah, mantap jugak aku rupanya, direct bangun paling awal nie.”
Maka, UJUB telah menjelma.


Juga, hati ini akan cenderung untuk memuji diri sendiri terhadap kelebihan yang ada. Ketika mempersembahkan jawapan di papan putih, ketika memberi ucapan di atas pentas, ketika azan dan menjadi imam, ketika mengalunkan bacaan Quran malah ketika menaip status di Facebook atau tweet di Twitter.


“Eh, ramainya like status aku, hebat juga ya, baru 5 minit sudah 100 like.”
“Bukan calang-calang, setiap tweet aku pasti saja ada yang retweet atau favourite.”
Itu, UJUB.

Riak

Beza pula dengan RIAK. Riak merupakan perbuatan yang menunjuk-nunjuk. Secara mudahnya, ketika sedang melakukan amal atau apa sahaja, ketika itu hadir dalam hati niat untuk menunjuk.

Bermakna, riak ini akan terjadi apabila wujud seseorang yang lain. Tidak akan terjadi riak jika tiada siapa yang kita mahu tunjuk, contohnya kamu hidup di sebuah pulau yang hanya kamu di situ.
Kamu melangkah masuk ke dalam surau, baru sahaja ingin melabuhkan punggung untuk duduk tiba-tiba masuk ustaz warden, sebagai Ketua Ibadah, nanti apa pula dia cakap, jadi kamu pun mula solat sunat Rawatib.


Nampak? Ayat “nanti apa pula orang cakap” yang timbul itu sudah cukup untuk membuktikan kamu hanya menunjuk-nunjuk.
Orang yang riak, selalunya tidak istiqomah. Apabila ada faedah, dia akan buat, apabila tiada, dia tidak buat. Maksudnya di sini, jika dia dapat tunjukkan pada orang, dia akan buat, jika tidak, dia tidak buat. 

Contoh di asrama, selalunya dia akan turun surau awal pada waktu Subuh, tetapi minggu itu, seluruh ahli biliknya pulang ke kampung, dia bukan setakat bangun lewat, malah hanya solat Subuh di biliknya sahaja.
Itu, RIAK.
Tetapi kena ingat, pada orang istiqomah pun riak ini boleh berlaku.
Contoh di surau lagi, setiap malam Khamis akan diadakan qiamullail, setakat ini kamu masih tidak terlepas lagi tetapi minggu itu kawan ajak tidur di rumahnya. Kamu menolak semata-mata tidak mahu terlepas qiamullail itu. Maklumlah, seluruh penghuni tahu kamu masih tidak terlepas lagi.


 Soalan saya, tidak boleh qiamullail di rumah kawannya saja? Jika dia beralasan di rumah kawannya payah nak bangun dan tiada ‘skuad’ yang mengejutkan seperti di asrama, itu lain cerita. 

Tetapi, selalunya dia bangun sendiri dengan menguncikan jam dan dia mampu sahaja bangun awal walau di mana pun, mengapa tidak tidur sahaja di rumah kawan dan qiam sahaja di sana?
Jelas RIAK di situ.

Takabbur

Sekarang, TAKABBUR. Ini juga perbuatan hati, dan merupakan penyakit. Seperti ujub, cuma takabbur ialah berasakan kamu adalah lebih hebat dari lainnya. Ujub, kamu puji diri sendiri. Takabbur, kamu bandingkan kamu dengan yang lain dan tinggikan dirimu. Lagi advance!
Dan juga lagi teruk.
Kamu lihat, semua orang adalah lebih rendah darimu dan kamu lebih mulia.  Bayangkan, kamu merupakan seorang pemidato yang hebat malah pernah menjuarai di peringkat kebangsaan. 


Satu masa, kamu menghadiri kursus pidato bersama kawan-kawan yang baru sahaja berkecipung dalam bidang ini. Jika wujud rasa dalam hati bahawa kamulah yang paling hebat, maka takabbur mula menguasai.

Natijahnya, kamu berasa tidak puas hati apabila orang lain yang menjadi ketua dan bukannya kamu. Kamu berasa, bukankah kamu yang memiliki pencapaian yang paling tinggi antara yang lainnya? Mengapa dia pula yang ketua? Ketika ada yang menegur kamu bahawa kamu salah pada sekian-sekian, kamu melenting dan tidak mahu terima malah tergamak berasa yang menegur itu memandai-mandai. Maklumlah, kamu peringkat kebangsaan, dia baru nak mula.
Itu, TAKABBUR.


Juga berlaku takabbur ini jika terdapat perbezaan bangsa, warna kulit dan negara. Di Malaysia, di negara sendiri, tiba-tiba seorang warga asing dari Bangladesh menegurmu kerana memotong barisan di ATM. Kamu pekakkan telinga dengan anggapan jijik dan selekehnya orang yang menegurmu itu.
Jelas benar takabbur di situ.


Takabbur ini sememangnya rasa dalam hati. Jika yang tebal sangat tu, mungkin sehingga ucap dengan lisan.
”Kau siapa nak tegur aku? Kau baru ijazah, aku dah Master kot..”
Sudahlah meninggi diri, merendahkan orang pula.


TUNTASNYA, ini semua penyakit hati. Gambaran ini sudah cukup untuk menggambarkan betapa buruknya sifat ini dan pelakunya. Syaitan itu sangat licik. Kadang-kadang tanpa sedar, kita telah bersifat dengan ujub, riak, takabbur dan penyakit hati yang lainnya.


Ketika melangkah masuk untuk beribadah, kamu mula berasa kamu hebat. Itu UJUB. Masuk pula seorang kawan, kamu sengaja lamakan ibadah itu atau zahirkan ibadah itu dengan suara atau sebagainya, itu RIAK. Ketika melihat kawan itu tidak beribadah seperti kamu, kamu berasa kamu lebih hebat dan mulia darinya, itu TAKABBUR.

Sia-sia sudah ibadahmu itu.

Malah, Allah dan Rasul melaknatnya.

Moga kita semua dapat mengamalkan apa yang baik,

dan meninggalkan apa yang buruk.

Wallahu ta’ala ‘alam bissowaab..

Sumber asal: http://aku-azharian.blogspot.com



 

MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN

 Image result for towing truck



BAWA KERETA ANDA KE BALAI POLIS DAHULU

 Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta.  akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.

Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil longkai (penarik kereta).  Bila longkai sampai, dia akan suruh tandtangan satu dokumen.

Jangan tandatangan......!  Sebab kalau anda tangatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans anda.

Jangan sesekali tandtangan dokumen itu dan longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini......!

Jadi apa tindakan anda.....?

Cakat ja kat dia : :Saya nak towing saja"

Biasanya kena caj dalam RM200 ke RM300.  Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.

Lepas buat report, minta longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair
Kalau tak tahu panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair  eksiden.

Lepas tu tibalah paling best, tiba giliran anda pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.

Caranya.....?.  Esok adjuster insurans akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.

Contohlah, kereta mahal, Audi ke , BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM100,000.00.  jadi anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu.

Sebab itulah longkai biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.

Dan lagi best, anda boleh claim "lost of use" pada pihak insurans.  Contoh kos "lost of use" insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari.

Lepas itu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan, Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.

RM30.00 sehari x 30 hari = RM900.00

Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim "lost of use".

Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans.  Dan tempoh claim "lost of use" ini maximum 3 bulan sahaja.

Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.

PERTAMA : Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.

Sebab sesetenganh bengkel kuat menipu, dia orang tak tukar part yang rosak, mereka hanya repair part yang rosak itu sahaja.

Lepas repair, minta pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.

Kalau kurang 1 barang, kita boleh claim balik duit kat tokey bengkel itu.  Kalau dia orang taknak bagi, gertak saja nak report polis atau tribunal pengguna.

KEDUA : Hati-hati dengan longkai bila diaorang cakap,

"Hantar kat bengkel saya saja lah....!"

Ini menipu namanya, Sebab longkai takde bengkel.  Dia pancing je tu. 
Share artikel ini kalau berguna pada kawan-kawan yang lain.
Lt. Kol Husin MC.
Copy dari Whatsup.

Wednesday, 16 August 2017

Kisah Pak Budi Dengan Malaikat (Indonesia)

 



Alkisah, diceritakan ada seorang laki-laki yang sudah berumur, Pak Budi namanya, sedang diantar oleh Malaikat Penjaga Surga. (ceritanya sudah di akherat ini)

Pak Budi bertanya, ”Maaf, mas, eh mbak malaikat, saya mau di antar kemana sih?”

Malaikat berkata dengan senyuman yang indah, “Wahai Pak Budi, Anda akan saya antar ke Surga, Pak. Dan Selamat anda mendapatkan Surga yang terbaik disisi-Nya”

”Eit, Tunggu dulu,...! Jujur, saya bahagia mendengar kabar dari anda Kat! (malaikat, dia panggil Kat ^_^). Tapi mungkin anda salah antar nih.... perasaan amal saya biasa-biasa saja. Tak ada yang istimewa. Apa saya pantas masuk surga yang terbaik?” tanya Pak Budi.

”Wah, bapak ini lucu, masak Tuhan kok salah tunjuk?..., dan saya kan Malaikat, ga mungkinlah saya salah antar.” jawab Malaikat ringan

”O ya, benar-benar. Tapi sebelum sampai di Surga, saya mau bertanya kepada anda Kat...Amal apa yang pernah saya lakukan sehingga saya masuk surga itu..?”

”Menurut data dari rekan Malaikat Pencatat Amal Anda, selain ibadah wajib yang anda lakukan setiap hari dengan ikhlas. Ada satu amalan yang memiliki point yang banyak sekali.”

”Wah-wah, opo itu Kat?”

”Sedekah harta!” jawab malakat dengan tegas.

”He he...”

”Kenapa anda ketawa?”

”Gini Kat..., maaf ya, saya yakin kali ini anda salah antar. Mungkin ada Pak Budi lainnya. Kamu tau ndak, bahwa saya ini orang miskin, ga punya harta. Untuk makan aja sulit. Harta dari mana untuk sedekah?... dari logika saja ga nyambung. Iya tho?”

”Mungkin anda telah lupa, suatu ketika Pak Budi pernah bertemu seorang yang sedang kelaparan di jalan. Dan Pak Budi membantunya dengan memberikan uang untuk makan dan transport pulang kerumahnya. Benar?”

”O.. ya, saya ingat itu.., perasaan cuma sama dia saja saya sedekah, karena dia jauh lebih membutuhkan uang itu.”

”Tahukah, siapa orang itu?. Dia adalah seorang yang kaya raya, pemimpin ratusan perusahaan di dunia. Kebetulan dia dirampok ketika dijalan, sehingga mobil dan hartanya hilang semua. dan Pak Budi menolongnya. Sejak saat itu, dia jadi terinspirasi untuk menyedekahkan 80 % dari penghasilannya untuk orang yang membutuhkan. Tidak cuma itu, dia memotivasi kepada puluhan ribu karyawannya untuk bersedekah. Dan tanpa sadar, berbondong-bondong orang kaya ikut bersedekah karena terinpirasi oleh motivasinya.”

”Lalu apa hubungannya dengan saya. Kan beliau yang bersedekah banyak.?”

”Tuhan Maha Adil, segala amalan orang tersebut, adalah karena terinpirasi akan keikhlasan Bapak dalam bersedekah. Maka, amalan orang tersebut, juga amalan bapak. Jadi silahkan, anda akan saya antar ke Surga, dan akan saya ketemukan dengan orang yang pernah bapak tolong tersebut” ajak Malaikat.

