Setiap apa suruhan tuhan untuk hambanya pasti ada tujuan kebaikan 
disebaliknya. Mengapa kita disuruh melakukan solat diawal waktu. Dan 
bagaimana pula kesannya kepada mereka yang selalu melewat-lewatkan solat
 diakhir waktu ataupun selalu meninggalkan solat. Selain daripada 
melakukan dosa besar kerana meninggalkan solat dan melengah-lengahkan 
solat dengan sengaja, mereka juga akan kehilangan khasiat dan hikmah 
disebalik setiap waktu solat yang diwajibkan keatas kita setiap hari 
pada waktu-waktu tertentu. Di sini saya kongsikan bagaimana waktu solat 
dan warna alam yang berubah mengikut waktu-waktu solat seharian kita.
Solat Subuh : Dilakukan
 setelah alam berubah kepada warna biru. Warna ini resonan dengan 
frekuensi warna tiroid dan penawar untuk komunikasi dan rezeki. Khasiat 
warna biru ialah tenaganya dapat diserap semasa ruh dan jasad bercantum 
semasa kita sedar. Jadi, manusia diperintahkan bangun untuk solat subuh 
supaya kita dapat menyerap tenaga biru itu semasa kita rukuk dan 
sujud. Warna biru adalah satu rezeki yang cukup tinggi nilainya kepada 
manusia. Kerana itulah kita sering mendengar jika tidur selepas subuh 
akan menutup pintu rezeki.
Solat Dhuha: Seterusnya
 alam bertukar kepada warna hijau dan kita disunatkan menunaikan solat 
sunat dhuha. Warna hijau sama dengan frekuensi warna paru-paru. Jadi, 
untuk mendapat paru-paru yang sihat dan berfungsi dengan baik,  
amalkanlah solat sunat dhuha selalu. Selepas itu, alam bertukar kepada 
warna kuning dan kita diperintahkan melakukan solat zohor. Warna ini 
pula sama dengan frekuensi warna pada perut dan hati yang berkaitan 
dengan sistem penghadaman manusia. Warna kuning juga adalah rahsia 
berkaitan dengan keceriaan. Makanya, pada sesiapa yang selalu melewatkan
 melakukan solat zohor berulang kali melakukannya akan menghadapi 
masalah pada perut dan akan hilang sifat cerianya dirinya.
Solat asar: Kemudian,
 alam bertukar kepada warna oren. Warna ini bersamaan dengan frekuensi 
sistem reproduktif manusia. Warna ini juga adalah rahsia sifat 
kreativiti. Amat malang bagi seseorang yang tidur pada waktu ini kerana 
roh dan jasad tidak bercantum untuk menyerap tenaga warna tersebut. 
Kerana itulah kita dilarang tidur selepas waktu asar dan kebiasaannya 
mereka yang tertidur selepas asar ini akan bangun dalam keadaan 
terpinga-pinga atau pening, begitu juga dengan kanak-kanak yang tidur 
selepas asar biasanya akan meragam atau menangis tanpa sebab. Ia juga 
akan menyebabkan seseorang itu akan kurang daya kreativitinya dan 
menghadapi masalah pada sistem reproduktif. Menjadi masalah kepada 
mereka ini melangsungkan kemandirian spesies manusia.
Solat magrib: Seterusnya 
 alam berubah ke warna merah,untuk pengetahuan semua warna merah 
bersamaan dengan warna iblis, jin dan syaitan. Pada waktu ini, 
makhluk-makhluk ini suka keluar. Jadi, kita selalu dinasihatkan oleh 
orang tua supaya tidak keluar daripada rumah. Pada orang yang suka dan 
berulang kali keluar pada waktu ini, senang didekati oleh jin, iblis dan
 syaitan. Jikalau kita sedang mengembara ataupun sedang dalam 
perjalanan, dinasihatkan untuk berhenti bersolat maghrib. Diharapkan 
selepas ini, semoga tidak lagi menjadikan kegemaran anda untuk  keluar shopping, meeting atau melepak di luar. Merah bersamaan dengan warna pada otot, saraf dan tulang. Ia juga rahsia untuk sifat keyakinan.
Solat isyak:
 Seterusnya adalah warna indigo. Warna ini bersamaan dengan frekuensi 
sistem kawalan otak dan juga rahsia ketenteraman manusia. Jadi, sesiapa 
yang menjadi kebiasaan meninggalkan isyak selalu berada dalam 
kegelisahan. Kemudian bertukar menjadi gelap dan Islam mendidik umatnya 
agar tidur pada waktu ini, hal ini adalah kerana waktu ini adalah tidur 
delta kerana badan berada dalam kerehatan.
Qiamullail: Selepas
 itu, alam akan bertukar ke warna putih, merah jambu dan ungu iaitu 
berkaitan dengan kelenjar pineal, talamus dan pituitary dan kita 
digalakkan untuk melakukan Qiamullail.
Sumber: http://terapisendiri.wordpress.com/2011/10/11/terapi-warna-dan-solat/
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment