Ramai org kata tak elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
Teruskan membaca untuk lebih memahami.
Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak
akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.
~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-
mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu
tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam
keburukan.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit
berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak.
Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik
(daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang
amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran
bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan
semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan
bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia
yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti
biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan
berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi
yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh
dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan
giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara
perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk
dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya
akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk
secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia
akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai
tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat
pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya
rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang
yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali
sedar.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan
kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat
diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan
yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini
dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut
seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang
mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai
penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut
dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah
sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia
dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam
dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan
mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab
utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan
tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan
meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada
suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya
matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada
kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit
yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-
unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi
dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi
mengharmonikan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk
kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan
keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran
darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia
memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan
hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut.
Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan
pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas.
Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan
menguatkan perut.
No comments:
Post a Comment