Seketika itu juga, mata Pak Budi deras melelehkan air mata, dan berterimakasih kepada Tuhannya, dia merasakan keagungan-Nya dan keadilan-Nya...

~~~

Sahabat, memang cerita di atas cuma sekedar cerita karangan saya. Tapi, ada suatu kebenaran dari cerita tersebut, yakni salah satu amalan yang tidak akan terputus, walau kita sudah meninggal, yakni, sebuah ilmu yang bermanfaat.

Mungkin suatu ketika anda mencopy sebuah cerita motivasi di catatan atau wall Facebook anda, dengan harapan ada yang tercerahkan seperti anda ketika membaca cerita tersebut. Dan ternyata, 10 dari 20 pembaca terinspirasi dari cerita tersebut. Dan 20 orang tersebut melakukan hal yang sama dengan anda mengcopy cerita tersebut di facebooknya. Dan begitu seterusnya. Tanpa sadar, mungkin ada ribuan orang yang telah membaca cerita tersebut, dan terinpirasi untuk menjadi lebih baik.

Yakinlah, anda telah menjadi jalan, sehingga mereka menjadi lebih baik. Dan tentunya amalan mereka, Insya Allah, juga amalan anda.

Jadi jangan kaget, ketika suatu saat ketika anda diakherat, ada kiriman paket berton-ton pahala, karena suatu amalan kecil, dan tulus anda....

Itulah yang memotivasi kami membentuk Grup Cerita-Cerita Motivasi ini..., semoga Tuhan menerima amalan kami, dan amalan sahabat CCM sekalian.....

Terimaksih telah membaca,...
Salam Motivasi!
ronggo7826.blogspot

Tuesday, 1 August 2017

TERAPI WARNA DAN SOLAT


Setiap apa suruhan tuhan untuk hambanya pasti ada tujuan kebaikan disebaliknya. Mengapa kita disuruh melakukan solat diawal waktu. Dan bagaimana pula kesannya kepada mereka yang selalu melewat-lewatkan solat diakhir waktu ataupun selalu meninggalkan solat. Selain daripada melakukan dosa besar kerana meninggalkan solat dan melengah-lengahkan solat dengan sengaja, mereka juga akan kehilangan khasiat dan hikmah disebalik setiap waktu solat yang diwajibkan keatas kita setiap hari pada waktu-waktu tertentu. Di sini saya kongsikan bagaimana waktu solat dan warna alam yang berubah mengikut waktu-waktu solat seharian kita.
Solat Subuh : Dilakukan setelah alam berubah kepada warna biru. Warna ini resonan dengan frekuensi warna tiroid dan penawar untuk komunikasi dan rezeki. Khasiat warna biru ialah tenaganya dapat diserap semasa ruh dan jasad bercantum semasa kita sedar. Jadi, manusia diperintahkan bangun untuk solat subuh supaya kita dapat menyerap tenaga biru itu semasa kita rukuk dan sujud. Warna biru adalah satu rezeki yang cukup tinggi nilainya kepada manusia. Kerana itulah kita sering mendengar jika tidur selepas subuh akan menutup pintu rezeki.
Solat Dhuha: Seterusnya alam bertukar kepada warna hijau dan kita disunatkan menunaikan solat sunat dhuha. Warna hijau sama dengan frekuensi warna paru-paru. Jadi, untuk mendapat paru-paru yang sihat dan berfungsi dengan baik,  amalkanlah solat sunat dhuha selalu. Selepas itu, alam bertukar kepada warna kuning dan kita diperintahkan melakukan solat zohor. Warna ini pula sama dengan frekuensi warna pada perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman manusia. Warna kuning juga adalah rahsia berkaitan dengan keceriaan. Makanya, pada sesiapa yang selalu melewatkan melakukan solat zohor berulang kali melakukannya akan menghadapi masalah pada perut dan akan hilang sifat cerianya dirinya.
Solat asar: Kemudian, alam bertukar kepada warna oren. Warna ini bersamaan dengan frekuensi sistem reproduktif manusia. Warna ini juga adalah rahsia sifat kreativiti. Amat malang bagi seseorang yang tidur pada waktu ini kerana roh dan jasad tidak bercantum untuk menyerap tenaga warna tersebut. Kerana itulah kita dilarang tidur selepas waktu asar dan kebiasaannya mereka yang tertidur selepas asar ini akan bangun dalam keadaan terpinga-pinga atau pening, begitu juga dengan kanak-kanak yang tidur selepas asar biasanya akan meragam atau menangis tanpa sebab. Ia juga akan menyebabkan seseorang itu akan kurang daya kreativitinya dan menghadapi masalah pada sistem reproduktif. Menjadi masalah kepada mereka ini melangsungkan kemandirian spesies manusia.
Solat magrib: Seterusnya  alam berubah ke warna merah,untuk pengetahuan semua warna merah bersamaan dengan warna iblis, jin dan syaitan. Pada waktu ini, makhluk-makhluk ini suka keluar. Jadi, kita selalu dinasihatkan oleh orang tua supaya tidak keluar daripada rumah. Pada orang yang suka dan berulang kali keluar pada waktu ini, senang didekati oleh jin, iblis dan syaitan. Jikalau kita sedang mengembara ataupun sedang dalam perjalanan, dinasihatkan untuk berhenti bersolat maghrib. Diharapkan selepas ini, semoga tidak lagi menjadikan kegemaran anda untuk  keluar shoppingmeeting atau melepak di luar. Merah bersamaan dengan warna pada otot, saraf dan tulang. Ia juga rahsia untuk sifat keyakinan.
Solat isyak: Seterusnya adalah warna indigo. Warna ini bersamaan dengan frekuensi sistem kawalan otak dan juga rahsia ketenteraman manusia. Jadi, sesiapa yang menjadi kebiasaan meninggalkan isyak selalu berada dalam kegelisahan. Kemudian bertukar menjadi gelap dan Islam mendidik umatnya agar tidur pada waktu ini, hal ini adalah kerana waktu ini adalah tidur delta kerana badan berada dalam kerehatan.
Qiamullail: Selepas itu, alam akan bertukar ke warna putih, merah jambu dan ungu iaitu berkaitan dengan kelenjar pineal, talamus dan pituitary dan kita digalakkan untuk melakukan Qiamullail.
Sumber: http://terapisendiri.wordpress.com/2011/10/11/terapi-warna-dan-solat/

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...